KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Official results for Metro Armwrestling competition Mersing

Friday, April 20, 2012

Official results for Metro Armwrestling competition Mersing on 15th April, 2012

Category 75kg below
1st - Mohamad Nizar Yusof (Selangor)
2nd - Kow Peng Kuan (Melacca)
3rd - Melvyn Loh (Singapore)
4th - Dave Hum the feng shui master (Singapore)

Category 75kg to 85kg
st - Valen Low (Singapore)
2nd - Bong Kim Ping (Melacca)
3rd - Mohd Fadli Md Zain (Johor)
4th - Mervyn Siew (Selangor)

Category 85kg Above
1st - Martins Lorencis (Latvia)
2nd - Bong Kim Boon (Melacca)
3rd - Nasrun (Johor)
4th - Zairin Bujal (Melacca)

Congratulations to all winners!!


By: Valen Low
 
 
Photo : Valen Low

Gusti Lengan SHAPADU 2012: Video Klip


Final kategori B 75kg - 85kg di antara Sazali Nazaki Lwn Mohd Rafaei @ Tuah. Keputusan: Sazali Nazaki muncul juara.



Final kategori Lelaki C 75kg ke bawah. Perlawanan diantara  Abd Razak Hadezir Lwn Hafizullah Abd Aziz . keputusan Abd Razak Hadezir muncul juara

Gusti Lengan Festiva Mersing - Tarik minat peserta luar

Monday, April 16, 2012






Oleh Mohd Hilmie Hussin dan Azlan Muhammad Zain

SEPERTI dijanjikan Pertandingan Sukan Lengan anjuran akhbar nombor satu negara, Harian Metro sempena Festiva Mersing memukau pengunjung dan mencapai matlamatnya.Pertandingan yang berlangsung di khemah Arena selama dua hari, berakhir semalam jelas berjaya menghiburkan segenap lapisan masyarakat yang hadir.

Pengunjung bukan saja berpeluang untuk menyaksikan peserta tempatan yang hadir dari beberapa buah negeri, malah kelibat peserta luar negara seperti Singapura dan Latvia. Tanpa menghiraukan keadaan panas terik, mereka tetap memenuhi khemah Arena sejak pagi hingga petang bagi memberikan sokongan kepada peserta bersaing merebut hadiah lumayan yang ditawarkan. Keadaan jelas hangat apabila ada pengunjung saling memberikan sokongan padu dengan gaya tersendiri kepada peserta pilihan masing-masing. Semakin menarik apabila sokongan mereka dibalas peserta yang mempamerkan saingan sengit sehingga memerah keringat terakhir.

Akhirnya dua kategori Terbuka Lelaki diungguli peserta luar negara dengan Martins Lorencis dari Latvia menjuarai kategori heavyweight, 85kg ke atas manakala peserta Singapura, Valen Low muncul juara kategori 75kg-85kg. Peserta tempatan, Mohamad Nizar Yusof pula memenangi kategori 75kg ke bawah. Kategori Terbuka Wanita pula dimenangi Zainun Awang manakala Lee Yong Sheng menjuarai Remaja Bawah 17 tahun.
 
 
ehsan; harian metro

Presiden dan Timbalan Presiden Posing maut dengan Ieda Moin

Dalam kepenatan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan SHAPADU 2012 di Dataran Merdeka Shah Alam petang semalam, nampaknya sempat juga Presiden dan Timbalan Presiden PSLN berposing sakan dengan penyanyi dan pelakon Ieda Moin. Mulanya nak berposing di meja gusti lengan, malangnya bila dicari-cari rupanya meja tu dah dah selamat disimpan dalam kereta Presiden. Apa pun posing macam ni pun kira mencabar juga la.. Cuma sampainya hatii tak ajak Badangpower posing sekali..hish hishh...



Badangpower: Taklah besar sangat Ieda Moin ni.. saiz yang sedang-sedang.. tu yang abg haji suka tu..huhuhuhu..

Penat yee.. abang Tuah..


Kesian abang Tuah, terlelah kepenatan. Atau abang Tuah sedang fokus dengan pertandingan yang sedang berlangsung.. apa pun tahniah abang Tuah, dapat juga jadi naib juara.

Aksi-Aksi di Pertandigan Gusti lengan SHAPADU 2012






























Wajah-Wajah Pemenang Pertandingan Gusti Lengan SHAPADU

 Hafizullah Abd Aziz Naib Juara Kategori C

 Abd Razak Hadezir, Juara kategori C

Mohd Nasir Monchi, ke 4 kategori B 

Mohd Nazri Yusof, ke 3 Kategori B 

Mohd Rafaei @ Tuah bin Mokhtaruddin, Naib Juara kategori B 

Sazali bin Nazaki, Juara Kategori B 

Ismail bin Talib, ke 4 Kategori A 

Mohd Fauzi Mohd Mohd Basri, ke 3 kategori A

Hairul Nazli, Naib Juara kategori A 

Abd Rahman Rahim, Juara Kategori A

Harian Metro: Wanita Bergusti

Wanita bergusti


Oleh IBRAHIM ISA, MAHAIZURA ABD MALIK dan MOHD SAH MUDA

MERSING: Gerai Arena Harian Metro muncul gerai paling meriah pada Festiva Mersing di Dataran Pulau di sini, semalam, selepas diserbu ratusan pengunjung berikutan penganjuran pertandingan gusti lengan.

