Harian Metro (19/12/2011): Zuasliana ragut gelaran Siti

Tuesday, December 20, 2011

Share this history on :
KEHADIRAN dua peserta adik-beradik, Zuasliana dan Zuasliza Abd Kadir dari Selangor di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka pantas meragut gelaran dimenangi Siti Khatijah Abd Hamid yang memegang tiga kejuaraan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM) sebelum ini.

Zuasliana yang kali pertama menyertai pertandingan Sukan Lengan anjuran Arena Sukan tiada masalah untuk muncul juara mengatasi kakaknya Zuasliza di final apabila menang mudah 2-0.

“Bagus Harian Metro menganjurkan pertandingan ini kerana ia mempopularkan lagi sukan lengan ke seluruh negara. Saya tidak dapat menyertai pertandingan di zon lain sebelum ini kerana sibuk bekerja tapi saya memang berazam untuk mengambil bahagian dan menang,” kata Zuasliana yang bekerja di Pusat Bowling One Utama.

“Saingan di sini hebat tapi belum sehebat kejohanan lain dalam kategori wanita tapi saya yakin peserta amatur akan bertambah baik pada tahun akan datang.” Zuasliza, kakak kepada Zuasliana pula menganggap tindakannya mengambil cuti rehat adalah berbaloi apabila membawa pulang RM250, manakala adiknya RM300.

Siti Khatijah pula menyalahkan diri sendiri kerana bangun lewat untuk ke Pantai Klebang.

“Salah sendiri kerana bangun lewat dari tidur. Apabila terlewat saya tergesa-gesa untuk memandu ke sini dan tidak bersedia sepenuhnya,” kata Siti Khatijah.

Kategori wanita semakin mendapat sambutan bukan hanya daripada segi penyertaan malah peminat yang tidak berganjak menonton pertandingan.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: