KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

2 HARI LAGI!! ARMWRESTLING CHALLENGE @ SPORTS N SPINACH 2 2013

Friday, May 31, 2013





Salam untuk semua.

Hanya 2 hari lagi menjelang "Armwrestling Challenge @ Sports n Spinach 2 2013" anjuran Pusat Sains negara. Pertandingan yang akan diadakan pada 2hb Jun, 2013 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur ini akan mempertandingkan 4 kategori iaitu Kategori A lelaki 85kg ke atas, kategori B lelaki 75kg -85kg, kategori C lelaki 75kg ke bawah dan kategori Wanita terbuka. Yuran Penyertaan RM10.00 sahaja.. Pendaftaran bermula 9.00 pagi hingga 10.30 pagi. Perlawanan dijangka akan bermula pada jam 11.00 pagi. Peserta diminta datang pada waktu untuk mengelak ditolak pendaftaran. Pusat sains negara juga akan mengadakan acara  senaman Cha Cha Cha sebagai senaman regangan.

PSLNS juga mengalakkan peserta membawa ahli keluarga bersama memandangan Pusat Sains negara menyediakan pelbagai aktiviti yang bersesuaian untuk semua peringkat umur dan yang utama tiada yuran masuk dikenakan.

Jumpa anda di sana!

TAHNIAH KHAIRY JAMALUDDIN. MENTERI BELIA DAN SUKAN YANG BARU.

Saturday, May 18, 2013





Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan tahniah kepada YB Khairy Jamaluddin atas lantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baru. Moga-mog dengan perlantikan beliau, martabat apa juga jenis sukan di Malaysia akan dapat dipertingkatkan. .

Sedikit berita tentang perlantikan beliau.


Khairy, yang dilahirkan pada 10 Januari 1976 adalah Menteri Belia dan Sukan paling muda yang pernah dilantik memegang jawatan tersebut.

Khairy pertama kali bertanding di Parlimen Rembau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 dan berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada PRU-13 lalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, pernah memegang jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2007 hingga 2010.

Khairy pernah terbabit dalam rancangan realiti sukan popular, MyTeam. Pasukan itu beraksi dalam Liga Perdana pada 2007 sebelum bergabung dengan Perak UPB dan dikenali sebagai UPB-MyTeam.

Beliau menjadi Presiden pasukan tersebut sehingga berjaya muncul naib juara Liga Perdana 2007 dan beraksi dalam Liga Super pada 2008.

Mengalas Cabaran Besar Bentuk Persepsi Positif Golongan Muda Terhadap Kerajaan

Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan jawatan Menteri Belia dan Sukan yang disandangnya sebagai amanah yang mempunyai cabaran besar dalam mendekati golongan muda dan membentuk persepsi positif mereka terhadap kerajaan.

"Ini satu amanah cukup besar dan kali ini portfolio ini saya lihat amat berat sekali terutama untuk mendekati generasi muda dan membentuk persepsi yang lebih positif terhadap kerajaan serta membawa suara generasi muda ke dalam kerajaan," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara, Khamis.

Mengenai pembaharuan yang mahu dibuat dalam kementeriannya, Khairy Jamaluddin berkata ia masih terlalu awal untuk bercakap mengenainya.

Bagaimanapun berdasarkan tugasnya yang dibahagikan kepada hal ehwal belia dan sukan, beliau berkata beliau akan memfokus kepada usaha membentuk generasi muda yang cintakan negara dan mencuba sebaik mungkin untuk mengangkat martabat sukan bola sepak negara ke peringkat dunia.

Khairy berkata beliau akan membawa pendekatan tersendiri mengikut perspektif dirinya sendiri sebagai golongan muda bagi melaksanakan perubahan terhadap program Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Khairy Jamaluddin juga mengharapkan Kabinet yang diistilah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai kabinet transformasi mampu benar-benar memahami kehendak generasi muda.

"Saya harap saya dapat menjadi jurucakap bagi generasi muda dalam jemaah menteri yang telah dibentuk ini," katanya.





