KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Untuk pemain gusti lengan Selangor

Friday, June 11, 2010

Salam semua,

Pemain Gusti Lengn Selangor yang berminat menyertai Pertandingan Gusti Lengan MPSJ dinasihatkan jangan memakai baju Persatuan Gusti Lengan Selangor atau apa-apa baju berkaitan dengan gusti lengan. Ini bertujuan mengelakan rasa gerun dikalangan orang ramai yang berminat untuk turut menyertai pertandingan ini. Harap maklum pada semua.


Badangpower
The Yellow Red Badang

Pertandingan Gusti Lengan MPSJ 2010 sempena Karnival Larian 10km MPSJ & NSTP



Salam kepada semua pemain gusti lengan Selangor.

Sempena dengan Karnival Larian 10km MPSJ & NSTP pada 12 & 13hb Jun, 2010, pihal Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada 13hb Jun, 2010 bertempat di Kompleks Sukan MPSJ Subang Jaya. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Butiran lengkap adalah seperti berikut;

Kategori
Kategori A Lelaki 95kg ke atas
Kategori B Lelaki 75kg - 95kg
Kategori C Lelaki 75kg kebawah
Kategori Wanita Terbuka

Hadiah
Juara - Piala + Hamper
Naib juara - Piala + Hamper
Ke 3 - Hamper
Ke 4 - Hamper
Untuk semua kategori lelaki

Juara - Hamper
Naib juara - Hamper
Ke 3 - Hamper
Ke 4 - Hamper
Untuk kategori Wanita Terbuka

* Hadiah hamper disumbangkan oleh PSLNS

Penyertaan
Terbuka kepada semua

Lokasi
Kompleks Sukan MPSJ
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul

Yuran
Percuma

Pendaftaran
13hb Jun, 2010/ 9.00 - 10.30 pagi

Pendaftaran online
Hantarkan sms dengan menyatakan nama, no kad pengenalan dan kategori ke 012-9402679.

Semua pemain Selangor dijemput menyertai pertandingan sebagai "warm-up" sebelum menyertai Pertandingan Gusti Lengan KSN 2 2010 pada 3 & 4 Julai, 2010. Kemungkinan besar pertandingan anjuran KSN akan menganugerahkan gelaran MR SELANGOR 2010 kepada pemenang.

Disamping acara gusti lengan perlbagai acara lain juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. sila klik di sini MPSJ

2 Pertandingan Gusti Lengan pada 13 Jun 2010

Thursday, June 10, 2010

Salam semua,

Kepada semua peminat gusti lengan khususnya di Lembah Kelang, insyaallah dua lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan bulan ini iaitu pads 13 Jun 2010 (Ahad).
Pertandingan pertama anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan diadakan di Kompleks Sukan MPSJ di Subang Jaya. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori lelaki dan 1 kategori wanita. Peenyertaan terbuka kepada semua. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Waktu pendaftaran mulai jam 9.00 - 10.30 pagi. Maklumat lanjut akan dimaklumkan esok.

Manakala pertandingan ke 2 pula adalah anjuran Persatuan Bina Badan Selangor sempena dengan Pertandingan Bina Badan Selangor. Walau bagaimanapun pertandingan ini diadakan hanya untuk ahli-ahli bina badan Selangor sahaja. Harap-harap Badang-Badang Bina Badan Selangor akan lebih ramai turut serta dalam pertandingan gusti lengan anjuran PSLNS pada masa hadapan.

Nampaknya kebelakangan ini aktiviti sukan gusti lengan terus meriah dengan pertandingan gusti lengan. Jadi semua pemain Selangor khususnya diharap terus menyokong dengan meneyertai setiap pertandingan yang diadakan.
Berita selanjutnya tentang dua pertandingan ini akan Badang siarkan kemudian.

Jumpa lagi.

Badangpower
The Yellow Red Badang

Selingan - Kartunis Gayour bergusti lengan

Thursday, May 13, 2010


Hiii... macam pernah tengok je meja gusti lengan tu! Apa-apa pun, jom baca catatan dalam blog Kartunis Gayour yang bercerita pengalaman beliau mencuba gusti lengan...

