KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

12 peserta gusti lengan Selangor bersedia untuk gelaran "Mr Selangor"

Thursday, August 27, 2009

Pihak PSLNS hari ini mengeluarkan senarai nama 12 orang peserta gusti lengan telah berjaya melayakkan diri untuk bertarung bagi merebut gelaran MR SELANGOR dalam tiga kategori. Kesemua mereka ini telah mengikuti sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 dan telah menduduki rangking 1 hingga ke 4 bagi 3 kategori yang dipertandingankan.

Empat peserta gusti lengan akan bertarung dalam kumpulan masing-masing mengikut kategori secara liga dengan 2 peserta terbaik dari setiap kumpulan akan ke perlawanan akhir.

Perlawanan merebut gelaran Mr Selangor akan dijalankan serentak dengan Pertandingan Gusti Lengan Selangor Terbuka 2009 yang akan diadakan pada 11hb. Oktober, 2009 di Cova Square, Kota Damansara, Petaling Jaya. Selangor

Mereka yang berjaya melayakan diri itu adalah;

Kategori A Lelaki 85.1 ke atas

1. Afrizal bin Yunus




2. Harith Abdullah



3. Shah Rizad bin Masih


4. Mohd Fauzi bin Mohd Basri



Kategori B Lelaki 65.1kg - 85kg.1



1. Mohamad Ridhwan Hussein

2. Aidi Adnan bin Yunus



3. Sazali bin Nazaki


4. Zuazlan Abdul Kadir





Kataegori C Lelaki 65kg ke bawah

1. Mohd Fairuddin bin Md Suki



2. Mohd Rafae @ Tuah bin Mansoruddin




3. Mohd Zil Fadzil






4. Mohd Nazwil bin Awang

Laporan Akhbar Sinar pada 27/8/2009


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.

Armwrestling in Singapore

Tuesday, August 25, 2009

Terima kasih kepada Otai Bob yang telah mendapatkan video klip ini dan terima kasih kepada Razor TV Singapore.
















Cabaran dari Pengusti Lengan Thailand dan Indonesia

Salam kepada semua Pengusti Lengan Malaysia dan Selangor khususnya.

BERSEDIAKAH ANDA?

Nampaknya kebelakangan ini pihak PSLNS telah mula menerima pertanyaan dari wakil Armwrestling Association dari Thailand dan Indonesia yang berminat untuk menyertai pertandingan gusti lengan di Malaysia dan khususnya di Selangor juga. Dua persatuan ini telah memohon jadual pertandingan gusti lengan yang bakal di adakan di Malaysia.

Jadi sebelum pengusti-pengusti lengan dari Thailand dan Indonesia mula menyertai pertandingan di Malaysia, adakah anda sudah bersedia. kalau belum, mulalah bersedia dari sekarang.

Untuk program tahun 2010, pihak PSLNS bercadang untuk mengadakan Pertandingan Gusti Lengan Jemputan ASEAN yang akan melibat peserta dari Malaysia, Thailand, Indonesia dan Singapura. Insyaallah akan pihak kami usahakan.

Untuk yang berminat untuk menyaksikan Kehebatan "Armwrestling Champions in Thailand", sila klik video di bawah. Kalau ada telah bersedia untuk bertarung dengan hero-hero ini, maklumkan kepada kami. kami akan cuba bawa mereka kepada anda semua.

1. Ronnachai





2. Witthaya





Videos by armwrestlingbrj

Iklan di Akhbar METRO pada 14 Ogos 2009

Monday, August 17, 2009




Iklan ini ditaja oleh Cova Square Sdn Bhd

Laporan Akhbar Sinar pada 17/8/2009



Laporan Akhbar Sinar pada 16 Ogos 2009

Sunday, August 16, 2009


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar

Pertandingan Tarian Poco-Poco sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final


Untuk memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final yang akan diadakan pada 11 Oktober 2009 di Cova Square, Kota Damansara, PSLNS menjemput pasukan Tari Poco-Poco unntuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Poco-Poco Sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final. Butiran pertandingan adalah seperti berikut;


1. PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia lelaki, wanita dan kanak-kanak. Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya enam (6) orang peserta dan seorang pengurus pasukan.

