Apa kata mereka yang telah bertarung hebat..

Wednesday, December 21, 2011

Share this history on :
PERTANDINGAN Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro semakin mendapat tempat di hati penggiat dan penggemar sukan itu. Bukan saja peserta tempatan dari segenap pelusuk negeri sanggup hadir menyertainya di karnival yang berlangsung di Johor Baharu, Ipoh, mentakab, Seberang Perai dan melaka, malah peserta luar negara turut bersaing terutamanya dari Singapura. Secara tidak langsung pembabitan peserta dalam jumlah yang besar itu meningkatkan lagi mutu kejohanan yang kini menjadi antara tarikan utama pengunjung ke Karnival Gegaria Harian Metro. Mari kita dengar apa kata mereka yang bertanding.


“Sudah terdapat peningkatan penyertaan serta peralatan berkualiti yang digunakan. Itu yang paling penting bagi meningkatkan mutu dan membolehkan kejohanan ini diteruskan lagi,”

Muhamad Zawawi Hussin, 39, dari Kelantan



“Kejohanan anjuran khemah Arena itu sememangnya sudah mendapat tempat di hati penggiat gusti lengan. Ia ternyata menerusi penyertaan peserta yang ramai sehingga menjadikan saingan semakin sengit dan sukar. Saya gagal mengekalkan kejuaraan di Johor tempoh hari. Sangat sukar kali ini namun ia petanda positif dalam memperkembangkan lagi sukan ini.”

Ku Rashid Ku Rubi, 21 tahun dari Perlis.


“Di Malaysia banyak kejohanan yang dipertandingkan berbanding Singapura. Itu sebabnya sejak berusia 15 tahun lagi saya serta rakan yang lain akan menyertai pelbagai kejohanan yang dianjurkan di negara ini jika berkesempatan,”

Valen Low Wai Luen, 17 tahun dari Singapura. Juara Kategori Lelaki Remaja.


“Ini adalah pertama kali saya memasuki pertandingan yang besar seperti ini. Sebelum ini saya banyak menyertai kejohanan di Melaka bagi menimba pengalaman. Mungkin keadaan persekitaran serta kejayaan yang dicapai bapa selama ini membuatkan saya begitu meminati sukan ini”.

Lee Yong Sheng, 16 tahun, naib juara kategori Remaja Lelaki, juga anak kepada Lee Tiam Siew.


Ini kali pertama kami menyertai KGHM dan kejayaan ,membawa pulang dua kejuaraan cukup besar memandangkan saingan di sini datang dari peserta seluruh negara,”

“Saingan di sini cukup sengit, bagaikan pertandingan kebangsaan. Bagus juga Harian Metro menganjurkannya kerana sudah dua tahun tiada kejohanan kebangsaan,”

Jolly Johnson, 40, yang mengetuai rombongan Team Melawa dari Sabah.



“Haris nampaknya sudah mempamerkan peningkatan ketara kali ini berbanding ketika bertemu pada final di Ipoh bulan lalu. Mungkin sudah mendapat latihan mencukupi dan persediaan yang rapi. Mujur keyakinan dan kekuatan saya kembali pulih pada pusingan ketiga untuk mencatat kemenangan. Selepas ini mungkin Haris serta seorang lagi peserta (Muhammad Zawawi Hussin) mampu menewaskan saya. Saya perlu lebih berwaspada,”

“Saya secara peribadi memberi sokongan penuh kepada usaha Harian Metro ini. Sebagai tanda sokongan, saya akan menyertai setiap pertandingan yang akan diadakan selepas ini,”

Lee Tiam Siew. 48 tahun dari Melaka selaku juara


“Usaha Harian Metro wajar dipuji. Saya sememangnya berminat mencuba sukan ini dan pertandingan yang dianjurkan khemah Arena di karnival ini amat dinantikan,” kata

Mahirah Mustapa Kama, pelajar Universiti Teknologi Mara, cawangan Kampus Jengka.


“Kami adalah ahli bina badan dan kami juga ahli Persatuan Gusti Lengan Kelantan. Bukan selalu kami mengikuti pertandingan bina badan, jadi saya rasa tidak salah jika kami mengikuti sukan lengan. Kami datang sekadar untuk mencuba pertandingan ini, dan mendapat satu gelaran naib juara sudah mencukupi. Sebagai ahli bina badan, kami perlu kekalkan badan agar sentiasa cantik dan kemas berotot untuk pertandingan, begitu juga dengan pengamal sukan lengan yang perlu kekalkan kekuatan lengan. Jadi saya rasa ada persamaan di situ dan tidak salah jika kami bergiat aktif dalam sukan ini.”

Mohd Rosdi Ibrahim , Ahli bina badan dari Persatuan Bina Badan Kelantan (Kebba),


“BUKAN hadiah wang tunai yang menjadi buruan namun keseronokan dan kepuasan menyertai kejohanan gusti lengan bersama rakan-rakan menjadi keutamaan. Saya tidak menyertai saingan pertama (di Johor) namun selepas beraksi kali ini, ternyata satu pengalaman yang amat menyeronokkan,”

Harith Abdullah, 36 tahun dari Selangor.



“Kuat, peserta Sabah memang kuat. Walaupun kalah saya gembira dapat menentangnya, Sebelum ini saya memang dengar dia pencabar yang kuat tapi tidak berpeluang menentangnya, tapi kali ini peluang terhidang di depan mata memaksa saya menerima hakikat dia jauh lebih baik. Kemenangannya ke atas saya bermakna kami mengiktirafnya sebagai penggusti lengan nombor satu Malaysia dalam kategori 75kg ke bawah.”

Mohd Nizar Yusof, Juara tiga kali kategori 75kg ke bawah selepas tewas kepada Sabah Wong Zye Ziaen.



“Saya gembira menang di sini, lebih gembira apabila dapat beraksi di Semenanjung Malaysia yang mendapat sambutan hangat. “Kejohanan ini juga amat meriah, di anjurkan secara karnival dan terbuka. Sesiapa saja boleh turut serta dan menyaksikan pertandingan lebih dekat,”

Wong Zye Ziaen, juara kategori lelaki 75 kg ke bawah dari Sabah


“Bagus Harian Metro menganjurkan pertandingan ini kerana ia mempopularkan lagi sukan lengan ke seluruh negara. Saya tidak dapat menyertai pertandingan di zon lain sebelum ini kerana sibuk bekerja tapi saya memang berazam untuk mengambil bahagian dan menang. Saingan di sini hebat tapi belum sehebat kejohanan lain dalam kategori wanita tapi saya yakin peserta amatur akan bertambah baik pada tahun akan datang.”

Zuasliana Abd Kadir, juara kategori Wanita Terbuka dari Selangor


“Salah sendiri kerana bangun lewat dari tidur. Apabila terlewat saya tergesa-gesa untuk memandu ke sini dan tidak bersedia sepenuhnya,”

Siti Khatijah Abd Hamid, juara tiga kali KGHM gagal mempertahan kejuaraan untuk kali ke 4

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: