KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Pertandingan Gusti Lengan Fiesta Auto Gegar 2008

Wednesday, July 30, 2008



KAMI CABAR ANDA LAGI!!!!


SALAM DARI PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

Buat semua peminat-peminat Gusti Lengan Selangor, kali ini kita kan berentap lagi. Tunjukan kejaguhan anda.

Kali ini pertandingan akan diadakan di Pertandingan Gusti Lengan Fiesta Auto Gegar 2008 pada 2 dan 3 Ogos di Persint 2, Putrajaya. Tiga kategori akan dipertandingan iaitu Lelaki 75kg ke atas, Lelaki 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Sekiranya anda ingin mencuba dan bertanya berkenaan gusti lengan datang pada 2hb, kerana pertandingan akan diadakan pada 3hb. Ogos 2008.

Hadiah yang ditawarkan kepada Juara semua kategori ialah RM300. Sila berhubung dengan Shamsul 012-9402679 atau Razali 0129722228

Untuk melihat gambar-gambar Pertandingan Gusti Lengan di UKM sila klik disini>>>>



Keputusan penuh Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvo UKM pada 19 & 20 Julai 2008

Tuesday, July 29, 2008


Pelajar Iraq juara Gusti Lengan Pesta Konvo UKM

Pertandingan Gusti Lengan Konvo UKM 2008 telah diadakan pada 19hb. Dan 20hb. Julai, 2008 di UKM Bangi. Pertandingan ini merupakan prorgram anjuran Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertadningan dua hari telah menarik penyertaan seramai hampir 150 orang peserta yang terdiri orang awam dan pelajar-pelajar UKM sendiri.

Menurut Saiyidul Fakhan Mansor, selaku Pengarah Eksekutif, Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM, menyatakan bahawa pertandingan gusti lengan ini merupakan salah satu program yang julung-julung kali diadakan di peringka IPT sebagai salah satu program pengisian untuk menjayakan dan mempromosikan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM. Disamping itu juga, program ini bermatlmat memartabatkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia melalui penganjuran program berbentuk kecergasan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis penutupan pertandingan telah diresmikan oleh Encik Abd. Ghani Rahman, Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa berusaha untuk memajukan dan memperkenalkan pelbagai acara sukan yang tidak termasuk dalam kategori sukan teras seperti gusti lengan, tarik tali dan sebagainya. Penglibatan pelbagai kaum dalam sukan-sukan seperti ini amat penting bagi mengeratkan perpaduan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Turut hadir di majlis penutup itu adalah Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM.

Dalam Pertandingan berkenaan, Mohammad Jameel Ayd Al-Jubowi, pelajar dari Iraq yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi juara kategori Lelaki Terbuka 75kg ke atas pada. Beliau telah mengalahkan Muazan bin Mohamad, yang juga merupakan pelajar UKM. Berbadan sasa dan menggunakan teknik ``Hammer“ dalam perlawanan berkenaan, beliau telah mengalah Muazan dalam perlawanan dua set. Tempat ketiga di menangi oleh Suhaimisidy Dzakaria yang mewakil PSLNS dan Steven Gregory dari IPK Selangor di tempat ke empat.

Untuk lain-lain kategori pula, kategori Lelaki Terbuka 65kg – 75kg, Hariz Joseph Abdullah dari TUDM Subang menjadi juara setelah mengalahkan Runzy Japar dari IPK Selangor dalam dua set. Manakala Mohd Rahmat bin Razali dari Putrajaya menduduki tempat ketiga.

Kategori Lelaki Terbuka 65kg ke bawah, Mohd Zul Izhar Mohd Khalid dari Lenggeng, Negeri Sembilan menjadi juara dengan mengalahkan Mohd Ariff bin Abd Hamid , manakala Sarwan bin Hj Husin yang mewakili PSLNS menduduki tempat ketiga.

Kategori Wanita terbuka pula dimenangi oleh Nor Emelia Abd Wahab dari IPK Selangor yang mengalahkan Siti Syafiqah Mazlan dari UKM, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Farahrina Sanian Abdullah juga dari IPK Selangor.


Pertandingan Gusti Lengan untuk pelajar UKM pula diadakan pada 20hb. Julai, 2008. Seramai 70 orang peserta lelaki dan perempuan bertanding dalam tiga kategori. Nazri Abdullah pelajar UKM yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menjadi juara kategori Lelaki IPT 75kg keatas mengalahkan Muhammad Amin Baharuddin dari Kolej Ungku Omar dalam perlawanan sengit 3 set. Kategori Lelaki IPT 65kg ke bawah dimenangi oleh Muhamad Syahir Abu Bakar yang telah mengalahkan Mohd Arid bin Che Harun dalam dua set. Manakala Siti Ayuni Yahaya menjadi juara kategori wanita IPT terbuka dengan mengalahkan Flora Rasyida Samson bagi tempat kedua.

