Pemenang-pemenang dari setiap kategori bergambar kenangan bersama dengan YB Datuk idris Haron (Ahli Parlimen Tangga Batu) dan Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro
Hebat!
Itulah perkataan yang boleh Badangpower ungkapan untuk menceritakan tentang Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 17 & 18 Disember, 2011 di Pantai Kelebang, Melaka. Sambutan daripada peserta yang bertanding melebihi jangkaan seramai hampir 150 peserta bagi kesemua kategori di samping sambutan hangat dari mereka yang datang menyaksikan pertandingan ini walaupun hujan yang kerap turun sepanjang pertandingan berlangsung tetapi mereka tidak berganjak dari pentas Arena.
Kalau pada pertandingan sebelumnya peserta datang daripada semenanjung sahaja, tapi kali ini seramai 10 orang peserta dari Sabah turut hadir bagi memeriahkan pertandingan penutup bagi tahun 2011. Ini termasuk juga penyertaan daripada Singapura dan Thailand. Seperti biasa juga Melaka, Selangor, Kelantan menghantar penyertaan paling ramai diikuti oleh peserta dari Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu.
Sambutan hangat daripada pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pertandingan gusti lengan bermula.
Penyertaan buat kali pertamanya pasukan daripada Sabah iatu pasukan Malawa yang terdiri dari 10 orang peserta dan penyokong-penyokong dari Sabah adalah salah satu tarikan utama pada pertandingan kali ini. Kalau sebelumnya kekuatan ahli gusti lengan hanya disampaikan dari mulut ke mulut oleh peminat gusti lengan di Semenanjung, kali ini mereka dapat menyaksikan sendiri kekuatan pasukan dari Sabah seperti yang digembur-gemburkan. Peserta-peserta dari Sabah benar-benar mempamerkan kekuatan mereka apabila berjaya menjuarai 2 kategori lelaki 75kg ke bawah dan 75.1kg - 85kg ke atas.
Harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Lee Thiem Siew, juara bertahan dari Melaka dengan Jolly Johnson salah seorang peserta pilihan dari Sabah tidak terlaksana apabila Bong Kim Boon dari Melaka dengan tidak disangka-sangka berjaya menewaskan Jolly Johnson untuk bertarung di perlawanan akhir buat kali keduanya, manakala Jolly hanya mampu menduduki tempat ketiga. Lee Thiam Siew membuktikan kehebatanya apabila mudah menewaskan Bong Kim Boon untuk mengekalkan kejuaraannya untuk kali ke lima berturut-turut. Mohd Zawawi Hussin daripada Kelantan ditempat ke 4 dan Harith Abdullah daripada Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke lima.
Kegagalan Jolly Johnson untuk merebut gelaran bagi kategori 85kg ke atas bagaimanapun berjaya ditebus oleh anak beliau iaitu Joffry Jolly yang berjaya menewaskan Bong Kim Peng juga dari Melaka. Joffry Jolly agak mudah menewaskan Bong Kim Peng cuma dalam dua set sahaja. Sementara Azmi Hussin dari Kelantan di tempat ke 3 dan Mervyn Siew dari Selangor di tempat ke 4.
Mohd Nizar Yusof yang mewakili pasukan Selangor gagal untuk meneruskan rentak juaranya apabila tewas kepada Wong Zye Ziaen dari Sabah dalam perlawanan akhir. Mereka yang diundi bertarung di pusingan awal, telah mempamerkan perlawanan yang menarik perhatian pengunjung apabila mengambil masa hampir 20 minit yang akhirnya kemenangan berpihak kepada Wong Zye Ziaen. Hasrat Mohd Nizar untuk menebuskan kekalahan di pusingan awal tidak kecapaian apabila tewas kepada Wong Zye Ziaen sekali lagi dalam pertemuan di perlawanan akhir.
Kekecewaan pasukan Selangor untuk mencapai kejuaran dalam kategori lelaki walau bagaimana pun terubat dengan kemenangan Zuasliana Abd Kadir yang berjaya memenangi kategori Wanita Terbuka apabila menewaskan seorang lagi peserta Selangor iaitu Zuasliza Abdul Kadir di perlawanan akhir yang diadakan pada 17 Disember, 2011. Manakala Cheng Wee Hong peserta dari Melaka di tempat ke 3 dan juara bertahan Siti Khatijah Abdul Hamid juga dari Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke 4.
Valen Low peserta dari Singapore berjaya merampas kembali kejuaran kali ini apabila berjaya menewaskan Lee Yong Seng untuk mengungguli kategori Remaja. Valen Low tidak menyertai pertandingan yang diadakan di Pulau Pinang yang mana dimenangi oleh Radzi Abdul. Walau bagaimanapun kali ini Radzi Abdullah hanya berjaya menduduki tempat ke lima di belakang Mohd Fikri Sarmini di tempat ke 3 dan Mohd Syahmi Abdul Rahman di tempat ke 4.
Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Datuk Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga batu yang diringi oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro.
Peserta-peserta bagi cara gusti lengan beratur panjang semasa pendaftaran dibuka.
Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;
Kategori Remaja
- Valen Low
- Lee Yong Seng
- Mohd Fikri Sammi
- Mohd Syahmi Abdul Rahman
- Radzi Abdul
- Mohamad Iqbal Hakim bin Shamsul Izhar
- Mohd Asrin bin Ibrahim
- Ariff Fazwan Al_Hafiz bin Muhd Zain
Kategori Wanita Terbuka
- Zuasliana bte Abd Kadir
- Zuasliza binti Abd Kadir
- Cheng Kwee Hong
- Siti Khatijah bte Abd Hamid
- Yow Kui Ling
- Siti Najirah bte Abd Sahar
- Bong Chew Yean
- Salina bte Daud
Kategori Lelaki 75kg ke bawah;
- Wong Zye Ziaen
- Mohd Nizar bin Yusof
- Najib bin Yusof
- Melvyn Loh
- Mohd Anas bin Dzarib
- Hairul Nazli bin Abd Halim
- Ku Rashid bin Ku Rubi
- Tanziel Al Boharie
Kategori Lelaki 75.1kg - 85kg
- Joffry bin Jolly
- Bong Kim Peng
- Azmi bin Hussin
- Mervyn Siew
- Khairul Ridzuan bin Hamzah
- Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
- Loqman bin Abd Mutalib
- Isman bin Wahid
Kategori lelaki 85.1 kg ke atas
- Lee Thiam Siew
- Bong Kim Boon
- Jolly Johnson
- Muhammad Zawawi Husin
- Harith bin Abdullah
- Lee Yong Seng
- Bong Kim Tian
- Valen Low
Alhamdullilah. Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada pihak Harian Metro kerana menganjurkan pertandingan gusti lengan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan yang cuba mengagalkan pertandingan. Pihak Persauan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pertandingan ini. Tidak juga lupa juga kepada mereka yang datang menyaskikan pertandingan ini walau pun diseoanjang pertandingan ini diadakan hujan telah turun namun tidk menghalang peminat gusti lengan untuk terus menyaskikan tanpa berganjak dari tempat masing. Jumpa lagi pada pertandingan akan datang.
0 comments:
Post a Comment