KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Peserta yang akan ke Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008

Wednesday, December 24, 2008

Berikut adalah senarai nama peserta-peserta yang akan mewakili Selangor dalam Pertandingan Gusti Lengan Kedah pada 27/12/2008 iaitu;

1. Mohamad Shuhaimisidy - Ketua
2. Asfrizal bin Shukur
3. Darnesh a/l Rajendran
4. Mohd Rahmat bin Razali
5. Mohd Ariff
6. Mohd Muazan
7. Sazali bin Nazaki
8. Shahril Amir bin Zainul Abidin
9. Mohd Fairuddin bin Mohd Suki
10.Mohd Farid bin Baharuddin
11. Lokman bin Jamaluddin
12. Emillia
13. Noritah bte Mohd Dali
14. Siti Norsidah bte Mohd Dali
15. Muhamad Shah bin Masih
16. Suhaili bte Alwi
17. Ahmad Budi Ismanty bin Mohamed Monir
18. Thunagaran a/l Sellaiah
19. Manosahn a/l Naidu

Pihak PSLNS akan menyediakan dua buah van dan sehelai T-shirt untuk setiap peserta. Tempat berkumpul adalah di Bangunan Terminal 2, LTSAAS Subang. Kenderaan boleh di parking dalam kawasan berpagar.

Kita dijangka bertolak pada jam 10.00 malam 26/12/2008, dan tiba di Alor Setar pagi Sabtu, 27/12/2008 dan pulang ke Kuala Lumpur jam 8.00 malam dan tiba pagi Ahad. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Shamsul Kahar bin Mohamad 012-9402679.

Wakil PSLNS yang akan turut serta adalah

1. En. Ab Aziz bin Ali, Presiden
2. En. Mohamad Radzillah Abdullah, Timb. Presiden
3. En. Mohamad Razali bin Shaharin, Naib Presiden 1
4. En. Shamsul Kahar bin Mohamad, Setiausaha
5. En. Yaahaya bin Husin, Bendahari
7. En. Hashim bin Muhiden, AJK
8. En. Mahran bin Che Amran, AJK
9. En. Abu Bakar Roseman, AJK

Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Karnival Selangor Ria 2008

Sunday, December 21, 2008

Shah Alam, 19/12/2008. Walau pun Pertandingan Gusti Lengan Karnival Selangor Ria 2008 telah diadakan pada hari Jumaat yang merupakan hari berkerja untuk rakyat negeri Selangor, ianya tidak menghalang seramai 40 peserta termasuk 12 orang peserta wanita untuk menyertai pertandingan gusti lengan yang diadakan di perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor sempena Karnival Jualan Selangor Ria 2008. Pertandingan ini dianjurkan oleh syarikat minuman kesihatan Ujang Power Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sebanyak 3 kategori pertandingan yang diadakan iaitu Kategori A (Lelaki 75kg ke atas), kategori B (lelaki 75kg kebawah) dan kategori C (Wanita terbuka).

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A - lelaki 75kg ke atas
1. Juara - Afrizal bin Yunus
2. Naib Juara - Shahril Amir bin Zainal Abidin
3. Ke tiga - Mohamad Fariz bin Abd Aziz
4. Ke empat - Syed Mohamad Asri bin Said Hamzah

Kategori B - lelaki 75kg ke bawah
1. Juara - Darnesh a/l Rajendran
2. Naib Juara - Aidi Adnan bin Yunus
3. Ke tiga - Mohamad Rahmat bin Razali
4. Ke empat - Muhammad Yasser bin Johari

Kategori C - Wanita Terbuka
1. Juara - Azilah bte Mohd Ali
2. Naib Juara - Jahlelawati bte Mohd Nor
3. Ke tiga - Emilia
4. Ke empat - Faridah bte Jamian

Gambar-gambar


Final Wanita Terbuka, Azilah lawan Jalilawati (hadapan kamera)

Final lelaki 75kg ke bawah, R. Darnesh (kanan) lawan Aidi Adnan



Final lelaki 75 kg ke atas, Afrizal (kiri) lawan Shahril Amir




Afrizal Yunus, Juara kategori lelaki 75 kg ke atas




Shahril Amir, Naib Juara lelaki 75 kg ke bawah





Muhammad Faris, ke 3 kategori lelaki 75 kg ke atas



Azilah, Juara kategori Wanita Terbuka




Jahlelawati, Naib Juara kategori Wanita Terbuka




Emelia, tempat ke 3 kategori wanita terbuka




Lain-lain gambar boleh dilihat di http://www.flickr.com/photos/upenyu/

Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008

Friday, December 19, 2008

Makluman pada semua pemain-pemain gusti lengan Selangor. Mereka yang berminat untuk mewakili Selangor dalam Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008 boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS untuk maklumat lanjut.
Pihak Persatuan akan menyediakan pengangkutan percuma iaitu pergi ke Alor Setar pada malam 26hb. Disember, 2008, dan pulang ke Kuala Lumpur selepas pertandingan tamat pada 27hb. Disember, 2008. Mereka yang mewakili Selangor akan diberi sehelai T-shirt percuma persatuan.
Untuk pendaftaran dan pengesahan peneyertaan, sila berhubung dengan Encik Shamsul Kahar bin Mohamad, Setiausaha PSLNS 012-9402679.

