KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

PERKARA 21 – PERKATAAN YANG DIGUNAPAKAI DALAM PERTANDINGAN GUSTI LENGAN

Thursday, August 4, 2011

PERKARA 21 – PERKATAAN YANG DIGUNAPAKAI DALAM PERTANDINGAN GUSTI LENGAN


21.1. Pengadil akan mengguna perkataan yang telah ditetapkan sahaja sewaktu perlawanan berlangsung.

21.2. Pemain mestilah memahami maksud kata-kata berikut dan akur:

21.3. Perkataan yang digunapakai adalah;

Grip
Kedua-dua pemain hendaklah segera memulakan cengkaman ke atas satu sama lain.


Ready .. Go!
Mulakan perlawanan.


Elbows down
Siku pemain hendaklah diletak di atas pelapik siku.


Knuckles
Ibu jari hendaklah dimasukkan ke dalam genggaman pemain.


Wrist
Pergelangan tangan hendaklah diluruskan sebelum perlawanan dimulakan.


Shoulders
Sila perbetulkan kedudukan bahu supayan tidak melebihi garisan tengah memasuk kawasan lawan.


Stop
Hentikan perlawanan serta merta.


Warning
Satu hukuman amaran dari pengadil.


Winner
Pengadil mengistiharkan pemenang.


Referess Grip
Cengkaman dilakukan oleh pengadil sekiranya pemain-pemain gagal membuat cengkaman permulaan yang sempurna.


Back
Kedua pemain diarah berundur kebelakang dalam jarak 1 meter dari meja pertandingan.


Thumb Down
Ibu jari tangan pemain hendaklah dalam kedudukan ke dalam cengkaman.


Don’t Move
Tiada pergerakan oleh pemain sebelum pengadil memulakan perlawanan,


Center
Kepala dan bahu pemain hendaklah segera diundurkan dari kawasan tengah meja.


Strap
Sekiranya cengkaman terlepas semasa perlawanan berlangsung, tangan kedua-kedua pemain akan diikat oleh pengadil.


Foul
Pemain dikenakan satu hukuman kesalahan.


Dangerous Position
Pemain berada dalam posisi kedudukan yang boleh mendatangkan kecederaan. Pemain hendaklah segera membetulkan kedudukan. Pengadil akan menghentikan perlawanan sekiranya mereka yang dalam "dangerous position" melakukannya sebanyak 2 kali.






WAF Rules of Armwrestling (BAHASA MALAYSIA) Part 1

KESALAHAN DALAM GUSTI LENGAN

WAF Rules of Armwrestling
Sitdown and Standing

Originated Sept. 1994
Revised Oct. 28, 1995; April 1996;
August 1997; .October. 1998; Dec 2, 1999
Nov 2000, Nov 2001, Nov 2002 Dec 2005
November 2006, October 2007




Nota
Dua amaran (warning) sama dengan satu kesalahan.
Dua kesalahan (foul), pemain dianggap kalah dalam perlawanan berkenaan.


PERKARA 1
Jika pemain gagal hadir ke meja dalam masa 60 saat yang diperuntukkan, pemain berkenaan dianggap telah kalah dalam perlawanan itu. Jika ianya kekalahan kedua bererti pemain berkenaan telah terkeluar dari pertandingan berkenaan.


PERKARA 2
Pemain diberi satu minit untuk memulakan cengkaman. Jika dalam masa yang diberi, pemain masih tidak dapat memulakan cengkaman, mereka akan diberikan Cengkaman Pengadil (referee’s grip). Cengkaman Pengadil adalah tatacara seperti berikut;

Pengadil merapatkan tapak tangan kedua-dua pemain, mengarahkan kedua ibu jari pemain ke bawah, jari-jari setiap pemain akan digenggamkan oleh pengadil seorang demi seorang. Selepas itu, pengadil akan bertanya samada ibu jari akan dimasukkan ke bawah jari atau tidak. Ibu jari akan kelihatan, jari kelingking diratakan, pergelangan tangan diluruskan dan lengan pemain berada ditengah-tengah. Pemain tidak lagi boleh membuat apa-apa pergerakan. Contoh pergerakan ialah pemain mencengkam semula, melakukan tekanan badan, membengkokkan pergelangan tangan, bermula awal, atau siku keluar daripada pelapik siku.