FAUZI BASRI BERSARA. SELANGOR HILANG PEMAIN KATEGORI A





Salam.

Badangpower dimaklumkan bahawa Mohammad Fazui Basri, pemain Selangor bagi kategori Lelaki A telah mengumumkan persaraan daripada arena agusti lengan sebagai pemain. Selangor telah pun kehilangan beberapa pemain untuk kategori A seperti Shahrizad Masih, Afrizal Yunus, Harith Abdullah (beralih ke kategori B) dan beberapa pemain lagi. Sekarang ini yang menjadi harapan Selangor untuk kategori hanyalah Jack Chia.. Kita harap akan muncul lebih ramai lagi pemain untuk kategori A.Walau pun bersara sebagai pemain, Fauzi akan terus bersama dengan gusti lengan Selangor sebagai pengadil. Tugasan beliau yang seterusnya adalah di Armwrestling Challenge @ PSN 2013.. Kita ucapkan selamat maju jaya untuk beliau.

Dsuarkan beberapa aksi Fauzi sepanjang terlibat dalam gustoi lengan Selangor.














PESAN HAIRUL LEE UNTUK ANDA SEBELUM KE ARMWRESTLING CHALLENGE @ PSN 2013



Salam.

Bagi anda yang akan turun bertanding di Armwrestling Challenge @ PSN 2013 pada 2 Jun, 2013 di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur, ini ada satu nasihat berguna daripada Hairul Lee, Superstar Armwrestling Selangor,

Kepada semua yang baru sertai sukan ini.sedikit nasihat dan juga panduan sebelum anda hadirkan diri ke pertandingan.

1)pastikan 3 hari sebelum pertandingan anda stop latihan berat.jangan angkat berat dan sparring.tangan yang tak sakit akan pastikan anda boleh bermain lagi lama.sekadar angkat dumbell 5kg dah memadai dan jgn sampai tangan sakit.

2)bagi yang berat ngam2 sahaja.3 hari sudah cukup untuk diet turunkan 3-4kg.kurangkan minum air dgn banyak dan kurangkan makan lewat malam sebelum pukul 8pm.jangan kerana 1kg lebih anda kena lawan dgn org yg lebih 8kg dari anda.

3)ambil makanan yang banyak protien untuk repair muscle yg sakit masa latihan dan cukupkan rehat sebelum pertandingan.tido cukup itu penting.

4)sebelum pertandingan pastikan warm up sedikit tangan untuk sediakan muscle yang akan digunakan.jangan sampai sakit.jangan sparring langsung masa game jalan.

5)paling penting ialah jangan poyo di atas meja kalau anda kuat dari lawan.sebab lawan anda seterusnya di separuh akhir jauh lagi poyo dan kuat berganda.sekian....


Dengar tu, kata pakar armwresling Selangor.

Badangpower: Dengar kata Hairul Lee pernah ditawarkan watak hero dalam KL Gangster, betul ke? Siapa tahu, tolong cerita sikit.

HOT!! ARMWRESTLING CHALLENGE @ PUSAT SAINS NEGARA 2013

Tuesday, May 7, 2013



Hoorey ... Hoorey...

Kita akan bertempur lagi tak lama lagi. Tarikh yang paling tepat adalah pada 2 Jun, 2013 hari Ahad bertempat di Pusat Sains Negara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur. Jumlah kategori sama, jumlah hadiah pun sama dan yuran penyertaan pun sama.

