KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Jom.. Jalan-jalan ke Batu Pahat pada 27/12/2009 ni

Thursday, November 26, 2009

Salam sejahtera dan salam Satu Malaysia.

Berita baik untuk ahli gusti lengan Selangor yang ingin bercuti pada hujung tahun ini. Pihak Persatuan sedang mengadakan rundingan dengan pihak AJK Karnival Sukan anjuran PEMADAM Batu Pahat untuk mengadakan Pertandingan Gusti Lengan pada 27/12/2009 di bandar Batu Pahat, Johor. Tiga kategori lelaki dan 1 kategori wanita akan dipertandingkan. Dijangkakan pengusti lengan dari Johor baharu dan Melaka akan turun menyertai pertandingan ini.

Hadiah wang tunai, piala dan sijil akan disediakan kepada pemenang-pemenang. Butiran lanjut akan pihak Persatuan umumkan apabila mendapat pengesahan.

Jadi pada yang belum ada rancangan bercuti, jom kita jalan-jalan ke Batu Pahat, bercuti sambil bergusti lengan.


Badangpower

Laporan Akhbar Sinar pada 24.11.2009


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.

Pertandingan Gusti Lengan Pesta Pulau Pinang 2009

Tuesday, November 24, 2009

Pagi semalam, Presiden Persatuan Sukan Lengan Malaysia, Encik Mohd Maidin ada menelefon Badangpower mengirimkan jemputan daripada MSN Pulau Pinang menejemput Ahli Gusti Lengan Selangor menyertai Pertandingan Gusti Lengan Pesta Pulau Pinang pada 3 & 4/12/2009 di Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Badangpower tak sempat nak bual panjang pasal tengah memandu, kata Encik Mohd Maidin ada tiga kategori termasuk satu kategori wanita. Yang lain-lain tu seperti hadiah, yuran, masa, kategori berat badan, Encik Mohd Maidin pun tak berapa tahu. Cuma waktu pertandingan tu, kalau menurut sms daripada Encik Razali Shaharin, Naib Presiden PSLNS, perlawanan bermula jam 7.00 malam.

Itu je maklumat yang ada. Sesiapa yang berminat bolehlah menyertai pertandingan tu. Cuma Badangpower nak ingatkan satu perkara je, pada 13/12/2009 kita ada pertandingan gusti lengan di Bukit Jalil. Jangan lepas ni balik daripada Pulau Pinang mengadu sakit tangan dan tak boleh nak main sudah. Itu je Badangpower nak nasihat.


Jumpa lagi.

Badangpower

Pengunjung terkini blog PSLNS berjumlah 457894.....

Salam sejahtera dan salam satu Malaysia.

Badangpower terkejut besar pagi ni 1.05 pg, bila buka blog ini dan mendapati jumlah terkini pengunjung bejumlah 457894. Pengunjung hari ini sahaja berjumlah 8956 orang. Online 10 orang!!! Fuhh ramainya peminat gusti lengan selangor.

Nak percaya atau tak nak percaya? Blog ini biasanya pengunjung harian purata sekitar 15 ke 20 orang. Badangpower tak tahu nak jawab. Kalau kiraan tu betul, hebat juga. Bukan senang nak dapat pengunjung banyak tu. Tak tahulah kalau ada orang yang dah godam blog ni, kemudian tukar jumlah pengunjung tu. Apa lah istimewa sangat blog ni sampai ada orang nak godam.

Tak tahu nak kata apa! Kalau nak bantu pun, logik-logiklah sikit.


Badangpower

Pertandingan Gusti Lengan anjuran KSN, Malaysia pada 12 & 13 Disember, 2009

Wednesday, November 18, 2009

Kepada semua ahli Gusti Lengan Selangor diharap bersedia untuk satu lagi pertandingan gusti lengan yang boleh dianggap sebagai penutup kalender aktiviti gusti lengan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Kompleks Sukan Negara, Malaysia (KSN) akan menganjurkan pertandingan gusti lengan seperti berikut;

Tarikh
12/12/2009 - Pameran, Klinik dan Pendaftaran Pertandingan Gusti Lengan
10.00 pagi - 5.00 petang

13/12/2009 - Pertandingan Gusti Lengan
9.30 pagi - 5.00 petang

Lokasi : Dewan Seri Putra, Level 2, Stadium Bukit Jalil, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Yuran penyertann - RM10.00

Kategori;
1. Lelaki A 85.1kg ke atas
2. Lelaki B 75.1kg - 85kg
3. Lelaki C 75kg ke bawah
4. Wanita D TERBUKA

Hebahan seterus akan kami maklumkan beserta butiran pertandingan apabila telah mendapat perincian daripada pihak KSN.

Jadi, apa tunggu lagi... Bersedialah sekarang!!!


