KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Malaysian Open Armwrestling Championship 2010

Friday, April 30, 2010

THE REAL ARMWRESTLING FOR THE REAL
ARMWRESTLERS

Malaysian Open Armwrestling Championship 2010 - Round 1 Selangor
7, 8 & 9 Mei 2010
Klang Parade, Kelang, Selangor

Kategori Utama
Lelaki 95kg ke atas
Lelaki 85kg - 95kg
Lelaki 75kg - 85kg
Lelaki 75kg kebawah

Hadiah Peringkat Negeri
Juara - RM1,000 + Piala + Medal
Naib Juara - RM500 + Piala + Medal
Ke 3 - RM300 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati

Kategori Terbuka
Wanita
Penuntut Universiti
Pelajar Sekolah Menengah
Kakitangan PBT

Hadiah Kategori Terbuka
Juara - RM500 + Piala + Medal
Naib Juara - RM300 + Piala + Medal
Ke 3 - RM200 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati


Jadual Pertandingan
7/5/2010 (Jumaat) - Pendaftaran & Klinik Gusti Lengan PLSN
8/5/2010 (Sabtu) - Kategori Terbuka
9/5/2010 (Ahad) - Kategori Utama
Masa : 10.00am - 10.00pm

Yuran
Hanya perlu membeli sebuku sabun Viviku (sabun dari Korea) berharga RM33 sahaja (Juga layak untuk menyertai lain-lain aktiviti yang diadakan). Beli semasa pendafataran

Juara setiap kategori utama akan layak ke pusingan akhir pada bulan September 2010 di Kuala Lumpur.

Peserta
Untuk kategori utama, pemain mestilah warga negara Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada hari pertandingan.

Penaja Utama : KANG BAO MARKETING SDN BHD (http://www.viviku.com.my/)

Pusingan seterusnya akan diadakan di seluruh Malaysia. Pusingan ke 2 Kuala Lumpur, akan diadakan pada 28, 29, 30/5/2010 di Leisure Mall Cheras.


Pusingan Akhir (Peringkat Kebangsaan)
Kategori Utama
Lelaki 95kg ke atas
Lelaki 85kg - 95kg
Lelaki 75kg - 85kg
Lelaki 75kg kebawah


Hadiah Peringkat Kebangsaan
Juara - RM10,000 + Piala + Medal + Gelaran MR MALAYSIA 2010
Naib Juara - RM5,000 + Piala + Medal
Ke 3 - RM3,000 + Piala + Medal
Ke 4 - 8 - Sagu hati


Maklumat lanjut :

Ab Aziz bin Ali 012-4189438
Shamsul Kahar 0129402679
Razali Shaharin 0129722228
Shahril Azmir 0126600288


LETS PARTY GUYS!!!!
REMEMBER 7, 8 & 9 MAY 2010!!!

Bersama Menteri dan Timbalan Menteri

Tuesday, April 27, 2010







PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan YB Dato' Razali Haji Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan kerana sudi bersama-sama menyertai acara Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.



Gambar-gambar di Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu















Aksi-Aksi Peserta Cilik Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu

Promosi gusti lengan di kalangan kanak-kanak baik lelaki mahu pun perempuan mendapat sambutan yang cukup hangat. Inilah wajah-wajah yang bakal menganti pengusti-pengusti lengan yang ada sekarang.















Ayu, bakal gegar dunia gusti lengan tanah air 10 tahun akan datang

Badangpower turut "tewas" di tangan Ayu


Kuala Kubu Bharu, 24hb April, 2010. Ayu, panggilan untuk gadis manis berusia sebelas tahun ini atau nama sebenarnya Siti Norshahira bte Ramli, pelajar tahun lima Sekolah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu ini begitu bersungguh-sungguh dalam setiap "perlawanan" yang disertainya sewaktu berlangsungnya Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Bharu.

Menewaskan semua pencabarnya termasuk beberapa orang pelajar lelaki menunjukkan potensi yang ada pada gadis cilik ini. Malah tanpa segan-segan turut mencabar Presiden PSLNS dan Badangpower untuk bertarung dengannya. Dengan berdiri di atas sebuah kerusi akhirnya dua orang kuat PSLNS tewas ditangan gadis cilik ini.

Melihat kepada kesungguhan Siti Norshahira ini dan juga begitu ramai sekali kanak-kanak perempuan dan lelaki seolah-olah memberi gambaran positif bahawa sukan gusti lengan berpotensi untuk berkembang sebagai acara sukan yang digemari dalam masa terdekat. Sekiranya segala usaha dengan disertai sokongan daripada pelbagai pihak, PSLNS percaya sukan ini akan berkembang lebih pantas dalam beberapa tahun akan datang.



Aksi menarik yang ditunjukan oleh Ayu sewaktu menewaskan Presiden PSLNS.


Perempuan tetap perempuan, Ayu sempat meneyelitkan sekuntum bunga raya
di telinganya sewaktu beraksi di gelanggang

Ayu menggunakan teknik yang biasa digunakan oleh John Berzenk sewaktu mengalakan Presiden PSLNS


Timbalan Menteri Belia dan Sukan "Sertai" Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru

YB Dato' Razali Hj Ibrahim sedang beraksi menentang
saudara Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS


Kuala Kubu Baru, 24hb April, 2010. Peserta-peserta Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru amat bertuah apabila turut sama "menyertai" pertandingan ini adalah tetamu istimewa iatu YB Dato' Razali Hj Ibrahim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan. Di dalam pertandingan berkenaan YB Dato' Razali Hj Ibrahim berjaya mengalahkan beberapa orang peserta di samping berjaya "menewaskan" Saudara Ab Aziz bin Ali, Presiden PSLNS sendiri.