Syarat - syarat Am Penyertaan :-

1.1 Setiap penyertaan kumpulan adalah terdiri dari lelaki atau perempuan atau kanak atau campuran lelaki, perempuan dan kanak-kanak
1.2. Penyertaan pelbagai kaum adalah digalakkan
1.3. Semua pasukan akan bertanding dan mempamirkan persembahan sekali sahaja.
1.4. Pemenang pertandingan akan dikira berdasarkan pungutan markah tertinggi.


2. PENGANJURAN
2.1. Pertandingan ini dianjurkan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor 2009 sempena
Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 – Grand Final.
2.2. Penaja pertandingan ini adalah Cova Square


3. TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

3.1. Pertandingan Poco-Poco akan diadakan pada :

Tarikh : 11 Oktober 2009
Masa : 10.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Cova Square, Kota Damansara, Selangor

Persembahan diselang seli dengan acara gusti lengan


YURAN
Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 (Tidak dikembalikan)


5. PENDAFTARAN / TARIKH TUTUP PENDAFTARAN
5.1. Setiap pasukan yang ingin bertandingan dikehendaki mengisi borang penyertaan dan difaks atau email kepada Urusetia Pertandingan di nombor 03-78433465 atau email selangorarmsport@yahoo.com

5.2. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 9hb. Okktober, 2009 jam 5.00 petang.


6. CABUTAN UNDI DAN PENARIKAN DIRI
6.1 Giliran pasukan akan ditentukan melalui cabutan undi yang akan dibuat sebelum pertandingan
6.2 Setiap pasukan dikehendaki berada di tempat pertandingan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum pertandingan bermula.
6.3 Sekiranya mana-mana pasukan yang tidak dapat hadir atau gagal berada di kawasan pertandingan selepas 1 minit nama pasukan diumumkan maka pasukan tersebut dianggap menarik diri dan penyertaannya akan dibatalkan.

7. KOD PAKAIAN
7.1 Pakaian hendaklah kemas dan bersopan disepanjang tempoh tersebut. Pakaian mestilah tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan adat ketimuran.
7.2 Pengadil berhak menghalang peserta dari meneruskan pertandingan sekiranya tidak mematuhi etika berpakaian.


8. MUZIK
8.1.1 Setiap rakaman hendaklah disediakan di dalam satu cakera padat sahaja. Cakera padat ini hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Pengelola sebelum pertandingan bermula.
8.1.2 Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap mutu dan kualiti bunyi setiap pita/cakera padat. Oleh itu setiap pasukan hendaklah memastikan mutu rakaman tersebut berada dalam keadaan baik dan bermutu tinggi.


9.2 JANGKAMASA / TEMPOH PERSEMBAHAN
9.2.1 Tempoh masa yang ditetapkan setiap persembahan lebih kurang 6 minit sahaja.
9.2.2 Masa hanya akan dikira apabila muzik dimainkan dan bukannya pada permulaan pergerakan, melainkan kedua-duanya bermula serentak

10. KAWASAN PODIUM PERSEMBAHAN (GELANGGANG)
10.1 Menggunakan ukuran keluasan gelanggang yang ditetapkan iaitu 16 x 20 kaki.

11. BANTAHAN
11.1 Semua keputuan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pengelola dan Ketua Hakim adalah muktamad. Tiada sebarang bantahan akan dilayan

12. HADIAH
12.1 Hadiah pertandingan akan disediakan
Juara RM500,
Naib Juara RM350,
Ke 3 RM200
ke 4 & 5 hamper

13. PENGADILAN
Markah adalah berdasarkan kepada segmen berikut :-
3.1 Variasi
3.2. Kepelbagaian Gaya
3.3. Kepelbagian Koreografi seperti Persembahan, Muzik, Peralihan dan Posisi
3.4. Pembuka dan Penutup yang menarik


Maklumat lanjut boleh berhubng dengan Puan Munirah 0176597393 atau Shamsul 0129402679.

Borang dan Peraturan Pertandingan Poco-Poco PSLNS 2009

Video Klip Perlawanan Akhir Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 6

Friday, August 14, 2009

Perlawanan akhir Kategori A Lelaki 75.1kg ke atas di antara Harith Abdullah (baju Putih) Lawan Afrizal Yunus.




