KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Aksi-aksi ganas di Kajang

Tuesday, December 25, 2012








Wajah-Wajah Pemenang Pertandingan Gusti Lengan 1001 Rasa Satay Kajang 2012

Monday, December 24, 2012


Mohd Nizar Yusof, juara

Abd Razak Hadizir, tempat ke dua

Hairul Nazli, tempat ke 3

 Mohd Nazri Yusof, tempat ke 4

Sarwan Hussein, tempat ke 5 

Syabas kepada semua pemenang.

Nizar mengganas di Kajang


Kajang, 23 Disember, 2012. Mohamad Nizar Yusof sekali menunjukan kejaguhannya dengan mengalahkan 6 orang pencabarnya untuk memenangi Pertandingan Gusti Lengan yang diadakan sempena Karnival 1001 Rasa Satay Kajang 2012.

Ketiadaan Dzil Fahli dalam pertandingan kali ini namapaknya memberi laluan mudah kepada Mohd Nizar untuk memenangi satu lagi pertandingan, mungkin yang terakhir untuk tahun 2012. Nizar yang masih lagi swgar dengan kemenangan di satu pertandingan gusti lengan di I-City Shah Alam telah mengalahkan Abd Razak Hadizir dalam satu perlawanan sengit dalam dua set.

Nizar yang ditemui selepas pertandingan menganggap kemenangan dalam pertandingan ini memang telah dijangkakan, apatah lagi apabila Zil Fadhli telah menarik diri dari bertanding di saat akhir kerana kecederaan pangkal lengan.

Di Facebook: Presiden MAA diminta letak jawatan

Thursday, December 20, 2012


Ini yang Badangpower temui di Facebook. Anda fikir-fikirkanlah.




Bila budak-budak pun nak bergusti lengan


Salam semua.

Tiap kali ada pertandingan gusti lengan, antara penonton yang mengikuti dengan penuh minat adalah golongan kanak-kanak, taki kira samada kanak-kanak lelaki mahu pun perempuan. Mereka tak segan-segan untuk mencuba acara gusti lengan. Gambar-gambar di  bawah menceritakan segalanya..





Gempak Santai Metro Armwrestling Competition

Wednesday, December 19, 2012



Courtesy of Mervin Siew


Official results gempak santai metro armwrestling competition

75 kg below

1 - Mohamad Nizar Yusof
2 - Abdul Razak
3 - Hafizullah Abd Aziz
4 - Dave Hum Yien How
5 - Mohd Rafaee@ Tuah
6 - Wilter Lim
7 - Hairul Nazli
8 - Mohd Najib

Pertandingan Gusti Lengan karnival Belia Melaka bertukar jadi Melacca International Open 2012

Tuesday, December 18, 2012


Walaupun penundaan pertandingan gusti lengan jemputaan antarabangsa yang dianjurkan oleh Amiran Armwrestling Academy mengecewakan ramai ahli gusti lengan dan merupakan sesuatu yang memalukan nnegara, tapi Melaka mendapat keuntungan apabila beberapa orang peserta dari luar negara yang telah sampai ke Malaysia telah ke Melaka untuk menyertai satu pertandingan gusti lengan yang secara kebetulan diadakan di Bandar Hilir. Maka bertukarlah nama Pertandingan Gusti Lengan Karnival Belia Melaka menjadi Armwrestling International Invitation Melaka. Negeri Melaka yang untung, tetapi beberapa orang peserta gusti lengan Selangor yang secara sukarela demi menjaga nama baik negara melayan tetamu yang datang. Mereka inilah yang membawa peserta dari luar ini ke Melaka dengan kos sendiri. Pihak Amiran Armwrestling Academy lepas tangan dalam soal ini, yang sepatutnya merekalah yang bertanggungjawab. Tahniah kepada ahli gusti lengan Selangor walau pun terpaksa keluar duit dari kocek sendiri. Demi nama baik negara.

Apa pun ini adalah keputusan rasmi Melacca international Open 2012;

75kg below

1st - Mohamad Nizar Yusof(Malaysia)
2nd - Mohd Zil Fadli(Malaysia)
3rd - Desmond Lau(Singapore)
4th - Jian Jikan(Indonesia)

75kg - 85kg

1st - Valen Low(Singapore)
2nd - Mervyn Siew(Malaysia)
3rd - Bong Kim Ping(Malaysia)
4th - Nasser(Egypt)

85kg Above

1st - Andrey Sharkof(Ukraine)
2nd - Bong Kim Boon(Malaysia)
3rd - Lee Thiam Siew(Malaysia)
4th - Rick Kamana(Australia)

Congratulation to all winners!!

