KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

VIDEO: MATIC ARMWRESTLING CHALLENGE 2014

Saturday, November 15, 2014



Video-video  gusti lengan di MaTiC Armwrestling Challenge yang telah diadakan di MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada 1 November, 2014. Terima kasih kepada Azmy Nen dari Kelab Trible Puller untuk rakaman video ini.
















Video by Singapore Armwrestling

HUJUNG TAHUN YANG SIBUK





Penghujung tahun yang agak sibuk untuk PSLNS kerana ada sebanyak 4 aktiviti yang akan diadakan yang boleh dianggap sebagai program penutup tirai tahun 2014. Jadi pastikan anda tidak ketinggalan menyertai atau menyaksikan aksi-aksi hebat ahli gusti lengan Selangor yang akan beradu kekuatan masing-masing.

Next coming events for Selangor Armwrestlers:

1.        INTI College Armwrestling Challenge on 22 Nov 2014 at The Temple of Art, Brickfield, Kuala lumpur

 2.        UIA Armwrestling Challenge at UIA Gombak on 24 Nov 2014

 3.        Dataran Merdeka Armwrestling Challenge at Dataran Merdeka Kuala Lumpur on 7 December 2014.

 4.        MR SELANGOR 2014 on 20 December 2014. Location to be advice

 
 GET READY GUYS!!

ARMWRESTLING COMPETITION SOLIDGYM @ KARNIVAL ANAK MUDA Bt.14 HULU LANGAT.




Sempena dengan Karnival Anak Muda di Batu 14 di Hulu Langat, Solid Gym telah menganjurkan satu pertandingan gusti lengan yang mempertandingkan 2 kategori iaitu lelaki 75kg ke bawah dan 75kg ke atas.

Berikut adalah keputusan rasmi pertandingan iaitu;


 75kg bawah

 1 - Mohamad Nizar Yusof.
 2 - Abdul Razak Hadezhir
 3 - Sazali Nazaki

 
 75kg ke atas

 1 - Valen Low
 2 - Saedon Abu Bakar
 3 - Azmy Nen

 Tahniah kepada pemenang. Tahniah juga kepada Solid Gym kerana telah menganjurkan pertandingan ini dengan jayanya.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Gambar ehsan dari Solid Gym
 

 
 

 

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MELAKA 2014 TUNDA KE 28 DISEMBER 2014





Persatuan Gusti Lengan Melaka telah memaklumkan bahawa Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2014 yang dijadualkan pada 30 November 2014 telah ditunda kepada 28 Disember, 2014 atas sebab-sebab  yang tidak dapat dielakkan.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang pertandingan berkenaan;

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN KELAB SUKAN CHENG MELAKA
#28 DECEMBER 2014#

 #7 CATEGORIES#

 KATEGORI LELAKI( MEN OPEN RIGHT)

 <75KG AND 75KG>
 1ST RM500 + TROPHY
 2ND RM300 + TROPHY
 3RD RM200 + TROPHY
 4TH RM100 + TROPHY
 5TH-8TH RM50 + TROPHY

 ## YURAN PENDAFTARAN RM10

 

 KATEGORI WANITA/LELAKI TANGAN KIRI/LELAKI BAKAT BARU
 1ST RM100 + TROPHY
 2ND RM50 + TROPHY
 3RD RM30 + TROPHY
 4TH RM20 + TROPHY

 ## PENDAFTARAN PERCUMA!!!

 

 KATEGORI PELAJAR(19 TAHUN KE BAWAH)/STUDENT
 <65KG AND 65KG>
 1ST RM50 + TROPHY
 2ND RM40 + TROPHY
 3RD RM30 + TROPHY
 4TH RM20 + TROPHY

 ## PENDAFTARAN PERCUMA!!!

 

 ### MASA PENDAFTARAN:8.30AM-10AM

  UNTUK MAKLUMAT LANJUT->> MR LEE : 0122276511

 

PSLNS SARAN AHLI GUSTI LENGAN SELANGOR TUBUH KELAB GUSTI LENGAN





Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) ini menyarankan ahli gusti lengan Selangor menubuhkan Kelab Gusti Lengan di kawasan masing-masing. Encik Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS menyatakan demikian berikutan sambutan yang kian menggalakkan terutama para belia terhadap sukan ini di Selangor. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan kebelakangan ini mendapat penyertaan yang amat baik.

Pihak PSLNS bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kelab gusti lengan untuk berdaftar dengan pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Banyak faedah yang boleh diperolehi sekiranya kelab-kelab diwujudkan. Jabatan Belia dan Sukan daerah ada memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu aktiviti kelab. Kelab yang telah berdaftar boleh bernaung di bawah Persatuan. Tambah Presiden lagi, banyak faedah yg boleh kita dapat bila semua kita bersatu. Sekarang ini,  telah ada  4 kumpulan yg sedang giat mencari ahli untuk menubuhkan kelab gusti lengan..

Jadi, anda tunggu apa lagi?

ARMWRESTLING SOLIDGYM DI BATU 14 HULU LANGAT

Thursday, November 6, 2014





Gusti Lengan lagi, kali ini di Karnival Anak Muda 2014 Hulu Langat. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Solidgym. Tak banyak maklumat yang diperolehi tentang program. Kalau tak silap 2 kategori akan dipertandingkan iaitu 75kg atas dan bawah. Hadiah yang tawarkan adalah RM400 berserta piala untuk Juara, RM200 + piala tempat ke 2 dan RM100 + Piala untuk pemenang tempat ke 3.

Banyak aktiviti lain yang turut diadakan pada karnival kali.

Jom ke Hulu Langat Batu 14...