Kartunis Gayour bergusti lengan dengan Wazata Zain

Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara 2010 ke 2

THE REAL ARMWRESTLING FOR

THE REAL ARMWRESTLERS!!!


Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Satu lagi berita baik untuk pemain dan peminat gusti lengan Selangor dan Malaysia amnya. Satu lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan tidak lama lagi iaitu pada bulan Julai ini. Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berkerjasama Kompleks Sukan Negara (KSN) akan sekali lagi menganjurkan buat kali ke 2 "Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara 2010 Ke 2" pada 3 dan 4 Julai, 2010 di Foyer Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Sebanyak empat (4) kategori akan dipertandingkan iaitu kategori A lelaki 85.1kg ke atas, Kategori B Lelaki 75.1kg - 85kg, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah dan Kategori D Wanita Terbuka.

Hadiah yang ditawarkan bagi semua kategori adalah seperti berikut;

Juara : RM300, medal dan sijil
Naib Juara : RM200, medal dan sijil
Ke 3 : RM100, medal dan sijil
ke 4 - ke 8 : Hamper dan sijil

Yuran : RM10

Maklumat lanjut;

Syarat Penyertaan

Borang Penyertaan

Apa lagi yang ditunggu? Daftar segera..!!!! dan teruskan latihan... Kita jumpa di Bukit Kiara!!!



Badangpower
"The Yellow Red Badang"

Wajah-wajah Juara Gusti Lengan

Tuesday, May 11, 2010

Muhamad Zawawi Hussin, juara kategori B bersama Lim Tien Siew, juara kategori A

Ku Rashid Ku Rubi (baju hitam), juara kategori C

"The Yellow Red Badang" in Action!!

Monday, May 10, 2010

Ahli Gusti Lengan Selangor mengayakan baju baru "The Yellow Red Badang" bagi kejohanan gusti lengan kali ini.

Nizar Yusuf (baju Kuning) menentang Azman Hussin (Johor)

Ku Ruhaizad (Perlis) menentang Shah Rizat (baju kuning)

Ku Ruhaizad (Perlis) bertarung dngan Mohd Fauzi (baju kuning)

Azmi Bussin (Johor) menentang Ridwan (baju kuning)

Sazali Nazaki (baju kuning) menentang Mohd Nasir

Zil Fadli (baju kuning) sedang bertarung dengan Noramin Md Salleh (Johor)

Shah Rizad (baju uning) menenatnag Mahathir Sahudin

Zil Fadli (baju kuning) menentang unknwon player

Sazali Nazaki (baju kuning) menentang Kelvin Hooi

Dharma Saiful Nizam (Kedah) menentang Shah Rizad (baju kuning)

Keputusan Rasmi "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010

Kelang, 9hb. Mei, 2010. Ternyata kualiti permainan yang begitu tinggi dipersembahkan oleh pemain gusti lengan yang datang dari pelbagai negeri berjaya mengkagum penonton yang hadir menyaksikan ppertandingan "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010" pada 7, 8 dan 9 Mei, 2010 di Klang Parade, kelang, Selangor. Seramai 70 peserta dari Selangor. Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Sarawak, Johor, Kedah dan Perlis telah menyertai pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai RM1000 kepada juara setiap kategori.

Keputusan rasmi pertandingan "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010" yang dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor adalah seperti berikut;

Kategori A Lelaki 95kg ke atas;

1. Lim Tien Siew - Melaka
2. Ishak bin Mat - Kedah
3. Azmi bin Hassan - Johor


Kategori B Lelaki 75 - 85kg

1. Muhamad Zawawi bin Hussin - Johor
2. Dharma Shaifulnizam bin Abdul Zahid - Kedah
3. Ku Ruhaizad bin Ku Rubi - Kedah


Kategori C Lelaki bawah 85kg

1. Ku Rashid bin Ku Rubi -Perlis
2. Azmi bin Hussin - Johor
3. Muhamad Nizar bin Yusuf - Selangor


Kategori D Lelaki Terbuka/Kerajaan/IPT

1. Muhamad Nizar bin Yusuf - Selangor
2. Afrizal bin Yunus - Selangor
3. Sazali bin Nazaki - Selangor


Hadiah

Juara - RM1000
naib Juara - RM500
Ke tiga - RM300

Hadiah-hadiah ditaja oleh KANG BAO MARKETING SDN BHD (http://www.viviku.com.my/)


Pengadil

Ketua Pengadil - Encik Mohd bin Maidin - Persatuan Sukan Lengan Malaysia
Pengadil Ke 2 - Encik Wan Ahmad bin Wan ismail - Persatuan Sukan Lengan Malaysia
Pengadil Ke 3 - Encik Sarwan Hussein - Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor

Gambar-gambar pertandingan akan diuploadkan dalam masa terdekat.