Jika berlaku pergerakan oleh mana-mana pemain, satu hukuman kesalahan akan dikenakan ke atas pemain yang melakukannya.



PERKARA 3
Satu hukuman kesalahan akan diberikan apabila siku pemain tidak menyentuh pelapik siku. Pemain dianggap tidak menyentuh pelapik siku apabila;

a)Siku terangkat dari pelapik siku, langsung tidak menyentuh pelapik siku, walau kerana apa sebab sekalipun. Walau bagaimanapun ia tidak dianggap kesalahan jika siku telah terangkat ke atas, tetapi bahagian bawah atau atas lengan yang hampir dengan siku (dikira dari tengah lengan) masih menyentuh pelapik siku.

b)Satu hukuman kesalahan akan dikenakan jika hanya bahagian bawah atau atas lengan pemain menyentuh pelapik siku tetapi siku pemain terkeluar jauh dari pelapik siku.

c)Jika kedua-dua pemain melakukan kesalahan pada masa yang sama, pada pandangan pengadil sebagai kebetulan, perlawanan akan dihentikan dan dimulakan semula tanpa memberikan hukuman kesalahan kepada mana-mana pemain.



PERKARA 4
Pengadil akan mengenakan satu hukaman kesalahan "menyebabkan cengkaman terlepas" apabila berlaku perkara berikut;

a) Salah seorang pemain melepaskan cengkaman jarinya ke atas jari lawan ketika perlawanan sedang berlangsung,

b) Salah seorang pemain dengan sengaja mengelak semasa pemain lawan cuba membuat cengkaman.

c) Dalam kedudukan pergelangan tangan membengkok, pemain sengaja melepas cengkaman jarinya menyebabkan pemain lawan tidak dapat membuat cengkaman.

d) Seutas tali pengikat akan digunakan sekiranya perlawana berakhir secara cengkaman terlepas. Ianya berlaku apabila kedua-dua pemain terlepas genggaman tangan masing-masing. Pengadil perlu memastikan keadaan itu berlaku dengan sengaja sebelum mengenakan satu hukuman kesalahan.. Jika pengadil tidak pasti samada ianya disengajakan atau tindakan itu disengajakan oleh kedua belah pihak, maka pengadil hendaklah mengikat tangan kedua pemain dan memulakan perlawanan berkenaan tanpa mengenakan hukuman kesalahan kepada mana-mana pemain.

e) Apabila tali pengikat perlu digunakan. Pengadil akan mengarahkan meletakkan siku mereka ke pelapik siku, menggenggamkan tangan kedua-dua pemain. Dalam keadaan ini pengadil hendaklah segera mengikatnya. Tangan pemain yang satu lagi hendakalah memegang peg pemegang. Hanya pengadil sahaja yang boleh mengbahsuai kedudukan ikatan. Walau bagaimanapun, jika pemain tidak merasa selesa dengan ikatan itu, pemain boleh meminta diperbetulkan. Ikatan tidak boleh rendah dari 1 inci dari garisan pergelangan tangan.

f) Apabila kedua-dua tangan pemain telah diikat, pemain hendaklah mula mencengkam dan memperbetulkan kedudukan siku didalam kedudukan yang mereka selesa.

g) Jika pemain dengan sengaja melepaskan cengkaman semasa perlawanan di dalam posisi kalah di pihaknya (posisi kalah dikira berdasarkan kecondongan lengan lebih daripada 2/3 ke arah peg pemegang), pemain berkenaan akan dikira kalah dalam set itu.