Armwrestling Challenge @ Pusat Sains Negara 2013
2hb. Jun, 2013
Pusat Sains Negera, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
8.30pg - 5.30ptg

4 kategori
1. Kat A Lelaki 85kg ke atas
2. Kat B Lelaki 75kg - 85kg
3. Kat C Lelaki 75kg & ke bawah
4. Kategori Wanita Terbuka

Hadiah
1. Juara RM300 + medal + sijil
2. Naib Juara RM200 + medal + sijil
3. Ke 3 RM150 + medal + sijil
4. Ke 4 RM100 + medal + sijil
5. Ke 5 - 8 Hamper + sijil

Yuran
RM10.00

Badangpower harap kali ini akan lebih ramai yang akan turut serta. Kalau boleh kita nak penyertaan datang dari satu Malaysia. Sekarang ini  yang Badangpower yakin akan datang adalah dari Selangor, Melaka, Johor dan harap-harap ada juga dari penyertaan dari Singapura. Harap-harap juga ada penyertaan Mat-Mat Salleh seperti pertandingan terdahulu. Begitu juga peneyertaan dari negeri lain pun Badangpower harap akan dapat turun beramai-ramai. Selangor tak peduli pun kalau ada pemain yang kena baned kat negeri lain, tetap kita bagi main. Tak ada istilah baned di Selangor. Yang penting aktiviti gusti lengan berjalan dengan lancar dan meriah.

Badangpower harap semua mulakan persiapan dan pada 2hb tu nanti janganlah bagi alasan tak dapat datang kerana Badangpower dah maklumkan awal-awal lagi. Satu lagi pakaian tu, kalau boleh pakailah pakaian sukan dari hujung rambut sampai hujung kaku, Jangan pulak berpakaian macam ni pergi pasar malam atau kenduri kahwin. Jaga imej sukan kita.

Ingat, 2 Jun, 2013, kalau tak datang jugak, Badangpower nak hemmer korang sorrang-sorang nanti.

Ok Jumpa lagi.


VIDEO KLIP MELAKA ARMWRESTLING CHALLENGE 2013

Sunday, May 5, 2013



Salam untuk semua.

Saat yang dinanti-nantikan untuk menyaksikan video-video klip Melaka Armwrestling Challenge 2013 yang telah diadakan di Pirat Park, Sungai Melaka, Melaka pada 1 Mei 2013. Terima kasih kepada Azmy Nen yang telah bermurah hati memberi keizinan kepada Badangpower untuk disiarkan di blog ini. Jadi marilah kita saksikan vido-viido klip ini.

Final Kategori B: Valen Low (Singapore) lawan Lee Yong Sheng (Melaka)



Final Kategori C : Zil Fadli (Selangor) lawan Melvyn Loh (Singapore)




Final Kategori A: Ooi Yee Kun (Melaka)





Courtesy of Azmy Nen

SELANGOR TAYANG JERSI BARU

Saturday, May 4, 2013



Pertandingan gusti Lengan Melaka 2013 yang lalau bukan sahaja menjadi untuk mempamerkan kekuatan oleh team Selangor tapi juga menjjadi tempat untuk menayang jersi baju team Selangor. Ada tiga warna jersi yang dipakai iaitu yang berwarna kuning merah, hitam dan merah kuning.

Diharapkan jersi baru ini juga dapat memberikan semangat baru kepada pemain-pemain gusti lengan Selangor dalam pertandingan-pertandingan  akan  datang. Sayangi Selangor!


BADANGPOWER MUNCUL DI MELAKA



Salam kepada semua pembaca blog PSLNS.

Saya adalah salah seorang peminat acara gusti lengan yang sentiasa mengikuti perkembangan acara gusti lengan di blog PSLNS dan salah satu nama yang sering muncul di blog PSLNS adalah Badangpower. Saya membayangkan Badangpower adalah seorang yang gagah perkasa dengan lengan yang berketul-ketul. Jadi bila dimaklumkan Badangpower akan muncul di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka saya memutuskan untuk hadir bertemu beliau dengan tujuan meminta tip-tip untuk menang dalam perlawanan gusti lengan kerana selepas menyertai 10 pertandingan gusti lengan, saya tak pernah menang walau pun satu set (hehehehe..... dan sentiasa menduduki tempat terakhir).

Hehehehe.. walau pun indah khabar dari rupa, sempat juga saya duduk berborak dengan beliau di restoran berdekatan sambil perkena teh tarik (mentang-mentanglah saya belanja, laju je beliau order Fresh Oren dan beef steak), sempat saya bertanya tentang tip untuk menang dalam pertandingan gusti lengan. Dengan selamba beliau berkata, "Baik kau tanya Zil atau Nizar. Abang ni macam kau juga, tak pernah menang walau pun sekali dalam pertandingan gusti lengan...HAHAHAHAHAHAH!"

Hampeh sungguh. Jadi di sini saya mengambil kesempatan mendedahkan identiti Badangpower yang sebenar. Gambar di atas adalah aksi Badangpower baju merah) menentang Zil Fadli (yang menang pertandingan di Melaka ni). Keputusan perlawanan dorang ni, korang tekalah sendiri..hahahahaha!.

Kiriman:
Badangtakpower.



Komen Badangpower: Inilah komen yang paling hampeh Badangpower pernah terima. Jaga-jaga kau Badangtakpower, jumpa nanti aku hammer kau!


RUGI BESAR ANDA TAK SAKSIKAN SENDIRI AKSI-AKSI HEBAT GUSTI LENGAN SECARA LANGSUNG.



Salam sejahtera kepada semua peminat Gusti Lengan. Bagi anda yang tidak berkesempatan menyaksikan pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 secara langsung amt merugikan sekali kerana tidak dapat menyakksikan aksi-aksi hebat yang ditunjukan oleh peserta-peserta yang bertanding, apatah lagi pertandingan kali ini disertai mereka yang benar-benar hebat dalam acara gusti lengan di Malaysia. Selangor sendiri menghantar tujuh orang pemain yang hebat-hebat. Tiada yang pulang dengan tangan kosong. Walau pun pertandingan ini tidak disertai pemain terbaik Selangor tapi Selangor masih laagi diwakili olleh peserta yang hebat seperti Zil Fadli yang terbukkti gagal ditandingan oleh peserta-peserta dari negeri-nnegeri lain termasuk Singapura.

Badangpower amat berharap pada masa hadapan tidak kira di mana pertandingan gusti lengan diadakan semua peminat gusti lengan terutama daripada Selangor akan turut serta bersama pemain-pemain berada di gelanggang. Badangpower amat berharap saatu mamsa nanti peminat gusti lengan Selangor khususnya mencontohi peminat sukan F1 yang beramaai-ramai turun menyokong pasukan mereka tanpa menegiri di mana pertandingan diadakan. Badangpower amat berharap satu hari nanti biar dimana pertandingan gusti lengan diadakan , peminat-peminat gusti lengan negeri Selangor akan turut bersama-sama datang untuk memberikan sokongan. Kita boleh berkonvoi beramai-ramai kke tempat pertandingan.

Untuk tidak menghampakan aanda, di sini Badangpower siarkan beberapa aksi hebat  di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013. Jadi lain kali jom kita ramai-ramai turun menyaksikn pemain Selangor beraksi.








SELANGOR, MELAKA DAN SINGAPURA MENANG DI PERTANDINGAN GUSTI LENGAN MELAKA 2013



Melaka, 1 Mei, 2013.  Zil Fadli Abdul Halim mengembirakan team Gusti Lengan Selangor apabila berjaya menjuarai kategori C di Pertandingan Gusti Lengan Melaka 2013 yang telah diadakan pada 1 Mei, 2013 di Pirate Park, Sungai Melaka, Melaka. Kemenangan ini begitu bermakna apabila pemain harapan team Selangor, Mohamad Nizar Yusuf terpkasa menarik diri di saat akhir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Zil Fadli berjaya menewaskan peserta dari Singapura iaitu Melvin Loh dalam perlawanan dua set yang agak mudah. Tempat ke 3 jatuh kepada Hairul nazli Abdul halim dari Selangor dan Saddam Wafa dari Perak.