Perlawanan akhir antara Mohd Fairuddin Md Suki (baju hitam) Lawan Ahmad Johari



--
Shahril Azmir Bin Zainul Abidin
Hombre Fuerte Pulsos Deportivos

Haris tumbangkan Afrizal dihadapan 5,000 orang penonton

Haris (baju putih) menerima hadiah kemenangan daripada YDP PEKIDA Selangor

Haris Abdullah, seorang anggota tentera dari TUDM Subang muncul sebagai juara Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 6 dengan menumbangkan juara 5 sirkit terdahulu iaitu Afrizal Yunus dihadapan lebih 5,000 orang penonton yang telah membanjiri Kompleks Sukan Pandamaran sejak pukul 7.30 malam lagi.

Perlawanan ini telah dihadari oelh Encik Sarwan Hussin dari Majlis Sukan Negara yang berlansung dalam dua set. Haris yang menggunakan teknik "Hammer" iaitu teknik pukulan pantas telah berjaya menumbangkan Afrizal yang sering menggunakan teknik "defensive" dan "back presure" berjaya menghalang Afrizal untuk kemenangan ke lima berturut-turut.

Untuk kategori, Muhamad Fairuddin Md Suki pula menjadi juara menewaskan Ahmad bin Johari, pendatang baru dalam sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009. Ini merupakan kemenangan ke lima Fairuddin. Beliau bagaimanapun pernah tewas pada sirkit ke lima yang diadakan di XTreme Park Shah Alam pada bulan Julai lalu.

Zuasliana meneruskan kemenangan ke enam berturut apabila mengalahkan Jahlelawati Md Ali untuk muncul juara. Manakala Jahlelawati Md Ali muncul naib juara dan Norashikin di tempat ke 3.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang DiPertua PEKIDA Selangor.


Keputusan Rasmi Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 6


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengumumkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 6 sempena Karnival Rakyat 2009 yang diadakan pada 9hb. Ogos, 2009 di Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang, Selangor adalah seperti berikut;

Katagori A Lelaki 75.1 kg ke atas

Juara - Harith Abdullah
Naib Juara - Afrizal Yunus
Ke 3 - Mohd Ridwan Hussein


Kategori B Lelaki 75kg ke bawah

Juara - Muhamad Fairuddin Md Suki
Naib Juara - Ahmah Johari
Ke 3 - Shaharial Shamir


Kategori C Wanita Terbuka

Juara - Zuasliana Abd Kadir
Naib Juara - Jahlelawati Mohd Ali
Ke 3 - Norashikin Abdullah

Hadiah-hadiah telah ditaja oleh syarikat minuman kesihatan Teh Misai Kucing Ujang Power Sdn Bhd.

Iklan Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final

Iklan ini telah tesiar di The Star pada 14hb Ogos,2009

Pertandingan Poco-Poco Sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 16 Ogos 2009 di tunda.

Dimaklumkan kepada pasukan-pasukan Poco-Poco yang telah mendaftar untuk pertandingan Poco-Poco sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 16 Ogos 2009 telah di tunda ke 11hb. Oktober, 2009 di lokasi yang sama. Maklumat lanjut boleh berhubng dengan Puan Munirah 0176597393 atau Shamsul 0129402679.

Harap maklum.

Tunda Pertandingan Gusti Lengan Cova Square 2009 - Selangor Sirkit 7

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menunda Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 7 yang dijadualkan pada 16hb. Ogos, 2009 di Cova Square, Kota Damanasara ke tarikh bau iaitu pada 11 OKTOBER 2009. Lokasi pertandingan tidak berubah.

Menurut Setiausaha PSLNS, Encik Shamsul kahar , penundaan ini perlu dilakukan kerana Sirkit 7 ini telah diubah menjadi Grand Final Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009. Pemenang-pemenang bagi setiap kategori akan dinobatkan dengan gelaran MR Selangor 2009. Para pemain diminta mengandakan latihan untuk menyertai pertandingan.

Disamping itu juga, tujuan penundaan ini untuk membolehkan para pemain merehatkan diri setelah melalui dua pertandingan gusti lengan berturut-turut yang agak sengit dalam jarak masa yang begitu dekat.