Pertandingan Gusti Lengan Selangor Ria 2008

Hari ini akan bermula Pertandingan Gusti Lengan Selangor Ria 2008 sempena berlangsungnya Karnial Jualan Selangor Ria 2008 di perkarangan Stadium Melawati di Shah Alam, Selangor.
Pendaftaran akan dibuka mulai jam 3.00 petang hingga 4.00 petang di gerai Syarikat Ujang Power Sdn Bhd.

Kepada semua pemain-pemain gusti lengan di Negeri Selangor khususnya dijemput untuk menyertai pertandingan ini yang menawarkan hadiah-hadiah menarik dari Juara hingga ke tempat ke 10. Yuran penyertaan RM10 sahaja. Sebanyak 3 kategori diadakan iaitu 1. Kat. A Lelaki 75kg ke atas 2. kat B. Lelaki 75kg ke bawah dan 3. Kat C Wanita 80kg ke bawah.

Terima kasih kepada Syarikat Ujang Power Sdn Bhd yang telah sudi menyediakan hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang.

XXX World Armwrestling Championships November 29th - December 7th 2008 Kelowna, B.C. Canada - Result

Saturday, December 13, 2008

Berrikut adalah keputusan bagi Kejohanan Gusti Lengan Dunia ke 30, 2008 yang telah diadakan pada 29 November hingga 7 Disember, 2008 yang di adakan di Kelowna, British Colombia, Canada, iaitu;

Keputusan hari pertama
http://myarmwrestling.smmsite.com/customer_files/wysiwyg_files/29088/DAY_1_RESULTS.pdf
Keputusan hari ke dua
http://myarmwrestling.smmsite.com/customer_files/wysiwyg_files/29088/DAY_2_RESULTS.pdf
Keputusan hari ke tiga
http://myarmwrestling.smmsite.com/customer_files/wysiwyg_files/29088/DAY_3_RESULTS.pdf
Keputusan hari ke empat
http://myarmwrestling.smmsite.com/customer_files/wysiwyg_files/29088/DAY_4_RESULTS.pdf

Pertandingan Gusti Lengan pada 19hb Disember, 2008.

Pihak Persatuan menerima banyak pertanyaan kenapa pertandingan gusti lengan kali ini diadakan pada hari Jumaat (19/12/2008) iaitu pada hari kerja.

Untuk makluman semua, pertandingan ini adalah anjuran pihak penaja, Syarikat Ujang Power Sdn Bhd dan SUK Negeri Selangor. Pihak persatuan hanya mengendalikan pertandingan sahaja, dan tidak terlibat dalam pemilihan tarikh berkenaan. Harap ini dapat difahami oleh semua pihak.

Pihak Persatuan tetap berharap semua peminat gusti lengan akan memberi sokongan dengan hadir beramai-ramai. Sokongan padu ini amat pihak persatuan perlu untuk menarik minta bakal-bakal penaja untuk menaja pertandingan gusti lengan pada masa akan datang. Oleh kerana itu pihak persatuan amat berharap anda semua akan terus beri sokongan kepada semua aktiviti gusti lengan.

Berkenaan hadiah, yuran dan lain-lain maklumat, pihak persatuan akan memaklumkan disini setelah memperolehi daripada pihak penganjur.

Selangor Armsport Forum

Pihak Persatuan telah menyediakan satu forum untuk pemain dan peminat gusti lengan untuk berbincang hal-hal yang berkaitan dengan sukan gusti lengan iaitu Selangor Armsport Forum di http://www.armleg.com/badang/

Sila daftar segera dan jemput rakan-rakan anda untuk sama-sama memeriahkan forum ini.

Jom....

Arm wrestling a strength of will power

Friday, December 12, 2008

KOCHI: From being a means to test physical strength, arms wrestling has come a long way and is today gaining acceptance as a sport among youngsters across the country, according to the national body for the sport. Arm wrestling competitions are not as simple as it seems to spectators, but involves a test of one's physical strength, willpower and skill as upper body strength and muscle power of the arms come into play, an official of the Arm Wrestling Federation of India said. The competitions themselves are quite tough, with two opponents facing each other across a specially designed wrestling table, provided with elbow and touch pads. The right or left hand of the rival is gripped as may be the case and the other hand grabs the pegs.

