Harian Metro (19/12/2011): Thiam Siew tetap hebat

Tuesday, December 20, 2011

Share this history on :
Oleh Mohd Hilmie Hussin & Azlan Muhammad Zain


BIARPUN cabaran dilaungkan dengan menawarkan hadiah tambahan wang tunai RM700 kepada mana-mana peserta sukan lengan heavyweight iaitu bagi kategori 85kg ke atas, ternyata belum ada yang mampu merampas gelaran daripada Lee Thiam Siew pada pertandingan Sukan Lengan Karnival Gegaria Harian Metro (KGHM).

Pada aksi yang berlangsung meriah di Dataran 1Malaysia Pantai Klebang, Melaka semalam, Thiam Siew langsung tidak tewas dalam semua perlawanan dan mara ke final dengan tenang biarpun pada awalnya bimbang dengan cabaran yang hadir daripada peserta seluruh negara termasuk dari Sabah.

“Saya awalnya bimbang juga melihat kelibat peserta Sabah yang hadir menyahut cabaran saya menawarkan hadiah tambahan, tapi mungkin saya melakukan latihan mencukupi untuk mengekalkan kejuaraan yang dimenangi sejak kali pertama acara ini dianjurkan,” kata Thiam Siew.

“Kalau anda lihat, peserta Sabah kuat-kuat belaka dan menguasai dua kategori. Tapi yang penting Harian Metro berjaya menghidupkan semula kejohanan sukan lengan dengan pembabitan peserta dari seluruh Malaysia.

“Saya gembira kerana dengan penganjuran sukan lengan ini kita dapat mendedahkan kepada orang ramai bahawa sukan ini selamat tapi mereka perlu tahu teknik yang betul.” Thiam Siew menewaskan Bong Kim Boon di final juga berterima kasih kepada barisan pengadil dari Persatuan Sukan Lengan Selangor kerana mengadili perlawanan dengan baik tanpa ada kontroversi baik dari segi undian mahupun mutu pengadilan.

Selepas menang di tiga zon, Thiam Siew melaungkan cabaran menawarkan hadiah tambahan RM500 pada kejohanan di Pulau Pinang.

Sesudah tiada pencabar mampu merampas gelarannya di Pulau Pinang, dia menaikkan tawaran RM700 sebagai tambahan kepada hadiah kemenangan RM800 yang disediakan oleh Harian Metro tapi dia akhirnya muncul juara mutlak di semua lima zon.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: