KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Sertai Pertandingan Tarian Poco-Poco sempena Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 1

Saturday, March 28, 2009

Sempena dengan Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 1 pada 12hb. April, 2009 ini di Anggerik Mall, Shah Alam, Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjur acara sampingan iaitu Pertandingan Tarian Poco-Poco.

Pasukan Tarian Poco-poco ini hendaklah terdiri daripada 8 - 10 orang peserta lelaki, wanita atau lelaki/wanita. Markah akan dikirakan berdasarkan kepada keharmonian, sencronize, fomasi dan pakaian. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM30 untuk satu pasukan. Hadiah-hadiah menarik disediakan untuk juara hingga ke tempat ke 4. Kepada pasukan yang berminat boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS (012-9402679).

Gambar-gambar di Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009

Thursday, March 26, 2009


Gambar-gambar yang dirakam pada Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam pada 21hb. Mac, 2009. Untuk melihat lebih banyak gambar-gambar, sila klik ke laman web http://www.flickr.com/photos/gustilengan

Laporan Akhbar SINAR pada 26hb. Mac, 2009


Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 ditunda ke 12hb. April, 2009

Wednesday, March 25, 2009

Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor membuat keputusan menunda tarikh Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 29hb. Mac, 2009 ini ke satu tarikh baru iaitu pada 12hb. April, 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam.

Ini berikutan daripada pemain-pemain agar yang keletihan kerana telah menyertai dua pertandingan gusti lengan selama dua minggu berturut iaitu pada 15hb. Mac di Melaka dan 21hb, Mac di Shah Alam.

Pihak Persatuan akan mengeluarkan butiran rasmi Pertandingan GustI Lengan Selangor 2009 tidak lama. Borang-borang pertandingan akan diedarkan ke seluruh Selangor. Pihak Persatuan berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan untuk pertandingan kali ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak MARA Negeri Selangor yang telah sudi membenarkan pihak persatuan menggunakan Anggerik Mall untuk dijadikana gelanggan rasmi pertandingan gusti lengan.

Keputusan Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009


Tiga juara, dari kiri Shah Rizad, Azilah dan Fairuddin


Shah Alam, 21 Mac, 2009. Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Karnival Sukan Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor pada 21hb. Mac 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam yang merupakan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berlangsung dengan jayanya dan juga mendapat sambutan memberangsangkan dari penonton.

Seramai 50 orang peserta lelaki dan wanita telah menyertai pertandingan ini yang mempertandingkan tiga kategori iaitu Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas, Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah dan Kategori C: Wanita Terbuka.

Azilah bte Mohd Ali yang mewakili MBSA sekali lagi menunjuk kehebatannya menguasai pertandingan gusti lengan dengan muncul sebagai juara setelah menewaskan Jahlelawati, juga dari MBSA. Bagi Kategori 75.1 kg ke atas telah dimenanangi oleh Shah Rizad masih dari Kelang yang menewaskan Mohd Fauzi dari Shah Alam dan Mohd Fairuddin Md Suki dari Balai Polis Dang Wangi menewaskan Aidi Adnan dari Ijuk.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas
Juara - Shah Rizad Masih
Naib Juara - Moh Fauzi bin Mohamad basri
Ke 3 - Afrizal bin Yunus
Ke 4 - Rahmat bin Mohamad

Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah
Juara - Mohammad Fairuddin bin Md Suki
Naib Juara - Aidi Adnan bin Yunus
Ke 3 - Mohd Rafae bin Mansurrudin
ke 4 - Mohd nazwil bin Awang

Kategori C: Wanita Terbuka
Juara - Azilah bte Mohd Ali
Naib Juara - Jahlelahwati bte Moh Ali
Ke 3 - Roslina bte Harun
Ke 4 - Siti Faridah bte Jamian

Juara bagi kategori lelaki membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300 berserta piala manakal juara bagi Wanita Terbuka membawa pulang wang Tunai RM200 berserta piala. YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari, Exco Kerajaan Negeri Selangor telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Sebahagian daripada wang yuran penyertaan daripada peserta telah di sumbangkan ke Tabung Kebajikan Gaza.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana telah menjemput pihak Persatuan menganjurkan pertandingan gusti lengan.



Azilah menerima piala kejuaraan daripada YB Tuan Haji Yaakob bin Sapari



Shah Rizad Masih menerima piala dari YB Tuan Haji Yaakub bin Sapari.

Video Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 di YouTube by Shahril Amir

Tuesday, March 24, 2009

Anda boleh melihat rakam video pemain-pemain Selangor di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang telah diadakan pada 15hb. Mac 2009 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.




Lain-lain rakam video gusti lengan pemain-pemain wanita Selangor di YouTube

Azilah Ali VS Unknown Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=0ANyly7Dmmg

Nurliyana VS Unknown Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=oGnRitIbpJE

Faridah & Jahlelawati VS Players Melaka http://www.youtube.com/watch?v=R9KvQWBW9Us

Nurliyana VS Player Melaka http://www.youtube.com/watch?v=Qj2spLum3DM

Faridah VS Cheng Kwee Hong (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=u-YSNCs8TIA

Faridah VS Cheng Kwee Hong (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=7xHOa_yqeDw

Jahlelawati VS Maimun Talib (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=1RgbiSdqEPI

Jahlelawati VS Maimun Talib (Round 3) http://www.youtube.com/watch?v=YvTIYv7Kq6o

Azilah Ali VS Unknown Player Melaka (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=HiI2GxxdgwU

Nurliyana VS Emilia (Round 1 & 2) http://www.youtube.com/watch?v=LvmcfCth85Y

Azilah Ali VS Maimun Talib (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=bjnI83lTB1o

Azilah Ali VS Maimun Talib (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=vyuZ2Jsde9g

Nurliyana VS Cheng Kwee Hong (Round 1) http://www.youtube.com/watch?v=uz46IKKingA

Nurliyana VS Cheng Kwee Hong (Round 2) http://www.youtube.com/watch?v=FjXZdE_k4fs

Azilah Ali VS Nurliyana (Semi Final) http://www.youtube.com/watch?v=D8MgyElkHsg

Program sukan elak belia terjebak gejala negatif

Tuesday, March 17, 2009

MELAKA 16 Mac - Penglibatan golongan belia dalam program kecergasan dan kegiatan sukan mampu membendung mereka daripada terpengaruh budaya negatif seperti penyalahgunaan dadah dan perlumbaan haram.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo berkata, kegiatan sukan dan program kecergasan merupakan aktiviti sihat dan perlu dijadikan amalan memandangkan aspek penjagaan diri juga penting diamalkan dalam kehidupan harian.

Menurutnya, kerajaan melalui pelbagai agensi di bawahnya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan golongan belia demi memastikan mereka mampu membudayakan gaya hidup yang sihat dalam rutin harian masing-masing.

''Diharapkan sebarang aktiviti sukan dan beriadah ini dapat dijadikan sebagai titik tolak dalam usaha kita mendidik generasi muda agar cintakan amalan hidup sihat dan berkualiti," katanya pada majlis pertandingan Gusti Lengan Terbuka Melaka 2009 di Dataran Pahlawan sini semalam.

Pada pertandingan itu, peserta Johor Bahru, Mohamad Zawawi Hussin muncul juara bagi kategori lelaki 75 kilogram (kg) ke atas, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala pusingan kejohanan.

Mohamad menewaskan pencabarnya, Khairul Azwan dari Perak dengan menduduki tempat kedua dan meraih wang tunai RM300 serta piala pusingan pada pertandingan anjuran Persatuan Gusti Lengan Melaka.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Cheng Kwee Hong dari Melaka, muncul johan pertandingan manakala tempat kedua dimenangi oleh Azilah Ali dan ketiga Nor Liyana masing-masing dari Selangor. Tempat keempat dimenangi oleh peserta yang juga dari Melaka, Maimun Talib.

Hadiah johan kategori wanita ialah wang tunai RM300 dan piala pusingan, kedua RM200 dan ketiga RM100 masing-masing membawa pulang piala pusingan manakala tempat keempat mendapat hadiah saguhati wang tunai RM50 serta plak.
Seramai 75 peserta termasuk 60 lelaki dan 16 wanita menyertai pertandingan tersebut yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 6.45 petang.

- Utusan Malaysia Edisi Selatan 17/3/2009

Sertai Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 sambil menderma untuk Tabung Bantuan Gaza

Bagi membantu mengurangkan penderitaan rakyat Palastin di Gaza, pihak MBSA dan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah bersepakat dan bersetuju untuk memndermakan sebahagian kutipan yuran Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 pada 21hb. Mac, 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam kepada Tabung Bantuan Gaza.

Yuran penyertaan adalah RM5 iaitu RM2 sebagai yuran pemain dan RM3 (atau lebih) untuk didermakan kepada Tabung Bantuan Gaza.

Pihak PSLNS menyeru orang ramai khususnya rakyat negeri Selangor untuk ramai-ramai menyertai pertandingan ini. Menyertai Gusti Lengan sambil menderma untuk Tabung Bantuan Gaza.

Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Karnival Sukan Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor

Monday, March 16, 2009



Sempena Sambutan 1 Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menganjurkan pertandingan Gusti Lengan seperti berikut;


Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009
21hb. Mac, 2009 / 8.30 pagi – 3.00 petang
Stadium Malawati, Shah Alam

Sebanyak 3 kategori pertandingan iaitu,
1. Kategori A: Lelaki 75.1kg ke atas
2. Kategori B: Lelaki 75kg ke bawah
3. Kategori C: Wanita Terbuka

Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan, tidak pernah mengalami patah tangan atau terseliuh. Pertandingan menggunakan tangan kanan sahaja. Hendaklah berpakaian sukan lengan dan berkasut, selipar, kasut tumit tinggi dan sandal tidak dibenarkan.

Bayaran penyertaan RM5 sahaja iaitu RM2 untuk yuran penyertaan dan RM3 untuk sumbangan kepada Tabung Gaza.

Hadiah
Kategori A & B

  • Juara – RM300.00
  • Naib Juara – RM200.00
  • Ketiga - RM100.00
  • Ke empat - RM50.00
  • Ke 4 - 8 - RM30.00

Kategori C

  • Juara - RM200.00
  • Naib Juara - RM150.00
  • Ketiga - RM100.00
  • Ke empat - RM50.00
  • Ke 5 - 8 - RM30.00

Pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 16 orang peserta sahaja bagi setiap kategori. Undang-undang WAF akan diguna pakai dalam pertandingan ini. Format pertandingan yang akan digunapakai adalah kalah mati pusingan ke dua (second ound knock out).

Pihak persatuan walau bagaimanapun berhak membuat apa juga perubahan jika perlu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta. Pihak persatuan juga berhak untuk tidak menerima penyertaan dari mana-mana individu tanpa perlu member penjelasan.

Borang penyertaan boleh diperolehi dengan cara mendownloadkan dari laman web MBSA atau di http://www.mbsa.gov.my/mbsa/aktiviti/karnival_sukan_sethn.htm atau hadir pada hari pertandingan mulai jam 8.30 pagi.

Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan menghubungi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679.



Wanita Selangor tempat ke 2 dan ke 3 Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009




Azilah Ali dan Nurilyana Mer Shamsuddin dengan piala masing-masing

Melaka, 15 Mac, 2009. Dua orang peserta wanita Pasukan Gusti Lengan Selangor berjaya menjadi naib juara dan tempat ke tiga, manakala 3 orang lagi berjaya melangkah hingga ke peringkat suku akhir dalam acara Wanita Terbuka Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka.

Azilah Ali menjadi naib juara setelah tewas kepada peserta Melaka Chen Kok Kei dalam perlawanan dua set manakala Nurilayana Meor Shamsuddin pulak menduduki tempat ke 3 setelah berjaya mengalahkan peserta Melaka Maimon Talib.

Sementara itu, bagi peserta lelaki pula, berhadapan dengan pemain-pemain berpengalaman dari negeri lain terutama dari Perlis dan Johor merupakan satu cabaran yang berat bagi peserta-peserta muda Selangor. Kekurangan pengalaman bagi kebanyakan pemain-pemain muda Selangor merupakan salah s atu punca tewas kepada pemain lawan walau pada dasar telah berjaya memberik tekanan kepada pihak lain sebelum tumpas. Hanya seorang peserta lelaki iaitu Mohd Ehsan Izat yang layak ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada peserta dari Johor, manakala pemain-pemain lain tewas di pusingan yang ke dua.

Secara keseluruhannya, prestasi keseluruhan pemain terutama pemain wanita amat baik sekali bersandarkan kepada kekurangan pengalaman dalam permaianan ini. Pihak Persatuan menjangkakan pemain-pemain terutamanya tidak lama lagi akan mampu menguasai pertandingan bagi kategori wanita berdasarkan prestasi semasa meeka.

Pasukan Gusti Lengan Selangor akan kembali memulakan latihan Selasa ini bagi persiapan menghadapi Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 yang akan diadakan pada 21hb. Mac, 2009 di Stadium Malawati, Shah Alam.


Gambar-gambar
Jahlelawati (Kiri) menentanag peserta Melaka Maimon Thalib

Faridah (kanan) menentang peserta Melaka

Perlawanan sesama sendiri antara Emilia (kiri) dengan Nurilyana

Afrizal (kiri) menentang pemain Johor

Azilah (kiri) menumpaskan seorang pemain Melaka

Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009

Saturday, March 14, 2009

Pasukan Gusti Lengan Selangor akan menghantar seramai 16 orang peserta iaitu 12 peserta lelaki dan 4 peserta wanita ke Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2009 yang diadakan di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 15hb. Mac, 2009. Pasukan Gusti Lengan Selangor akan menyertai 3 kategori iaitu Lelaki 75kg ke atas, lelaki 75kg ke bawah dan Wanita Terbuka. Encik Mohamad Razali bin Shaharin, Naib Presiden 1 PSLNS, akan mengetuai pasukan ini.

