KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Man Raja Lawak 5 bergusti lengan...fuhhh dahsyat!!! (Video)

Tuesday, February 28, 2012

WOW Armwrestling: Sekitar kategori A Lelaki 85kg ke atas

Monday, February 27, 2012






Darrel Dallek tempat ke 5 

Muazan Mohamad tempat ke 4

Bong Soon Yow tempat ke 3

Ab Rahman Rahim muncul sebagai naib juara

Bong Kim Boon, Juara Kategori A Lelaki 85kg ke atas

HOT!!! Milla AF dah jadi ahli gusti lengan? Milla AF akan mewakili Selangor..?

Amacam boleh tak kalau Milla AF jadi ahli gusti lengan dan mewakili Selangor dalam pertandingan gusti lengan? Katakan kita letakan dia dalam kategori F Wanita bawah 60kg. Mesti ngamkan. Tak caya tengok gambar kat bawah. Dah ada gaya tu, rasa-rasa boleh menang ke Milla AF lawan Marlinda, cuma lengan Milla tu kena besarkan sikit, risau abang Badangpower tengok kalau Milla lawan, takut injured....


Badangpower geram sikit dengan Muazan yang ambil gambar ni, ada ke sekeping je dia ambik gambar Milla, punyalah susah Badangpower "kidnap" Milla, dah lah tu kepala sapalah yg terinterprem dalam gambar ni, pastinya bukan kepala Badangpower.

WOW Armwrestling: Sekitar kategori Wanita Terbuka







Fatmawati Arshad, tempat ke 5

 
Bong Pik Fong, tempat ke 6

Noe Azzira Senin, tempat ke 3 
Siti Hawa Mohaammad Bakar, Naib Johan

Marlinda Dampa anak Ingging, Juara Kategori Wanita Terbuka

Sekitar WOW Armwrestling Putrajaya 2012

Salam semua.


Alhamdullillah, WOW Armwrestling Putrajaya 2012 yang diadakan pada 26 Februari, 2012 di Persint 2 sempena dengan Karnival WOW Putrajaya 2012 telah berlangsung dengan meriahnya. Terima kasih Badangpower ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan ini dan juga penonton-penonton yang berasak-asak di booth Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk menyaksi pertandnigan gusti lengan yang jarang-jarang dapat disaksikan berbanding acara sukan yang lain. Nampaknya kemeriahan booth PSLNS berjaya mengatasi kemeriahn booth Celebrity Corner yang berjiran dengan booth PSLNS. Walau pun Celebriti Corner dihadiri oleh artis-artis ternama tanahair, masih belum berjaya mengatasi kemeriahan di booth PSLNS. Akhirnya dapat juga Badangpower "kidnap" artis populor Milla AF untuk menyampai hadiah bagi kategori Wanita Terbuka. Maaflah peserta lelaki kerana Milla sibuk, boleh sampaikan untuk kategori wanita je.

Terima kasih juga kepada Persatuan Sukan Lengan Melaka, yang telah menghantar seramai 10 orang peserta lelaki dan wanita, berjaya memenangi 3 dari 4 kategori yang dipertandingkan, manakala seorang peserta wanita dari Sarawak tanpa disangka-sangka berjaya muncul juara dalam kategori Wanita terbuka. Tahniah!

Senarai nama-nama pemenang dari setiap kategori akan Badangpower siarkan kemudiaan  kerana senarai nama pemenang masih berada ditangan pihak penganjur. Memang dalam keadaan kesibukan dengan aktiviti-aktiviti lain yang diadakan ditambah pulah oleh lenggang lenggok penari-penari kebudayaan dari negeri-negeri di Malaysia dan luar negara di pentas berhampiran yang begitu mempesonakan.membuat Badangpower terlupa meminta senarai penuh pemenang-pemenang kali ini. jangan marah!
.
Terima kasih tidak terhingga kepada pihak penganjur Karnival WOW Putrajaya 2012 kerana telah mengundangkan PSLNS menjadi sebahagian daripada aktiviti karnival berkenaan. Hadiah wang tunai kepada pemenang juga turut ditaja oleh pihak penganjur.

Insyaallah , kalau tiada aral bulan Mac 2012, kita bakal ada satu lagi pertandingan di Kompleks Sukan Bukit Jalil. Jadi, perasaplah lengan anda betul-betul.... bagi Kaw-kaw punyaa..