PERKARA 5
Pemain akan dikenakan satu hukuman amaran apabila melakukan melakukan perkara-perkara seperti berikut;

a) Pemain yang melakukan gerakan awal seperti menggerakan bahu, lengan, tangan atau jari-jari semasa hendak memula perlawanan akan diberi satu hukuman amaran. Kecuali pergerakan dilakukan semasa dalam cengkaman pengadil, pemain akan diberi satu hukuman kesalahan.

b) Jika salah seorang pemain dengan sengaja melambat-lambat cengkaman, beliau dikenakan satu hukuman amaran.

c) Pemain yang melepaskan pegangan ke atas peg pemegang semasa perlawanan sedang berlangsung, akan dikenakan satu hukuman amaran kepada pemain berkenaan tanpa perlu memberhentikan perlawanan.

d) Sekiranya tindakan memegang semula peg pemegang akan memberi kelebihan kepada pemain yang melakukannya, perlawanan hendaklah dihentikan dan satu hukuman amaran diberikan kepada pelakunya. Peg pemegang hendaklah dipegang di atas meja. Walau bagaimanapun pemain yang mempunyai hanya satu tangan dibenarkan untuk tidak memegang peg pemegang.



PERKARA 6
Pemain-pemain akan dikenakan satu hukuman kesalahan apabila didapati melakukan perkara-perkara berikut;

a) Bahu pemain yang melepasi garis tengah di antara dua peg pemegang sepanjang perlawanan berlangsung.

b) Pemain yang menggunakan bahagian lain badan untuk menjatuhkan lawan seperti dagu, bahu atau kepala.

c) Pemain yang dengan sengaja menolak bahu lawan dengan tangannya.

d) Sekiranya pemain-pemain berada di dalam kedudukan yang boleh mendatangkan kecederaan, iaitu kedudukan bahaya (dangerous position), pengadil hendaklah memberi amaran kepada pemain dengan kuat supaya pemain memahami amaran itu. Pengadil akan mengarahkan pemain membetulkan kedudukan mereka semula, kegagalan pemain mematuhi arahan pengadil dikenakan satu hukuman kesalahan.

e) Pemain menurunkan bahu ke bawah paras lantai meja semasa tangannya berada di dalam kedudukan di tengah atau di dalam posisi kalah. Perbuatan ini boleh dianggap berada di dalam keadaan yang boleh mendatangkan kecederaan. Pengadil akan mengarahkan pemain itu mengadap tangan lawannya, dan memastikan tangan, lengan dan bahunya dalam keadaan selaras.

f) Pemain tidak boleh menjatuhkan bahu lawan dibawah paras pelapik siku samada dalam kedudukan di tengah atau kedudukan kalah. Ini dianggap kedudukan bahaya.

g) Mana-mana tindakan yang sengaja dilakukan oleh pemain terhadap lawannya bertujuan lawannya boleh dikenakan satu hukuman kesalahan, boleh mengakibatkan pemain itu sendiri dikenakan satu hukuman kesalahan. Contohnya, dengan sengaja• menolak siku lawan agar terkeluar dari pelapik siku


PERKARA 7
Apabila pemain dikenakan satu hukuman kesalahan, masa 30 saat untuk tempoh bertenang boleh diberikan.


PERKARA 8
Pemain yang tidak menunjukan semangat kesukanan yang tinggi, menggunakan perkataan kesat ke atas pengadil atau pegawai pertandingan akan dikenakan satu hukuman kesalahan ke atas pemain berkenaan. Jika perbuatan itu masih diteruskan, pemain berkenaan akan dibatalkan penyertaan di dalam pertandingan berkenaan.



Nota tambahan

Peraturan ini digunapakai oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor di dalam pertandingan yang dikendalikan oleh pihak persatuan mengikut tafsiran di dalam Bahasa Malaysia berdasarkan peraturan asal oleh WAF di dalam Bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku perselisihan atau percanggahan tafsiran peraturan yang disebut di dalam Bahasa Malaysia, peraturan WAF di dalam Bahasa Inggeris akan diguna pakai.