Pihak PSLNS telah menyediakan 2 buah van untuk membawa pemain dan penyokong Selangor ke Melaka. Van akan berada di dua lokasi iaitu di hadapan Bangunan MBSA Shah Alam dan sebuah lagi di Terminal 2, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Van akan bertolak ke Melaka pada 15hb. Mac, 2009 jam 7.00 pagi di Bangunan MBSA dan 7.30 di Lapangan Terbang Subang.

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan Setiausaha PSLNS 012-9402679.

Diucapkan semoga berjaya kepada Pasukan Gusti Lengan Selangor!!

Lokasi Anggerik Mall, Shah Alam untuk Pertandingan Gusti Lengan Selangor pada 29hb. Mac, 2009

Tuesday, March 10, 2009

Untuk mereka yang belum mengetahui lokasi Venue Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam pada 29hb. Mac, 2009, ini adalah peta untuk ke lokasi berkenaan.

Latihan Gusti Lengan Di Taman Tasik Shah Alam


Latihan gusti lengan pasuskan Selangor sekali lagi telah di adakan di Taman Tasik Shah Alam iaitu bersebelahan Wet World pada 9hb. Mac, 2009 yang lalu. Di samping mengadakan latihan, pihak persatuan juga mengadakan promosi permaianan gusti lengan dan juga pengambilan ahli-ahli baru persatuan.

Piha persatuan bercadang untuk mengadakan latihan gusti lengan pada setiap petang Ahad bagi memebolehkan ahli-ahli pasukan gusti lengan Selangor dan juga orang ramai dapat mencuba permainan gusti lengan dan teknik-teknik permainan.

Hasil dari latihan di tempat terbuka ini, pihak persatuan telah berjaya mengumpul seramai 20 lagi ahli baru lelaki dan wanita.

Mereka yang berminat dijemput untuk berlatih bersama-sama ahli pasukan gusti lengan Selangor.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pengurusan Taman MBSA kerana memebenarkan pihak persatuan menggunakan Taman Tasik Shah Alam sebagai tempat untuk laltihan ppasukan gusti lengan selangor.

Laporan akhbar Sinar pada 3hb Mac 2009

Tuesday, March 3, 2009

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada akhbar sinar yang telah sekian lama membantu mempromosikan sukan gusti lengan dengan menyiarkan pelbagai berita tentang aktiviti gusti lengan di Selangor. Ribuan terima kasih kami ucapankan.

Link berita pada 3hb. Mac, 2009
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2503715.asp

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 29 Mac, 2009

Sunday, March 1, 2009



Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor akan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 pada 29hb. Mac 2009 bertempat di Anggerik Mall, Shah Alam.

Pertandingan ini akan mempertandingkan 5 kategori seperti berikut;

1. Kategori A Lelaki 80.1kg ke atas
2. Kategori B Lelaki 65.1kg - 80kg
3. Kategori C Lelaki 65kg ke bawah
4. Kategori D Wanita 65.1kg ke atas
5. Kategori E Wanita 65kg ke bawah

Yuran penyertaan adalah RM5 setiap peserta. Hadiah-hadiah menarik beserta medal dan sijil penyertaan akan disediakan dari Juara hingga ke tempat ke lapan.

Pihak PSLNS menghad penyertaan kepada hanya 16 penyertaan bagi setiap kategori. Tarik tutup pendaftaran dan bayaran yuran penyertaan adalah sebelum atau selewat-lewatnya pada 24hb. Mac, 2009.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah MARA Negeri Selangor yang bersetuju membenarkan Anggerik Mall, Shah Alam dijadikan venue pertandingan.

Untuk pendaftaran talian 012-9402679, 0124189438 & 0129722228

Latihan untuk ke Pertandingan Gusti Lengan Melaka Terbuka 2009

Satu latihan untuk persiapan pasukan gusti lengan Selangor akan diadakan pada 9hb. Mac, 2009 mulai jam 3.00 - 6.00 petang bertempat di Taman Tasik Shah Alam (bersebelah Wet World). Latihan ini akan dikendali oleh Encik Suhaimisidy iaitu Ketua Jurulatih Gusti Lengan Selangor. Latihan ini adalah sebagai persiapan terakhir sebelum meneyertai Pertandingan Gusti Lengan Melaka Terbuka 2009 anjuran Persatuan Gusti Lengan Melaka pada 15 Mac, 2009 bertempat di Dataran Pahlawan, Melaka.

Pertandingan ini akan melibat 3 kategori pertandingan iaitu Kategori A Lelaki 75kg ke atas, kategori B, Lelaki 75kg ke bawah dan Kategori C Wanita terbuka.

Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Setiausaha PSLNS 012-9402679 untuk maklumat selanjutnya.