Pertandingan yang melibatkan penyertaan hampir 50 orang peserta yang daripada Melaka, Johor, Selangor, Perak dan Singapura berjaya menarik perhatian ramai penonton yang berada di Pirate Park walaaupun terdapat beberapa acara yang lain. Program ielah dirasmikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka iaitu Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad.

Sementara itu Valen Low dari Singapura berjaya memenangi kategori B apabila berjaya mengalahkan Lee Yong Sheng peserta dari Melaka. Manakala dua peserta Selangor iaitu Abdul Razak Hadizir dan Shamsul Fitri berjaya menduduki tempat ke 3 dan ke 4.

Bong Kim Boon berjaya menyelamatkan maruah pasukan tuan rumah Melaka apabila berjaya memenangi kategori B setelah menewaskan rakan sepasukan Ooi Yee Kun di perlawanan akhir. Manakala tempat ke 3 dan ke 4 turut dibolot oleh dua peserta Melaka iaitu Yasser kalam dan Saedon Abu Bakar.

Pasukan Selangor diwakili oleh tujuh orang peserta tutut memakai baju baru pasukan Selangor berwarna kuning merah untuk pemain senior dan warna ahitam unntuk pemain junior. Antara yang mewakili Selangor adalah Mohd Najib Ismail (ktegori C tempat ke 8), Azmy Nnen (kategori A tempat ke 6) dan Shamsul Fitri (kategori B tempat ke 4).

Juara setiap kategori membawa pulang RM300, Naib juara RM200, ke 3 RM100 dan ke 4 RM50.00, manakala tempat ke 5 - 8 membawa pulang hamper. Hadih-hadiah telah disampaikan oleh Datuk Wira Hj Othman bin Mohamad, mantan Speaker Dun Melaka.

Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;


75kg below

1-Zil Fadli(Selangor)
2-Melvyn Loh(Singapore)
3-Hairul Nazli(Selangor)
4-Saddam Wafa(Perak)
5-Dave Hum(Singapore)
6-Tanzilal(Melacca)
7-Tan Chee Keong(Melacca)
8-Najib(Selangor)

75-85kg

1-Valen Low(Singapore)
2-Lee Yong Sheng(Melacca)
3-Razak Hadezir(Selangor)
4-Samsul Fitri(Selangor)

85kg Above

1-Bong Kim Boon(Melacca)
2-Ooi Yee Khun(Melacca)
3-Yasser(Melacca)
4-Saedon(Melacca)



Tahniah kepada semua pemenang.

Zil Fadli menerima hadiah kemenangan daripada Datuk Wira Hj Othman bin Muhamad, mantan Speaker DUN Melaka

BLOG PSLNS BERWAJAH BARU

Friday, May 3, 2013



Salam.

Mungkin ramai yang bertanya, kenapa blog Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor tidak dapat di asess minggu lalu. Sebenarnya saya telah memakumkan kepada semua melalu Facebook Gusti Lengan Malaysia Singapore Armwrestling bahawa blog ini akan ditutup sementara untuk kerja pengubahsuaian. Hari ini blog ini boleh di akses oleh semua. Namun begitu ada beberapa bahagian daripada blog ini yang belum sempurna sepenuhnya, Ini akan dilakukan dari masa ke semasa. Saya mengalu-alukan anda menghantar cadangan untuk penambahbaikan blog ini.

Disamping itu juga, pihak PSLNS menjemput penulis-penulis untuk menyumbang tulisan tentang hal-hal yang berkaitan degan gusti lengan. Anda boleh bercerita apa sahaja seperti aktiviti gusti lengan di Malaysia dan antarabangsa, tip-tip permainan gusti lengan, teknik-teknik dan latihan gusti lengan, isu-isu semasa yang berkaitan. Anda juga boleh menulis tentang pengalaman anda menyertai gusti lengan, cerita tentang ahli gusti lengan dunia yang anda minati. Anda boleh tulis apa sahaja asalkan berkaitan dengan gusti lengan. Hantar tulisan anda ke saa_secretary@yahoo.com.

Sekian, jumpa lagi.

Badangpower