Badangpower

Pelitawanis TNB Cawangan Shah Alam anjur Pertandingan Gusti Lengan pada 21 November, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Salam Sejahtera Semua…..

Kalau tak ada aral, Pelitawanis TNB Cawangan Shah Alam akan menganjur Indoor Games pada tarikh dan tempat seperti di bawah. Terdapat beberapa acara yang telah dipertandingkan dan penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja TNB. Salah satu acara sukan yang dipertandingkan adalah gusti lengan. Tiga kategori akan diadakan iaitu 2 kategori lelaki dan satu kategori wanita.

Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Pejabat PK , Seksyen 11, Shah Alam
Masa : 09.00 Pagi

Pertandingan kali ni cuma untuk kakitangan TNB je, ahli gusti lengan yang tak berkerja dengan TNB cuma boleh datang tengok je la. Mana tahu ada pencabar baru yang akan dilahirkan pada hari tu, sama-sama lah kita tunggu. Jadi lepas ni Harith, Afrizal, Fauzi, Shah Rizad, Fairuddin, Nazwil, Sazali, Fadzli dana yang lain-lain tak boleh nak bersenang lenang lagi macam dulu.

Nampaknya Badangpower akan sekali lagi jadi pengadil dalam acara tu. Siapa yang berminat nak jadi pengadil turunlah hari tu pakai baju Selangor Armwrestling.



Badangpower

Ahli Gusti Lengan Selangor naik pelamin

Salam semua.

Tak lama lagi ahli Gusti Lengan Selangor, Shah Rizad Masih akan naik pelamin pada 22hb November, 2009 di No. 26, Jalan 8, Taman Meru 4, 42200 Kapar, Kelang.

Pihak Persatuan mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Pengantin Baru" kepada Shah Rizad.

Badangpower tak nak cakap banyak-banyak, cuma harap lepas kahwin ni, Izat ni akan lebih powerfull!!!!



Badangpower

Laporan Akhbar Sinar Harian pada 15.11.2009

Terima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana telah melaporkan berita aktiviti gusti lengan selangor.

Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.



Afrizal dan Aidi Adnan Juara Finnegen's Arm Wrestling Challenge

Sunday, November 8, 2009

Hampir dua puluh orang peserta menyertai pertandingan "The Finnegen's Arm Wrestling Challenge" malam tadi. Nampaknya seperti diramalkan, 7 dari slot separuh akhir dikuasai oleh para pengusti lengan dari Selangor Armwrestler Team. Syabas!!

Walau pun ada beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati para peserta, pihak persatuan berharap pertandingan malam tadi dapat memberi satu bentuk latihan berkesan untuk menguji tahap prestasi para pengusti lengan selangor memandangkan pada bulan November dan Disember 2009, pihak persatuan tidak menganjurkan apa-apa pertandingan gusti lengan.

Tahniah kepada Afrizal yang memenangi pertandingan bagi kategori 85kg ke atas setelah menewaskan Ridwan Hussein, manakala Aidi Adnan pula menewaskan Sazali Nazaki untuk muncul juara bagi kategori 85kg ke bawah. Tahniah juga kepada Zuaslan, Hairul, fadzli dan Marvyn (peserta baru) yang berjaya ke separuh akhir.

Nampaknya beberapa peserta seperti Sazali Nazaki telah menunjukan satu peningkatan yang baik kerana telah berjaya menduduki tempat ke dua dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. begitujuga dengan pasangan adik beradik Hairul dan Fadzli yang telah menunjuk peningkatan ketara.

Namun ini bukanlah ulasan keseluruhan, tapi peserta seperti Zuaslan, Zulkifli, Nazwil dan beberapa lagi juga turut menunjukan peningkatan ketara.

Kalau segalanya berjalan lancar, kita mungkin akan ada lagi satu pertandingan di Stadium Mashushita di Shah alam pada 11 & 12/12/2009 ini. jadi diminta semua bersedia.

Jumpa Lagi.

Badangpower

The Finnegen's Arm Wrestling Championship 2009 malam ini.

Saturday, November 7, 2009

Yo..yoyo!!!

To all the Selangor Armwrestlers!!

Tonite!! Malam ini, jangan lupa kita ada pertandingan Gusti Lengan iaitu "The Finnegen's Arm Wrestling Championship 2009 bertempat di Fenningen & Irish Pub and Restaurant di Desa Sri Hartamas bermula jama 8.00 malam

Dua kategori pertandingan akan diadakan iaitu 75kg ke atas dan 75 kg ke bawah. Pertandingan malam ini untuk lelaki sahaja. Kategori Wanita kita akan cuba untuk pertandingan seterusnsya.

Jangan lupa yuran RM20 dan hadiah seperti biasa RM300,RM200 dan RM100.

Jumpa anda semua di sana. See you guys there!!!


Badang Power