Gerai berkenaan menjadi tumpuan sejak jam 10 pagi semalam berikutan pengunjung tertarik dengan tawaran hadiah lumayan disediakan penganjur.

Lebih menarik, penganjuran kali kedua selepas diperkenalkan pada program Gegaria Harian Metro di seluruh negara itu dibawakan khas sempena Festiva Mersing.

Malah, sukan gusti lengan yang sinonim dengan lelaki turut menjadi rebutan golongan wanita pelbagai peringkat usia.

Suri rumah, Norhayati Abu Bakar, 44, berkata, dia tertarik menyertai pertandingan itu bagi mengisi masa lapang.

“Saya menyertainya sekadar suka-suka selepas diajak rakan. Walaupun ia sinonim dengan lelaki, saya rasa tidak salah wanita mencuba serta merasai pengalaman menyertainya.

“Selain menguji daya tahan, acara ini juga menawarkan hadiah berbaloi,” katanya.

Sementara itu, Pengarang Sukan Harian Metro, Radzi Wahab berkata, pihaknya berbesar hati dapat menyediakan acara itu sebagai penghormatan kepada pengunjung.

“Selain memeriahkan program, acara ini boleh menyihatkan badan, malah kami jangkakan kehadiran lebih ramai pengunjung hari ini (semalam).

“Acara ini membabitkan lima kategori iaitu bawah 17 tahun, terbuka wanita serta terbuka lelaki iaitu 85 kilogram (kg) ke atas, 75kg hingga 85kg serta bawah 75kg.

“Kami menawarkan hadiah wang tunai dan hamper dengan jumlah keseluruhan RM6,000. Pemenang pertama bakal membawa pulang RM350 diikuti RM250, RM150 dan RM100 bagi tempat kedua hingga keempat serta RM50 bagi saguhati,” katanya.

Pengarang Eksekutif (Pengeluaran) Harian Metro, Ahmad @ Salim Bachok berkata, acara berkenaan sebagai menghargai pengunjung, khususnya pembaca setia Harian Metro, selain memeriahkan penganjuran Festiva Mersing.

“Kami berpuas hati dengan sambutan menggalakkan pengunjung, terutama penduduk Mersing,” katanya.

“Pada masa sama, kami berbangga kerana matlamat melihat pengunjung dan masyarakat setempat menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan tercapai melalui sambutan diberikan,” katanya.

Menurut Ahmad, pengunjung masih berpeluang merebut hadiah menarik ditawarkan dengan menyertai dua acara yang disediakan sehingga hari ini.


Gambar Hiasan : Marlinda lawan Milla AF

Pertandingan Gusti Lengan Shapadu 2012



Pemenang-pemenang bergambar kenangan dengan Pengerusi Karnival Hari Shapadu 2012 

Pentas perlawanan gusti lengan dijalankan.


Salam Sejahtera untuk semua.

Pertandingan Gusti Lengan sempena dengan Karnival Hari SHAPADU telah diadakan pada 14 & 15 April, 2012 bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, Tiga kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori A Lelaki 85.1 kg ke atas, Kategori B Lelaki 75.1kg - 85kg dan kategori C Lelaki bawah 75kg. Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori A

  1. Abdul Rahman Rahim
  2. Hairul Nazli
  3. Mohd Fauzi Mohd Basri
  4. Ismail Talib
Kategori B

  1. Sazali Nazaki
  2. Mohd Rafaei @ Tuah Mastaruddin
  3. Mohd Nazri Yusof
  4. Mohd Nasir Monchi

Kategori C

  1. Abd Razak Hadezir
  2. Hafizullah Abd Aziz
  3. Mohd Ariff Abdul Hamid
  4. Nor Ahmad Fakeh
Pihak PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan SHAPADU kerana telah sudi menjemput PSLNS untuk menganjurkan petandingan gusti lengan ini. Diharapkan juga acara gusti lengan ini dapat diadakan pada apa juga karnival yang dianjurkan oleh pihak SHAPADU. Pihak kami ingin mencadangkan kepada pihak SHAPADU untuk memasukkan juga kategori Wanita pada masa-masa akan datang. Pihak PSLNS sekali mengucapkan terima kasih daun keladi kepada pihak pengurusan SHAPADU.

Kepada peserta-peserta juga pihak PSLNS juga mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjadi pengikut setia gusti lengan Selangor yang sentiasa mennyertai apa juga peetandingan gusti lengan yang dikendalikan oleh piohak PSLNS. Keranan anda semualah sukan gusti lengan terus aktif dan meriah setiap masa.