Untuk mememriahkan pertandingan ini, pihak persatuan juga akan mengadakan acara sampingan iaitu Pertandingan Tarian Poco-Poco. Setiap peneyertaan hendaklah terdiri dari lelaki, wanita atau anak-anak dan tiada had umur. Setiap kumpulan hendaklah disertai oleh sekurang-kuranga 6 orang peserta.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi 012-9402679, 012-9722228, 0124189438.

Pamplet Pertandingan Gusti Lengan Cova Square 2009 - Selangor Sirkit 7

Friday, August 7, 2009


Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 - Grand Final & Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009

Peta lokasi pertandingan di Covav Square, Kota Damansara

Cova Square Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan gusti lengan seperti berikut;

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final
&
Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor
2009

11hb. Oktober, 2009/ Masa : 9.00 pg - 5.00ptg

Cova Square, Kota Damansara, Selangor


Kategori Lelaki
1.Kategori A – 85.1kg ke atas
2.Kategori B - 65.1kg – 85kg
3.Kategori C – 65kg ke bawah

Kategori Wanita
4. Kategori D – Terbuka


Hadiah untuk semua kategori
Juara - Medal, wang tunai RM300 dan sijil
Naib Juara - Medal, wang tunai RM200 dan sijil
Ketiga - Medal, wang tunai RM150 dan sijil
Keempat - Medal, wang tunai RM100 dan sijil
Ke 5 - 8 - Hamper dan sijil


Yuran
RM10 sahaja
RM 5 untuk OKU

Peraturan Pertandingan
1. Rakyat Malaysia, lelaki & Wanita berumur 18 tahun ke atas
2. Bukan penagih dadah atau bekas penagih dadah
3. Tidak pernah patah tangan atau terseliuh
4. Menggunakan tangan kanan sahaja
5. Memakai pakaian sukan yang bersesuaian dan selipar tidak dibenarkan
6. Perlawanan menggunapakai peraturan World Armsport Federation (WAF)

Untuk Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Grand Final, peserta telah ditentukan oleh PSLNS berdasarkan kedudukan ranking dalam Sirkit yang telah berlangsung. Pemenang bagi acara ini akan dianugerahkan dengan gelaran MR SELANGOR 2009.

Pendaftaran boleh dibuat melalu sms ke 012-9402679 atau 0129722228 dengan menyatakan nama penuh, no. K/Pengenalan, jantina dan berat badan.

Pendaftaran pada hari pertandingan akan dibuka mulai jam 9.00 pagi - 10.30 pagi. Perlawanan akan bermula mulai jam 11.00 pagi.

Lawatan ke rumah Shaharuddin oleh AJK PSLNS

Wednesday, August 5, 2009


Pada 3hb. Ogos, 2009 yang lalu, rombongan AJK dan pemain Persatuan Sukan Lengan Negeri telah mengadakan lawatan ke rumah Encik Shaharuddin Bakri yang merupakan salah seorang pemain gusti lengan yang tidak pernah ketinggalan menyertai setiap pertandingan gusti lengan anjuran PSLNS. Rombongan lawatan ini diketua oleh Encik Ab Aziz bin Ali, Presiden PSLNS sendiri disertai oleh Setiausaha PSLNS dan beberapa orang pemain-pemain gusti lengan Selangor.

Tujuan lawatan ini adalah antara bertujuan menyampai sumbangan wang tunai oleh pihak PSLNS dan pemain-pemain kepada Encik Shaharuddin yang mengalami kecederaan semasa menyertai pertandingan gusti lengan Selangor Sirkit 5 yang telah diadakan pada 19hb. Julai, 2009 di X-Tremme Park, Shah Alam baru-baru ini.
Dibawah adalah video klip perlawanan gusti lengan yang pernah diikuti oleh beliau.



Azman lawan Shaharuddin (Baju merah)

Laporan Akhbar Sinar pada 5/8/2009




GUSTI LENGAN SANA SINI....

