KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

VCD Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009

Tuesday, December 29, 2009


PSLNS telah menerbitkan Video Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 yang telah diadakan pada 13/12/2009 di Stadium Putra Bukit Jalil. Siapa yang berminat untuk mendapatkan video berkenaan boleh berhubung terus dengan Encik Shahril Amir di talian 0126600288 PADA HARAG RM15 seunit.

Laporan Akhbar Sinar Harian pada 22.12.2009

Wednesday, December 23, 2009


Sila klik pada gambar untuk imej yang lebih besar.



Peminat kecik gusti lengan dari Sungai Ramal

Monday, December 21, 2009


Inilah wajah, adik Md Kassim Hussein, 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Ramal bersama-sama dengan Presiden PSLNS. Mengaku sebagai peminat setia acara gusti lengan, dia telah turut bersama-sama dengan peserta dewasa yang jauh lebih besarnya mendaftar menyertai pertandingan gusti lengan anjuran Akedemi Zakat Selangor. Walau bagaimanapun pendaftaran adik ini terpaksa Badang tolak atas faktor umur yang tak melayakkan beliau kerana minuman umur adalah 18 tahun.

Walau pun telah dijelaskan berulangkali sebab-sebab penolakan pendaftaran, adik ini tetap beria-ia untuk turut sama menunjukan kekuatan maka terpaksalah juga Badang bagi peluang kepada adik ini iaitu peluang untuk menyertai acara membuka meja gusti lengan.

Nampaknya gusti lengan mula mempunyai peminat-peminat cilik. jadi amaran kepada gusti lengan yang lain, adik Md Kassim akan mencabar anda semua lima tahun dari sekarang.


Badangpower

Pertandingan Gusti Lengan anjura Akademi Zakat Selangor

Shah Alam, 20/12/2009. Meja gusti lengan bergegar lagi. Kali ini di Komplek Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, Seramai tiga puluh orang peserta lelaki telah bertanding dalam dua kategori iaitu 75kg ke atas dan 75kg ke atas. Pertandingan gusti lengan ini adalah anjuran Akademi Zakat Selangor dengan kerjasama Persatuan Sukan lengan Negeri Selangor (PSLNS).

Hairul Nizam bin Ismail dari Banting muncul juara bagi kategori 75kg ke atas apabila berjaya mengalahkankan Mat Rahim bin Suhod dari Tanjung Sepat dalam perlawanan akhir. Manakal tempat ke tiga jatuh kepada Badrillah bin Hashim dari Banting mengalahkan Ruslan bin Abdul Razak dari Shah Alam dalam perlawanan dua set.

Untuk kategori 75kg ke bawah pula, Mohd Hairul Azman bin Kolil dari Banting menjadi juara setelah berjaya mengalahkan Ahmad Tarmizi bin Wahab dari Petaling Jaya dalam perlawanan akhir tiga set. Jumeri Hairoman dari Banting pula menduduki tempat ke tiga setelah menewakan Mohd Nor Shamsudeen dari Sepang.


Final kat 1- Mat Rahim (kiri) lawan Hairul Nizam


Final kat 2 - Mohd Hairul Azman (kanan) lawan Ahmad Tarmizi





Sesi pendaftaran

Laporan Akhbar Sinar Harian pada 15.12.2009 - Pertandingan Gusti lengan KSN 2009

Wednesday, December 16, 2009

Sila klik gambar di bawah untuk imeg yang lebih besar.


Ridhwan, Zuasliana meneruskan kehebatan pada Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009



Stadium Putra Bukit Jalil, 15/12/2009, Mr Selangor 2009, Mohd Ridwan Hussein dan Zuasliana Abd Kadir menerus kehebatan mereka dalam acara gusti lengan dengan memenangi Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara (KSN) 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13/12/2009 yang baru lalu. Pertandingan ini dianjurkan oleh oleh Kompleks Sukan Negara.

Dalam perlawanan akhir kategori B, Mohd Ridhwan berjaya memenangi perlawanan itu dalam dua set walau pun diberi tentangan hebat oleh Omar bin Suradie, seorang ahli gusti lengan veteran yang berpengalaman dari Johor Bahru. Kemenangan ini melebarkan lagi penguasaan Mohd Ridhwan dalam arena gusti lengan Selangor.

Zuasliana pula menepati ramalan apabila memenangi pertandingan ini dengan menewaskan kakaknya sendiri iaitu Zuasliza dalam perlawanan tiga set. Nampaknya Zuasliana masih belum lagi benar-benar mendapat cabaran daripada pemain-pemain yang lain. Ketidakhadiran ahli gusti lengan wanita Selangor seperti Azilah Mohd Ali, Faridah Wahab, Jahlelawati Mohd Ali, Norashikin Abdullah dan Emy Ismail telah memberi laluan mudah kepada Zuasliana. Haslinawati Abu Hassan yang menyertai acara gusti Lengan buat julung kali berjaya memberikan tentangan dan memecahkan monopoli keluarga Abdul Kadir ini apabila berjaya menewaskan seorang lagi kakak kepada Zuasliana iaitu Zuasrina Abdul Kadir untuk menduduki tempat yang ke tiga.