"When a competitor's hand is pinned on the touch pad on either side, the competition is over," A V Vikraman, General secretary of the federation, said. Though there is no time duration for the competitions, the world armsport federation has formulated 30 rules to make it more interesting and tougher, he said. Vikraman regretted that Sports Authority of India was yet to recognise the sport, though the game has gained wide acceptance among youngsters across the country, with well known arm wrestlers bringing laurels to the country. "Our Arm Wrestlers have won 108 world medals and 33 Asian Medals for the country, from various international competitions," he said.

Vikraman pointed out that a nine-member Indian team had brought laurels to the country, winning four medals, including a gold at the 29th World Arm Wrestling Championship held at Leon in Spain from October 6 to 11. Five members of this team were from Kerala, he said Thirty-two-year old Joby Mathew, a law graduate and a disabled person, put up an excellent performance for India winning the Gold medal in the 52 kg class (left hand) in the general category along with normal persons. While competing in the disabled category in the 60 kg category, Mathew won the silver medal, while the top honour went in favour of Garish of Egypt. In the 2005 World Championship at Japan, Mathew had won three bronze medals, competing in the general category, he said. Another impressive performer was Shaju, the Indian captain, who had bagged a silver and a bronze to stamp his class, Vikraman said. It was in 1977 the Indian Arm Wrestling Federation was founded and it is affiliated with the World Armsport Federation. The game is very popular in countries like the USA, Canada, China, Indonesia, Germany, France, Russia, Britain, Georgia, Kazakistan, Armenia, Malaysia, Netherlands, Israel and Egypt, he said.

The first World Championship was held in Canada in 1979 in which over 50 countries participated. India had hosted the World Meet thrice in 1980, 86 and 1997. Arm Wrestling was a special exhibition event in the 1994 World Games, and had won the appreciation of all, he said.

PSLNS sediakan bas untuk ke Alor Setar

Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor sedang berunding dengan penaja bagi menaja sebuah bas untuk membawa peserta gusti lengan Selangor ke Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008 yang akan diadakan pada 27hb Disember, 2008 di Alor Setar, Kedah.

PSLNS dengan ingin menjemput semua pemain dan peminat gusti lengann yang berminat untuk untuk mengikuti rombongan agar mendaftar segera dengan pihak PSLNS . Perjalanan adalah pada malam 26hb dan kembali semula pada 27hb sebaik pertandingan berakhir. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

PSLNS memerlukan sekurang-kurangnya 20 pemain untuk untuk dihantar mewakili Selangor ke pertandingan ini.

Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008

Wednesday, December 10, 2008

Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008 akan diadakan pada 27 Disember 2008 di Perkarangan Menara Alor Setar, Alor Setar Kedah sempena Karnival Jom P Menara. Pertandingan akan dimulakan pada jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Kategori yang dipertandingkan adalah
1. Katagori 1: Lelaki 75kg ke atas
2. kategroi 2: Lelaki 65kg - 75kg
3. kategori 3: Lelaki 65kg ke bawah

Hadiah RM1000 berserta piala untuk juara bagi setiap kategori
Hadiah RM700 beserta piala untuk naib juara bagi setiap kategori
Hadiah RM500 beserta piala untuk tempat ke 3 bagi setiap kategori
dan hadiah untuk tempat ke empat.

Yuran penyertaan RM30 sahaja.

PSLNS bercadang untuk membuat rombongan ke Alor Setar, jika jumlah penyertaan dalam jumlah 30 orang. Sila buat pengesahan kepada pihak Persatuan dengan kadar segera.

Pertandingan Gusti Lengan anjuran Ujang Power Sdn Bhd

Kepada semua pemain-pemain gusti lengan di Negeri Selangor khususnya dijemput untuk menyertai pertandingan Gusti Lengan anjuran Ujang Power Sdn Bhd di karnival Jualan anjuran SUK Negeri Selangor yang akan diadakan pada 19 Disember 2008 mulai jam 3.00 petang hingga 6.00 petang. Pertandingan ini akan diadakan di perkarangan Stadium Melawti.

Sebanyak 3 kategori diadakan iaitu 1. Kat. A Llelaki 75kg ke atas 2. kat B. Lelaki 75kg ke bawah dan 3. Kat C Wanita 80kg ke bawah.

Laman web Ujang Power Sdn Bhd boleh dilawati di http://www.ujangpower.com/