Juara bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai, vaucher penginapan Hotel Seri Malaysia, minuman kesihatan Ujang Power dan minyak kenderaan greenbio.

Ujang Power sumbang minuman kesihatan

Monday, July 14, 2008

Syarikat Ujang Power, sebuah IKS bumiputera menyumbang minuman kesihatan Misai Kucing kepada peserta-peserta Gusti Lengan Pertandingan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM.

Jurucakap syarikat berkenaan, Encik Shamsul, sumabangan ini adalah sebagai usaha pihak syarikat membantu perkembangan sukan di negeri Selangor. Sumbangan ini diharap akan dapat membantu memeriahkan acara berkenaan.

Maklumat lanjut produk keluaran Syarikat Ujang Power boleh diperolehi dengan melayari laman web http://www.ujangpower.com/

Rangkaian Hotel Seri Malaysia taja hadiah pemenang



Rangkaian Hotel Seri Malaysia menyumbang 5 voucher penginapan untuk pemenang-pemenang pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvoksyen Ke 36 UKM Bangi pada 19 dan 20 Julai, 2008.

Menurut Puan Lin, jurucakap Rangkaian Hotel Seri Malaysia, pihak Rangkaian Hotel Seri Malaysia amat menyokong usaha pihak persatuan mengadakan aktiviti sukan. Sumbangan ini diharapkan akan dapat membantu mempromosikan sukan gusti lengan di Malaysia dan Selangor khususnya.

Encik Ab. Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Rangkaian Hotel Seri Malaysia atas sumbangan yang diberi. Beliau juga amat berharap langkah Rangkaian Hotel Seri Malaysia akan menjadi contoh kepada pihak-pihak lain bagi membantu pembangunan sukan tanah air.

Pertandingan Sukan Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM


Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM 2008
19hb. & 20hb. Julai, 2008



Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM akan diadakan pada 19 & 20 Julai di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor. Pertandingan ini adalah anjuran Sekreteriat Pesta Konvokesyen Ke 36 Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sebanyak 8 kategori individu dipertandingan iaitu 3 kategori bagi penuntut-penuntut Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan dan Swasta, manakala lima kategori untuk orang awam, lelaki dan wanita. Lima kategori akan dipertandingkan untuk orang awam 75kg ke atas, 65kg ke 75kg dan 65kg ke bawah untuk lelaki. Manakala 2 kategori dipertandingkan untuk wanita iaitu 65kg ke atas dan 65kg ke bawah. Sementara itu 3 kategori akan dipertandingan untuk pelajar-pelajar IPT iaitu 70kg ke atas dan 70kg kebawah untuk lelaki dan kategori terbuka untuk pelajar perempuan. Peserta hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun untuk menyertai Pertandingan ini.

Mereka hanya dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM10.00 sahaja, manakala untuk kategori orang awam pula, yuran penyertaan sebanyak RM20 . Setiap penyertaan akan memperolehi sehelai baju T-shirt, minuman kesihatan dan sijil penyertaan.“

Encik Mohamad Razali Shaharin, Naib Presiden 1 PSLNS berkata,``Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM 2008 ini merupakan salah satu aktiviti persatuan yang telah dirancang untuk tahun 2008. Kita berharap pelajar-pelajar IPT dan IPTS di sekitar Lembah Kelang tidak ketinggalan untuk menyertai petandingan ini. Untuk kategori bukan pelajar IPT pula, kita menjangkakan pertandingan ini akan turut disertai oleh mereka dari luar Lembah Kelang.”

Pihak persatuan menjangkakan lebih ramai penyertaan dari wanita akan diterima untuk pertandingan kali. Ini berdasarkan sambutan yang mengalakan daripada peserta wanita untuk pertandingan yang pernah diadakan sebelumnya.

``Pihak persatuan ingin menyeru agar lebih ramai peserta wanita akan mengambil bahagian kali ini. Kita jemput pelajar-pelajar wanita, pekerja-pekeja pejabat dan surirumah untk melapangkan masa untuk menyertai petandingan ini.“ tambah Razali lagi.

Gerai-gerai cenderamata, makanan dan minuman serta gerai pameran akan turut diadakan sempena pertandingan ini. Pada masa yang sama juga beberapa acara lain akan turut diadakan. Pihak sekreteriat menjangkakan lebih daripada seribu orang pengunjung akan datang untuk menyaksikan pertandingan ini.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh mendapat borang pertandingan daripada Sekreteriat Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM di Bangi dngan menghubungi Syafiq 017 7652810 atau Ezry 017 4004523 atau berhubung terus dengan pihak persatuan iaitu Razali 012 9722228 atau Shamsul 012-9402679.