Jadual Pertandingan "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010"

Thursday, May 6, 2010


Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas.

Peta ke Klang Parade, Klang


Sila klik pada gambar untuk imej lebih jelas. Kemudian klik sekali lagi di atas gambar untuk imej yang lebih jelas.

Jadual Pertandingan "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010"

Tuesday, May 4, 2010

Jadual Pertandingan

7/5/2010 (Jumaat) - Pendaftaran & Klinik Gusti Lengan PLSN
8/5/2010 (Sabtu) - Kategori Terbuka
9/5/2010 (Ahad) - Kategori Utama

Masa : 10.00am - 10.00pm

Kategori Utama
Lelaki 95kg ke atas
Lelaki 85kg - 95kg
Lelaki 75kg - 85kg
Lelaki 75kg kebawah

Kategori Terbuka
Wanita
Penuntut Universiti
Pelajar Sekolah Menengah
Kakitangan PBT

Yuran:
Hanya perlu membeli sebuku sabun Viviku (sabun diimport dari Korea) berharga RM33 sahaja (Juga layak untuk menyertai lain-lain aktiviti yang diadakan). Beli semasa pendafataran.

Pertanyaan;
Ab Aziz bin Ali - 0124189438
Shamsul Kahar Mohamad - 0129402679
Razali bin Shaharin - 0129722228
Shahril Azmir Zainal Abidin - 0126600288

Iklan "Malaysian Open Armwrestling Championship 2010" di Akhbar KOSMO hari ini 4/5/2010




Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Malaysian Open Armwrestling Championship 2010

Friday, April 30, 2010

THE REAL ARMWRESTLING FOR THE REAL
ARMWRESTLERS

Malaysian Open Armwrestling Championship 2010 - Round 1 Selangor
7, 8 & 9 Mei 2010
Klang Parade, Kelang, Selangor

Kategori Utama
Lelaki 95kg ke atas
Lelaki 85kg - 95kg
Lelaki 75kg - 85kg
Lelaki 75kg kebawah

Hadiah Peringkat Negeri
Juara - RM1,000 + Piala + Medal
Naib Juara - RM500 + Piala + Medal
Ke 3 - RM300 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati

Kategori Terbuka
Wanita
Penuntut Universiti
Pelajar Sekolah Menengah
Kakitangan PBT

Hadiah Kategori Terbuka
Juara - RM500 + Piala + Medal
Naib Juara - RM300 + Piala + Medal
Ke 3 - RM200 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati


Jadual Pertandingan
7/5/2010 (Jumaat) - Pendaftaran & Klinik Gusti Lengan PLSN
8/5/2010 (Sabtu) - Kategori Terbuka
9/5/2010 (Ahad) - Kategori Utama
Masa : 10.00am - 10.00pm

Yuran
Hanya perlu membeli sebuku sabun Viviku (sabun dari Korea) berharga RM33 sahaja (Juga layak untuk menyertai lain-lain aktiviti yang diadakan). Beli semasa pendafataran

Juara setiap kategori utama akan layak ke pusingan akhir pada bulan September 2010 di Kuala Lumpur.

Peserta
Untuk kategori utama, pemain mestilah warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada hari pertandingan.

Penaja Utama : KANG BAO MARKETING SDN BHD (http://www.viviku.com.my/)

Pusingan seterusnya akan diadakan di seluruh Malaysia. Pusingan ke 2 Kuala Lumpur, akan diadakan pada 28, 29, 30/5/2010 di Leisure Mall Cheras.