Sementara itu Muhamad Rizhuan yang baru berusia 19 tahun muncul sebagai juara dalam Pertandingan Gusti Lengan Karnival Sukan Kuala Kubu Baru yang diadakan di Tapak Karnival Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru. Anak muda yang berasal dari Pasir Panjang dengan ketinggian 175cm dan berat badan mencecah 100kg berjaya menumbang lawannya yang lebih dewasa untuk mara ke perlawanan akhir. Di perlawanan akhir, beliau menang mudah ke atas Hashim bin Awang yang muncul sebagai naib juara. Azizul bin Yassin tempat ke 3 dan Mahat Jalaluddin di tempat ke empat.

Muhamad Rizhuan, muncul juara


Hashim Awang ditempat kedua


Azizul Yassin, tempat ke 3


Mahat Jamaluddin, tempat ke 4


gambar ehsan daripada myzally

Lepas habis game kat JB itu hari...

Thursday, April 15, 2010


Metzuyan1980 bergusti lengan dalam Metro 14 April 2010


Tahniah Metzuyan1980 kerana akhirnya berjaya juga keluar surat khabar, Metro lagi. Yang tak berapa jelas dalam gambar tu adalah Padli Sihat, Hairul Nazli, Sazali Nazaki (nampak belakang je ) dan Zuazlan (rasanye la)...hishhh.. glamerrr la korang.


Badangpower

The Real Armwrestling for Real Armwrestler

Saturday, April 10, 2010


Watch armwrestlers from


Selangor, Johor, Kedah, Perak and Negeri Sembilan

FIGHT FOR GLORY!!!!!!


PROGRAM MINI KARNIVAL KESIHATAN 2010, KG. BATU BELAH, KLANG.

Monday, April 5, 2010

Kelang, 4 April 2010. Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah dijemput ke Masjid Sirajuddin Al-Anuar di Kg. Batu Belah, Klang untuk menjayakan Program Mini Karnival Kesihatan 2010 anjuran JKKK Kg. Batu Belah, Klang.

Program tersebut, yang bermula sejak pukul 7 pagi, menyaksikan pelbagai agensi/jabatan kerajaan dan organisasi/persatuan mengadakan pameran di ruang dataran masjid tersebut.

PSLNS juga turut diberi peluang untuk membuat penerangan dan juga “live demo” gusti lengan kepada para pengunjung di khemah Urusetia di tapak karnival tersebut.

Hadir bagi pihak PSLNS adalah Pengarah Latihan & Pembangunan, En. Shahril Azmir dan juga Pen. Pengarah Latihan, En. Hairul Nazli. Turut serta bagi memeriahkan suasana, Mr Selangor 2009, Mohd Ridhuan Husin, yang tanpa penat lelah, melayan para pengunjung yang ingin mencabar beliau di dalam pertandingan gusti lengan. Hadiah saguhati turut diberikan kepada pengunjung yang berani mencuba.

Tetamu khas pada majlis tersebut, YB Dr. Hj. Abdul Rani Bin Osman (ADUN Meru N42), turut melawat khemah PSLNS bagi mengikuti penerangan dan mencuba sendiri sukan gusti lengan yang semakin popular ini.

Pihak PSLNS ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pihak JKKK Kg. Batu Belah dan Masjid Sirajuddin Al-Anuar kerana menjemput dan memberikan peluang kepada PSLNS untuk turut menjayakan Program Mini Karnival Kesihatan 2010.


Pengarah Latihan PSLNS, Shahril Azmir (kiri) memberi sedikit penerangan kepada YB Dr. Hj. Abdul Rani Bin Osman (ADUN Meru N42).

Orang ramai turut dipelawa untuk membuktikan kehebatan mereka

Kelibat Mr. Selangor 2009, Mohd Ridhuan Husin (kiri, bertopi) dan Pen. Pengarah Latihan, En. Hairul Nazli sedang membuat demonstrasi di tapak karnival.


Kanak-kanak juga turut mencubamembuktikan kehebatan mereka


Laporan : Shahril Azmir Zainal Abidin


"Light Off" on 27th March, 2010 - Armwrestling match at AnCasa Beach Resort, PD

Friendly match between Kareem Al-Berzenk versus Zally Fisher







Courtesy of Shikin Blues

Kejohanan Gusti Lengan Terbuka Malaysia di Johor Baharu

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Berita gembira untuk semua pemain dan peminat gusti lengan. Badangpower ingin memaklumkan bahawa Sukan Lengan Johor akan menganjurkan "Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Malaysia" pada 11hb April, 2010 di Pasaraya Today Bandar Sri Aman Masai, Johor Bahru.

PSLNS bercadang untuk menghantar antara 10 - 15 pemain. Pemain Gusti Lengan Selangor yang berminat untuk menyertai boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS 012-9402679 atau Encik Omar Suradie di talian 012-7716190 untuk maklumat lebih lanjut.

Butiran pertandingan ini seperti di bawah;