KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

ARMWRESTLING CHALLENGE @ FESTIVAL SPORTS & SPINACH, PUSAT SAINS NEGARA

Monday, February 25, 2013

 
 
TUNGGUUUUUU.....
 
24 MAC, 2013 DI PUSAT SAINS NEGARA!!!
  
 
 
 

PERTANDINGAN GUSTI LENGAN DI KARNIVAL WOW PUTRA JAYA, 3 MAC 2013

macam kenal je Mamat dua orang ni, tapi di mana yee....

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sempena dingan Karnival WOW Putrajaya 2013 yang akan diadakan mulai 28 Februari - 3 Mac, 2013, satu pertandingan gusti lengan akan diadakan pada 3 mac, 2013 bertempat di Persint 2, Putra Jaya. Pertandingan yang akan dimulakan pada jam 9.00 pagi ini mempertandingan 3 kategori seperti berikut;
 
1. lelaki 85kg ke atas
2. lelaki 75kg - 85kg; dan
3. lelaki 75kg ke bawah.
 
Pertandingan kali ini menawarkan hadiah wang tunai RM200 kepada Juara, RM150 ke 2, RM100 ke 3 dan Hamper untuk tempat ke 4 - ke 8.
 
Yuran penyertaan adalah RM10 sahaja.
 
Perlawanan menggunakan tangan kanan sahaja.
 
Pendaftaran akan dibuka pada jam 9.00 pagi. Perlawanan dijangka akan diadakan bermula pada jam 10.30pagi.
 
 
 
JUMPA ANDA DI SANA!
 
 
 

HARIAN METRO: Mahu gusti lengan wanita

 

Oleh HIDAYATUL AKMAL AHMAD DAN ANIZA ZAINUDIN

Kuala Lumpur: Kira-kira 10,000 pengunjung membanjiri Dataran Merdeka pagi dan petang semalam bagi menyaksikan pelbagai acara menarik yang disediakan menjelang Konsert Ekspresi Harian Metro, pada sebelah malamnya.
 
Konsert dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ini antara lain sebagai membalas sokongan pembaca setia Harian Metro yang juga akhbar nombor satu negara serta meraikan sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

Pengunjung, Viviana Hawa Masdar Hidayat, 24, berkata, sejak jam 9 pagi dia sudah menunggu bagi memberi sokongan kepada pelbagai acara yang disediakan.

“Saya pembaca setia Harian Metro sejak dulu lagi. Kini, selepas berwajah baru ia lebih padat dengan pelbagai isu selain cerita muka depan yang menarik.

“Bukan hanya menunggu konsert semata-mata, saya juga mahu memasuki pertandingan gusti lengan, malangnya ia hanya dibuka untuk lelaki saja,” katanya sambil tersenyum.

Menurutnya, dia meminati sukan lasak namun tiada rezeki untuknya bertanding.

“Biarpun gagal memasuki pertandingan itu, saya masih boleh menyertai pertandingan lain misalnya menggubah bunga.

“Saya harap tahun akan datang pihak Harian Metro akan mengadakan pertandingan gusti lengan untuk wanita juga,” katanya.

Bagi Aisarah Raihan Aminuddin, 13, pelawaan ibu bapanya untuk ke Konsert Ekspresi Harian Metro umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

“Saya dan adik memang nak sangat datang kerana terdapat pelbagai program untuk kanak-kanak dianjurkan.

“Misalnya saya menyertai pertandingan mewarna dan melukis. Biarpun hanya mendapat hadiah sagu hati, saya tetap puas,” katanya yang datang dari Sungai Buloh.

Konsert ini turut menampilkan barisan penyanyi dari Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Antaranya, Ella, Ramli Sarip, Azlan &The Typewriter, Black, Najwa Latif, Alyah, Sleeq, Soo Wincci dan Zivilia Band.

Tidak ketinggalan persembahan daripada kumpulan indie seperti Beatburns, The Jesper, Orange in The Wood dan XPDC Junior, petang semalam.

Keputusan serta aksi-aksi Gusti Lengan di Kejohanan Sukan Agensi Anti Dadah Kebangsaan pada 26 Januari, 2013 di UPM Serdang


Keputusan perlawanan adalah seperti berikut;

Kategori Wanita
  1. Noor Fazura binti Sidek - Kuala Lumpur
  2. Hajarhafeza binti Jawati - Johor
  3. Nur Jamilah binti Mohammad - Selangor
  4. Tengku Noorasiah binti Tengku Mahyidin

Kategori Lelaki
  1. Mohd Zaidi Abas - Negeri Sembilan
  2. Mohd Azhar bin Abd Razak - Ibu Pejabat
  3. Sadri bin Saidin - Kedah
  4. Mohd Azmeer bin Yahaya - Selangor