KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Friday, May 16, 2008

Individu-individu yang ingin menyertai pertandingan ini tetapi tidak mempunyai pasukan, sila mendaftar terus dengan pihak Persatuan. Persatuan akan mengumpul semua individu yang terbabit dan membentukan pasukan masing-masing. Sila daftarkan nama anda disini Daftar Secara Online

Pihak Persatuan juga menerima maklumbalas bahawa ada juga pasukan yang mempunyai kesukaran untuk mendapatkan pemain yang mempunyai kategori berat badan melebihi 75kg. Mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak Persatuan, mereka yang mempunyai berat badan yang kurang dari berat badan dalam sesuatu kategori boleh menyertai kategori yang lebih berat dari berat badan peserta, tetapi mereka yang mempunyai berat badan yang lebih tidak boleh bertading didalam berat badan yang kurang dari berat badannya. Ini bererti mereka yang mempunyai berat badan kurang dari 75kg masih boleh mendaftar untuk berat badan kategori 75kg ke atas, tetapi mereka yang mempunyai berat badan 75kg ke atas tidak boleh menyertai kategori kurang dari 75kg

Wednesday, May 14, 2008

Dapatkan borang pendaftaran untuk menyertai pertandingan disini;

Borang Penyertaan

Pertandingan Sukan Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM

Monday, May 12, 2008


Salam dari Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sempena dengan Pesta Konvokesyen Ke 36 Universiti Kebangsaan Malaysia, pihak Sekreteriat Pesta Konvokesyen ke 36 UKM akan mengadakan pertandingan Gusti Lengan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertandingan ini akan diadakan pada 18, 19 & 20 Julai, 2008 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Format pertandingan adalah 5 sepasukan dimana setiap pasukan akan diwakili oleh 3 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta wanita yang bertanding mengikut kategori pertandingan yang ditetapkan. Perlawanan adalah diantara kategori yang sama. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. Pihak penganjur berhak menukar format pertandingan sekiranya didapati jumlah pasukan yang bertanding kurang 50% daripada sasaran penyertaan.

Kategori pertandingan adalah berdasarkan berat badan peserta iaitu Kategori A: Lelaki 75kg ke atas, Kategori B: Wanita 65kg ke atas, Kategori C: Lelaki 65kg ke 75kg, Kategori D: Wanita 65kg ke bawah dan Kategori E: Lelaki 65kg ke bawah.

Kategori penyertaan terbahagi kepada "Terbuka" untuk orang awam terhad kepada 50 pasukan dan "IPT" untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi terhad kepada 32 pasukan.

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia dan orang awam, lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan bermula. Mereka yang pernah mengalami patah tangan, retak atau terseliuh lengan tidak dibenarkan bertanding.

Tatacara dan peraturan pertandingan adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan pertandingan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.
.
Pengadil perlawanan adalah terdiri daripada mereka yang dilantik dan diiktiraf oleh PSLNS sahaja. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7hb. Julai, 2008. Borang pendaftaran hendaklah difakskan ke 03-89213490 Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM. atau 03-78476073 PSLNS.

Yuran Penyertaan
Setiap penyertaan dikenakan bayaran yuran pemyertaan RM125 per pasukan "Terbuka" dan RM100 untuk pasukan "IPT". Jika berlaku penarikan diri pada bila-bila masa, yuran tidak dikembalikan. Setiap penyertaan akan menerima sehelia baju T, minuman ringan dan sijil peenyertaan.

Hadiah Pertandingan;

Terbuka
Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 1,000.00 + Piala
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 500.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 250.00
Ke 4 - 8 : Hamper

IPT
Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 500.00 + Piala
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 250.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM125.00
Ke 4 - 8 : Hamper

Cara Pendaftaran dan Pembayaran Yuran Penyertaan

Peserta-peserta diminta menghantar borang penyertaan beserta wang tunai yuran penyertaan ke pejabat urusan di;

Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen
Paras 5, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Mohammad Ezry Bin Abd Samad – 017 4004523)‏

Atau sila buat bayaran secara ‘Bank in’ bayaran yuran penyertaan ke akaun Pesta Konvokesyen Ke-36 UKM. Pembayaran boleh dibuat melalui mesin deposit bank ke akaun CIMB (1218 – 0102355 – 52 – 8) atas nama "Nafisah bte Zakaria, Pengurus Kewangan Pesta Konvokesyen". Selepas ‘bank in', peserta diminta fakskan slip ‘bank in’, (sebagai bukti pembayaran) beserta dengan borang penyertaan yang telah lengkap diisi, ke nombor 03-89213490. Pembayaran boleh dilakukan sebelum tarikh tutup awal penyertaan iaitu pada 28/6/08.

Maklumat lanjut pertandingan juga boleh diperolehi dengan menghubungi Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) di talian 012-4189438 Ab Aziz Ali, 012-9402679 Shamsul Kahar Mohamad atau 012-9722228 Razali Shaharin atau email ke selangorarmsport@yahoo.com