Saturday, August 1, 2009

Pertandingan Gusti Lengan Bandar Baru Sungai Lalang, Bukit Selambau


KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN SUKAN LENGAN ZON UTARA 2009

PADA 24 JULAI YANG LALU TELAH DIADAKAN KEJOHANAN GUSTI LENGAN DI SUNGAI LALANG,SUNGAI PETANI KEDAH . TERDAPAT ACARA GUSTI LENGAN YANG

DIPERTANDINGKAN IAITU:


LELAKI 75KG KE ATAS
LELAKI 65KG KE 75KG
LELAKI 65 KG KE BAWAH
SERTA WANITA TERBUKA


KEPUTUSAN PENUH:

PEMENANG KATEGORI 75 KG KE ATAS

1. IBRAHIM BIN MUSA (PERLIS)
2. HARUN BIN DZULKEFLE (PERLIS)
3. ISHAK BIN MAT (KEDAH)
4. MAT KASSIM BIN YAAKOB (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI 65 KG KE 75 KG


1. KU RASHID BIN KU RUBI (PERLIS)
2. JUMADI bIN SULAIMAN (KEDAH)
3. MUHAMMAD HAFIZI BIN AHMAD (KEDAH)
4. MOHD RAFIQ BIN ROHANI (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI 65 KG KE BAWAH

1. MOHD SHAHRIL EFENDI BIN ISHAK (KEDAH)
2. MOHAMAD ALIAS BIN ABDUL RAHIM (KEDAH)
3. SHAHIDI BIN AHMAD (KEDAH)
4. MOHD EFFANDY BIN ISMAIL (KEDAH)


PEMENANG KATEGORI WANITA

1. NOORSIAH BIN MANSOR (PERLIS)
2. SHARIFAH SALWA BINTI SYED ISMAIL (KEDAH)
3. JAMILAH BINTI HASHIM (KEDAH)
4. ANGALAI A/P MUNUSAMY (SUNGAI LALANG, KEDAH)


* TAHNIAH KEPADA SEMUA PESERTA YANG BERJAYA DAN DIHARAPKAN DAPAT MENCUBA LAGI PADA MASA YANG AKAN DATANG.



***************

KERATAN AKHBAR SINAR EDISI UTARA AHAD 26 JULAI 2009




ihsan : http://www.sukanlenganmsia.blogspot.com/



*******




Cabaran gusti lengan



KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Kerjaya sebagai peniaga ayam yang memerlukannya mengangkat bakul berisi ayam seberat 80 kilogram (kg) setiap hari memberi kelebihan kepada Fakarudin Zainal untuk menjuarai kategori 70 kg ke atas dalam Cabaran Gusti Lengan PerfectFitness 2009 di sebuah pasar raya di sini, semalam.


Selain itu, pengalamannya menjadi juara sebanyak empat kali dalam sukan gusti lengan peringkat Pantai Timur sebelum ini turut membantunya menewaskan 27 peserta lain.


Fakarudin, 31, dari Kampung Wakaf Beruas, di sini, berkata dia tidak menyangka akan menjuarai pertandingan itu kerana turut disertai ramai peserta berbakat dan gagah.


“Saya bersyukur, kemenangan ini sedikit sebanyak menaikkan semangat saya untuk terus menjalani latihan dan menyertai kejohanan lebih besar. Tiada resipi khas dalam kejayaan saya itu, hanya menjaga pemakanan dan mengangkat bakul berisi ayam setiap hari,” katanya.


Fakarudin berkata, dia bercita-cita mengembangkan bakatnya dan bersaing ke peringkat lebih tinggi.


“Saya yakin jika diberi peluang, saya mampu mengalahkan peserta, termasuk dari luar negara. Harapan saya semoga kemenangan dan kesungguhan dalam sukan gusti lengan ini akan menjadi dorongan kepada lebih ramai bakat baru untuk tampil menyertai kejohanan pada masa depan,” katanya.


Sementara itu, Teo Chin Han, 25, yang mewakili Gimnasium Rakyat Perkasa Kuala Terengganu gembira usaha kerasnya berlatih selama dua jam sehari membuahkan hasil apabila mengungguli kategori 70 kg ke bawah.


“Tidak sia-sia saya mengorbankan masa rehat pada setiap petang berkunjung ke gimnasium bagi menjalani latihan dan ini pertama kali saya menyertai pertandingan, “ katanya.


Pengurus Perfect Strength Sport Academy Cawangan Terengganu, Lim Boon Tong, berkata penyertaan dan sambutan warga negeri ini di luar jangkaan berbanding negeri lain.


ihsan: http://alamakademik.wordpress.com/2009/06/28/cabaran-gusti-lengan/#comment-326