Bila kaum Ibu beraksi gusti lengan


Sebahagian daripada aksi-aksi kaum ibu di Armwrestling Challange @ MaTiC Fest 2012.


Juara dan Naib Juara Kategori Wanita Terbuka

Video: Abd Razak lawan Hairul Lee

Aksi-aksi tepilih di Armwrestling Challenge @ MaTic Fest 2012,


Semoga anda terhibur dengan aksi-aksi di Armwrestling Challenge @ MaTic Fest 2012,





Video: Nizar lwn Lee Yong Seng


Lee Thiem Swee, Mohd Nizar Yusuf dan Abd Razak Hadizir muncul juara


Lee hiem Swee dan Mohd Nizar masih berupaya mengekal penguasan merek dalam kategori masing-masing dalam pertandingan gusti lengan "Armwresling Challenge @ MaTiC Fest 2012. Manakala Abd Razak Hadizir mula menonjolkan kekuatan apabila muncul dalam kategori C> Tahniah untuk mereka bertiga dan badangpower peserta-peserta akan turut meningkat dengan memberi lebih cabaran kepada mereka bertiga. Apa pun Badangpower ucapkaan tahniah kepada semua dan yang tak berjaya, janagan putus asa dan cuba lagi di pertandingan yang lain-lain.


Mohd Nizar Yusuf muncul juara Kategori C Lelaki


Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012: Keputusan


Terima kasih kepada Pusat Pelancong Malaysia (MaTiC), Kuala Lumpur yang telah menganjurkan pertandingan "Armwrestling Challenge @ MaTiC Fest 2012 pada 15hb Disember, 2012. Pertandingan yang diadakan di MaTiC, jalan Ampang, Kuala Lumpur telah menarik minat seramai 43 orang peserta lelaki dan wanita. Pertandingan ini yang asalnya mempertandingan hanya 3 kategori lelaki, telah menaambah satu lagi kategori iaitu kategori Wanita Terbuka. Kategori ini diadakan berikutan dengan permintaan pengunjung wanita yang mahu pertandingan ini diadakan juga untuk mereka.

IACM 2012. APA DAH JADI????

Thursday, December 6, 2012



Badangpower malas nak komen apa-apa dah!. Anda baca sendiri.



Amiranz Armsport Academy, Malaysia
Dear All Participants,

We regret to inform that the event date for International Armwrestling Championships Malaysia 2012 (IACM 2012) has been postponed as below:

1. WAF Asian Technical & Referee Seminar : 21-22 February 2013
2. IACM 2012 : 23-24 February, 2013.

The organizer is fully apologize for the inconveniences due to unforeseen circumstances where the number of participant in our registered list who confirmed attending this event as todate are very less than per our expectation. We had a meeting with sport commissioner authority and getting further extension period to enable more international countries participation with sufficient time for their preparation. We found that many participants has withdraw from attending the event due to financial problem and some other federation whose requested more time for preparation to send their team players and also some country having their national championships event on the same period.

We oblige the demand and request for majority of participants who interested to join our international championships - IACM Golden Cup.

Therefore, we wish to apologize again for the postponed event date in order to succeed the event in acceptable arrangement to meet the expectation and ROI of our sponsors and event partner.

Kindly please do contact us president@amiranz-academy.com or +6013-2683589 should you need further clarification, if any.

-Board of IACM 2012-









WAF 2ND ARMWRESTLING TRAINING SEMINAR

Sunday, December 2, 2012




Maklumat lanjut, klik di sini WAF 2ND ARMWRESTLING TRAINING SEMINAR

INTERNATIONAL ARMWRESTLING CHAMPIONSHIPS MALAYSIA 2012





Maklumat lanjut, sila klik di sini IACM 2012


GUSTI LENGAN DI KARNIVAL BELIA MELAKA, 9 DISEMBER, 2012


Salam Hormat.

Anda semua dijemput untuk menyertai Pertandingan Gusti Lengan yang diadakan sempena Karnival Belia Melaka 2012 pada 9 Disember, 2012 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir Melaka. Pendaftaran dibuka pada jam 1.00 petang. Pertandingan ini akan melibatkan dua kategori sahaja iaitu Katageori lelaki 75kg ke bawah dan lelaki 75kg ke atas. Hadiah untuk juara RM300.00. Bagaimanapun yuran penyertaan tidak dimaklumkaan.. Maklumat lebih lanjut tentang pertandingan ini boleh diperolehi dengan menghubungi Encik Lee Ah Thiam 012-2276511.

Marilah kita memeriahkan pertandingan ini dan memberikan sokongan kepada pertandingan gusti lengan dengan menyertainya berramai-ramai.

Jumpa lagi.