 

GUSTI LENGAN LAGI. KALI INI DI MELAKA 30 NOVEMBER 2014




JOM SERBU MELAKA!!

30hb November, 2014, Persatuan Gusti Lengan Melaka akan meneganjurkan Pertandingan Gusti Lengan bertempat di Chwng, Melaka. Sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan iaitu Lelaki 75 kg ke bawah, Lelaki 75kg ke atas, Wanita Terbuka dan Pelajar Sekolah.

Hadiah wang tunai akan diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke lapan. Juara bagi kategori lelaki akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 beserta piala.  Yuran penyertaan adalah sebanyak RM10 sahaja.

Pihak kami belum lagi mendapat maklumat tentang lokasi pertandingan, namun pada kejohanan lalu ianya diawadakan di dewan orang ramai Cheng. Pertandingan bermula mulai jam 8.00 pagi hingga 3 petang.

Jom anda di sana.
 

KL FESTIVAL 2014: ARMWRESTLING LEFT HAND CHALLENGE @ DATARAN MERDEKA, 2 NOVEMBER 2014

Wednesday, November 5, 2014




Untuk pertama kalinya, PSLNS telah mengadakan pertandingan gusti lengan tangan kiri. PSLNS dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan Tangan Kiri di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Pertandingan ini diadakan sempena KL Festival 2014 pada 2 November 2014 yang lalu.

Pertandingan kali ini hanya menggunakan tangan kiria telah mempertandingkan 2 kategori iaitu lelaki 75kg ke bawah dan t75kg ke atas. Pemenang tempat pertama membawa pulang RM300, RM200 tempat ke 2, RM150 tempat ke 3 dan RM100 untuk tempat ke 4.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut;.

75kg ke bawah

 1 - Valen Low...

 2 - Tee jun

 3 - Jimmy lim

 
75kg ke atas
 1 - Jake Chia

 2 - Muhamad Azizi

 3 - Hairul Lee

 
Tahniah kepada para pemenang.

















 

KURSUS PENGADIL GUSTI LENGAN 2014 ANJURAN PSLNS

Tuesday, November 4, 2014




Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) buat julung kalinya telah berjaya menganjurkan kursus Pengadil Gusti Lengan pada 2 November 2014 di Threate Lanai, MATIC, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Kursus sehari ini telah dihadiri oleh seramai 14 orang peserta daripada Selangor, Johor, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan seorang peserta dari Bangladesh.
 
Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Mohd Zil Fadli Pengadil Kanan WAF dan dibantu oleh Encik Mohd Nizar bin Yusof, Pengadil WAF. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal berdasarkan Undang-Undang dan Peraturan Persekutuan Gusti Lengan Dunia (WAF Rules and Regulations) Pindaan 2014.
 
Peserta-peserta yang telah menghadiri kursus ini layak untuk menghadiri kursus pengadil anjuran WAF yang melayakkan mereka mengadili perlawanan gusti lengan peringkat antarabangsa yang biasanya diadakan di Belgium setiap tahun. Di Malaysia pengadil yang telah mendapat pengiktirafan WAF adalah Mohd Zil Fadli Abdul Halim dan Mohamad Nizar Yuosf.
 
sementara itu, Azmy Nen, peserta yang berasal dari Bintulu, Sarawak menjadi peserta terbaik keseluruhan teori dan praktikal yang melayakkan beliau untuk menjadi pengadil utama dalam pertandingan gusti lengan yang dianjurkan di Malaysia.
 
Berikut adalah senarai peserta kursus yang telah menamatkan kursus dengan jayanya iaitu;
 
      1.       Azmy bin Nen
2.       Nur Alif bin Rahim
3.       Mohd Rafae @ Tuah bin Mastaruddin
4.       Goh Thian Weai
5.       Markus Nen
6.       Hj Omar Bin Suradie
7.       Abdul Razak bin Hadezhir
8.       Sazali  bin Nazaki
9.       Mohd Nazwil bin Hj Awang
10.   Ricky Henry Udip
11.   Shamsudduha Chowdhury Nayeem  
12.   Jourdan Ajang John
13.   Roni Iskandar Mansor
14.   Muhammad Aniq @ Mustaqim bin Ismail
 
Tahniah kepada para peserta.
 



 















 

MaTiC ARMWRESTLING BIG CHALLENGE 2014


Pertandingan "MaTiC Armwrestling Big Challenge 2014" anjuran bersama Malaysia Tourism Centre dan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan yang diadakan adalah sempena MaTiC Festa 2014.

Bertempat di Lanai @ MaTiC, Jalan Ampang Kuala Lumpur telah disertai oleh peserta-peserta dari seluruh negara termasuk dari Singapura. Lima kategori telah dipertandingkan termasuk satu kategori baru iaitu kategori Pelajar Sekolah. Juara bagi setiap kategori telah membawa pulang RM1000 beserta medal dan sijil.

Berikut adalah keputusan rasmi;


75kg Below

 1 - Nizar Yusof(Selangor)

 2 - Zil Fadli(Selangor)

 3 - Tee Jun(Singapore)

 4 - Abdul Razak(Selangor)

 
75 - 85kg

 1 - Valen Low(Singapore)

 2 - Bong Kim Ping(Melacca)

 3 - Jake Chia(Selangor)

 4 - Roni Mansor(Selangor)

 
85kg Above

 1 - Lee Thiam Siew(Melacca)

 2 - Saedon(Melacca)

 3 - Bong Kim Boon(Melacca)

 4 - Lee Yong Sheng(Melacca)

 
Tahniah kepada semua pemenang.
 
Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MATIC kerana menganjurkan pertandingan gusti lengan. Ini merupakkan tahun ke tiga MATIC dan PSLNS menganjurkan pertandingan gusti lengan.