Sementara itu, percubaan Sazali Nazaki untuk merebut gelaran juara masih belum lagi tercapai walau pun berjaya memasuk dua perlawanan akhir sebelumnya. Percubaannya yang ketiga ini juga masih belum berjaya apabila kali ini tewas di tangan Mohd Fadli Sihat yang memenangi gelaran juara bagi kategori C. Mungkin kerana kepenatan kerana terpakksa mengharungi tujuh perlawanan sebelum berjaya ke perlawanan akhir, Sazali tidak dapat memberi tentangan sebenar, apabila tewas mudah dalam perlawanan dua set kepada Fadli yang menggunakan teknik pukulan pantas atau yang lebih dikenali sebagai “Hammer”.

Kategori A pula, juga menyaksi pertembungan adik-beradik daripada Johor Baharu iaitu di antara abang, Azmi Mohd Hassan menentang adiknya Azam Mohd Hassan dalam perlawanan akhir yang menyaksikan Azmi diberi tentangan hebat oleh adiknya sebelum memenangi perlawanan akhir itu. Sementara itu, pemain Selangor Shahrizat bin Masih yang baru sahaja melangsung perkahwinan minggu lalu menduduki tempat ke tiga.

Pemenang setiap kategori membawa pulang RM300, medal, hamper dan sijil, manakala RM200, medal, hamper dan sijil, untuk tempat kedua, RM100, medal, hampar dan sijil untuk tempat ke tiga manakala hamper dan sijil penyertaan kepada pemenang-pemenang tempat ke empat hingga ke lapan untuk setiap kategori. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan sendiri oleh Encik Ab Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohd Fairuddin Md Suki yang baru sahaja memenangi gelaran Mr Selangor 2009 dan finalis Mr Selangor 2009, Afrizal Yunus agar kurang menyerlah pada pertandingan kali ini. Fairuddin hanya mampu menduduki tempat ke lima manakala Afrizal hanya di tempat ke empat. Fairuddin pula mengakui kecederaan yang dialami masih belum pulih agak sedikit menganggu kemampuan beliau kali ini. Nampaknya kedua—dua pemain ini perlu lagi meningkat daya usaha mereka serta melipatkan gandakan lagi latihan memandangkan lebih banyak cabaran yang bakal mereka hadapan untuk sesi 2010.

Pertandingan kali ini telah menarik seramai 70 orang peserta lelaki dan wanita. Malah kali ramai muka-muka baru termasuk anak muda seusia 19 tahun yang turut menyertai pertandingan ini. Kebanyakan daripada mereka baru pertama kali meneyertai acara gusti lengan, Ini memberi petunjuk yang positif bahawa gusti lengan mampu menarik minat ramai golongan mamsyarakat terutama golongan belia. Namun begitu sambutan daripada peserta wanita agak berkurangan untuk pertandingan kali ini berbanding pertandingan-pertandingan yang sebelumnya. Hanya lapan orang peserta sahaja yang bertandingan

Namun begitu apa yang istimewanya pertandingan kali ini adalah penyertaan adik beradik daripada ahli gusti lengan seperti Afrizal-Aidi Adnan, Hairul Fadzli-Zil Fadli, Azmi Mohd Hassan-Azam Mohd Hassan, Zuasliana-Zuasliza-Zuasriana dan Ahmad Marsidi-Ahmad Nazrul. Antara pasangan adik beradik yang tururt aktif dalam gusti lengan tetapi tidak meneyertai pertandingan ini adalah seperti Mohd Shaharudin Ahmad-Mohd Shadat Ahmad, Sazali Nazaki-Zaharin Nazaki, Azilah Mohd Ali–Jahlelwati Mohd Ali dan Zuazlan Abd Kadir-Zuasriman Abd Kadir.

Tamatnya pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 ini bererti tamat juga aktiviti gusti lengan Selangor bagi tahun 2009. Walau bagaimanapun masih ada pertandingan gusti lengan dalam sekala kecil yang akan diadakan iaitu pada 20hb. Disember, 2009 di Dewan Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 17 Shah Alam manakala pada 27/12/2009 pula satu pertandingan gusti akan diadakan di Batu Pahat, Johor.

Badangpower menyeru ahli gusti lengan Selangor supaya mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak pertandingan gusti lengan yang akan diadakan pada tahun 2010. Badangpower percaya dan berharap akan lebih banyak lagi penaja –penaja yang akan menaja aktiviti gusti lengan Selangor untuk tahun 2010.

Sekian dulu, dan jumpa lagi

Badangpower

Foto Terbaik di Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009

Monday, December 14, 2009

Aksi-aksi hebat di final untuk kategori A

Perlawanan akhir kategori A di antara Azmi Mohd Hassan (berbaju gelap) menentang Azam bin Mohd Hassan. Azmi Mohd muncul sebagai juara.







Aksi-aksi hebat di final untuk kategori B

Perlawan akhir yang dianggap sebagai pertarungan akhir dua generasi yang mempertemukan Mohd Ridwan Hussin (memaikai cap) yang juga memegang gelaran Mr Selangor 2009 dengan Omar Suradie. Perlawan yang berlangsung sengit ini akhirnya dimenangi oleh Mohd Ridhwan Gussien.






Aksi-aksi di Pertandingan Gusti Lengan 2009















aksi-aksi di final untuk kategori C dan Wanita Terbuka




Aksi-aksi di Pertandingan Gusti Lengan 2009














Sekitar Pameran dan Klinik Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 PADA 12/12/2009