Pusingan Akhir (Peringkat Kebangsaan)
Kategori Utama
Lelaki 95kg ke atas
Lelaki 85kg - 95kg
Lelaki 75kg - 85kg
Lelaki 75kg kebawah


Hadiah Peringkat Kebangsaan
Juara - RM10,000 + Piala + Medal + Gelaran MR MALAYSIA 2010
Naib Juara - RM5,000 + Piala + Medal
Ke 3 - RM3,000 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati


Maklumat lanjut :

Ab Aziz bin Ali 012-4189438
Shamsul Kahar 0129402679
Razali Shaharin 0129722228
Shahril Azmir 0126600288


LETS PARTY GUYS!!!!
REMEMBER 7, 8 & 9 MAY 2010!!!

Bersama Menteri dan Timbalan Menteri

Tuesday, April 27, 2010







PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan YB Dato' Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerana sudi bersama-sama menyertai acara Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.



Gambar-gambar di Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu















Aksi-Aksi Peserta Cilik Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu

Promosi gusti lengan di kalangan kanak-kanak baik lelaki mahu pun perempuan mendapat sambutan yang cukup hangat. Inilah wajah-wajah yang bakal menganti pengusti-pengusti lengan yang ada sekarang.















Ayu, bakal gegar dunia gusti lengan tanah air 10 tahun akan datang

Badangpower turut "tewas" di tangan Ayu


Kuala Kubu Bharu, 24hb April, 2010. Ayu, panggilan untuk gadis manis berusia sebelas tahun ini atau nama sebenarnya Siti Norshahira bte Ramli, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu ini begitu bersungguh-sungguh dalam setiap "perlawanan" yang disertainya sewaktu berlangsungnya Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.

Menewaskan semua pencabarnya termasuk beberapa orang pelajar lelaki menunjukkan potensi yang ada pada gadis cilik ini. Malah tanpa segan-segan turut mencabar Presiden PSLNS dan Badangpower untuk bertarung dengannya. Dengan berdiri di atas sebuah kerusi akhirnya dua orang kuat PSLNS tewas ditangan gadis cilik ini.

Melihat kepada kesungguhan Siti Norshahira ini dan juga begitu ramai sekali kanak-kanak perempuan dan lelaki seolah-olah memberi gambaran positif bahawa sukan gusti lengan berpotensi untuk berkembang sebagai acara sukan yang digemari dalam masa terdekat. Sekiranya segala usaha dengan disertai sokongan daripada pelbagai pihak, PSLNS percaya sukan ini akan berkembang lebih pantas dalam beberapa tahun akan datang.



Aksi menarik yang ditunjukan oleh Ayu sewaktu menewaskan Presiden PSLNS.


Perempuan tetap perempuan, Ayu sempat meneyelitkan sekuntum bunga raya
di telinganya sewaktu beraksi di gelanggang

Ayu menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh John Berzenk sewaktu mengalakan Presiden PSLNS


Timbalan Menteri Belia dan Sukan "Sertai" Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru

YB Dato' Razali Hj Ibrahim sedang beraksi menentang
saudara Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS


Kuala Kubu Baru, 24hb April, 2010. Peserta-peserta Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru amat bertuah apabila turut sama "menyertai" pertandingan ini adalah tetamu istimewa iatu YB Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam pertandingan berkenaan YB Dato' Razali Hj Ibrahim berjaya mengalahkan beberapa orang peserta di samping berjaya "menewaskan" Saudara Ab Aziz bin Ali, Presiden PSLNS sendiri.

Sementara itu Muhamad Rizhuan yang baru berusia 19 tahun muncul sebagai juara dalam Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru yang diadakan di Tapak Karnival Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Anak muda yang berasal dari Pasir Panjang dengan ketinggian 175cm dan berat badan mencecah 100kg berjaya menumbang lawannya yang lebih dewasa untuk mara ke perlawanan akhir. Di perlawanan akhir, beliau menang mudah ke atas Hashim bin Awang yang muncul sebagai naib juara. Azizul bin Yassin tempat ke 3 dan Mahat Jalaluddin di tempat ke empat.

Muhamad Rizhuan, muncul juara


Hashim Awang ditempat kedua


Azizul Yassin, tempat ke 3


Mahat Jamaluddin, tempat ke 4


gambar ehsan daripada myzally