Milla AF menyampaikan hadiah kepada Marlinda, Juara Kategori Wanita Terbuka. Tiga jejaka yang dibelakang kelihatan tak berpuas hati kerana tak diberi kesempatan yang sama.. (apa nak buat, Milla sibuk)

WOW Armwrestling: 30 penyertaan pertama dapat satu tin minuman kesihatan Redbull!!

Wednesday, February 22, 2012

Salam semua,

Jangan lupa menyertai Pertandingan Gusti Lengan WOW di Putrajaya pada 26 Februari, 2012. Pertandingan ini merupakan pertandingan pembukaan bagi aktiviti gusti lengan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tahun 2012. Terima kasih kepada Perbadanan Putrajaya dan Kementerian Pelancongan Malaysia yang telah memilih gusti lengan sebagai salah satu aktiviti sukan rakyat yang turut mmeriahkan karnival kali ini.

Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan adalah kat A lelaki 85kg ke atas, kat B lelaki 75kg-85kg, kat C lelaki 75kg ke bawah dan kat D Wanita Terbuka. Yuran penyertaan hanyalah RM10. Hadiah yang bakal diterima oleh Johan, Naib Johan dan ke 3 adalah RM200, Rm150 dan RM100 manakala tempat ke 4 - 8 akan mendapat saguhati.

Persatuan Sukan lengan Selangor juga bebrbesar hati menyumbangkan air minuman kesihatan Redbull kepada 30 peserta yang pertama mendaftar.


Badangpower menunggu lelaki-lelaki perkasa di sana. korang ADA BRAN!!!!

Karnival WOW! Putrajaya 2012> Sertai Pertandingan Gusti Lengan


23 February 2012 – 26 February 2012


Venue: Sisiran Tasik Putrajaya Putrajaya

Themed “California Green” which will highlight the achievements of the Ministry of Federal Territories and Urban Wellbeing and agencies in the country’s green initiatives, this will keep Carnival event has received encouraging response last year, such as ATM tattoo show, arts and culture, hot water balloon, Mr Bean: Animated Series, Photography Contest, Sports People, Karaoke and Futsal and Lucky Draw. M.Nasir also bear witness, Ella, Tommy Bolin, Hazama, Meet Uncle Hussein, Stacy and Mila in Concert Wow! Putrajaya at 9:00 pm, February 25, 2012 which will end with a fireworks display.


Jemput ke Pertandingan Gusti lengan yang akan diadakan pada 26 Februari 2012.

Gelanggan dah dibuka, apa lagi.. ADA BERANI!!!!

Saturday, February 18, 2012


Hampir dua bulan dah kita berehat daripada aktiviti gusti lengan. Lengan Badangpower pun dah gatal-gatal dah nak berentap. Tahun ni rasanya Ah Thiam pun Badangpower nak rentap jugak, bagi khaw khaw!!! Setakat Harith tu, Badangpower ingat ajak lawan tangan kiri je. itu pun belum tentu dia dapat angkat. Juara-juara Mr Selangor 2011, Badangpower hembus je semua habis melayang..hehehehe.. kasi panas sikit gelanggang.

Apa cerita Hairul, Fadli, Sazali, Buyong, Nizar, Marvyn, Harith Joseph Abdullah, Shahrizad, Rafae Tuah, Fauzi, Korang semua dah ready ke..? Kalau dah ready jom, kita berentap kat WOW Armwrestling pada 26 Februari 2012 di POutra Jaya. Yuran RM10, takan nak berkira kot. Kali ni ada 4 kategori termasuk 1 kategori wanita Terbuka, ketagori lelaki cam biasa ada tiga.

Hadiah RM200, RM150, RM100 campur hadiah sagu hati dari tempat ke 4 sampai ke 8. Apa nak kira, janji kita dapat rentap. Badangpower dah tak sabar dah ni nak rentap lu orang semua. Korang berani kee???

WOW Armwrestling / Pertandingan Gusti Lengan WOW di Putra Jaya, pada 26 Februari 2012


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera untuk semua peminat Gusti Lengan.

Cabaran untuk tahun 2012 sudah bermula, ingat WOW Armwrestling pada 26 February, 2012 di Putra Jaya.

Ada Berani!!!!