KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Rangking terkini peserta untuk sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor

Wednesday, April 29, 2009

Rangking terkini senarai pemain gusti lengan selangor setelah tamat 2 sirkit;


Kategori A Lelaki 85.1kg ke atas

1. Shah Rizad bin Masih 18 mata
2. Afrizal bin Yunus 16 mata
3. Mohd Fauzi bin Mohamad Basri 08 mata
4. Suhaimisidy bin Dzakaria 06 mata
5. Mohd Zuarissman bin Abd Kadir 04 mata
6. Zahrin bin Nazaki 04 mata
7. Rahmat bin Mohamad 04 mata
8. Mohd Shaizan bin Masih 02 mata
9. Mohamad Ihsan bin Arzimi 02 mata
10. Mohd Zakaria bin Iskandar 02 mata
11. Mohd Ghani 02 mata


-
Kategori B Lelaki 65.1kg – 85kg

1. Aidi Adnan bin Yunus 18 mata
2. Shahril Azmir bin Zainul Abidin 08 mata
3. Saharuddin bin Bakri 08 mata
4. Mohd Zuaslan bin Abd Kadir 04 mata
5. Mohd Nazwil bin Awang 06 mata
6. Narwazi bin Hj Modin 04 mata
7. Ramlan Jefri 04 mata
8. Garan anak Langi 04 mata
9. Azhar bin Kadir 02 mata



Kategori C Lelaki 65kg ke bawah

1. Muhammad Fairudin bin Md Suki 20 mata
2. Mohd Rafae (Tuah) bin Mansoruddin 16 mata
3. Mohd Zul Izhar bin Mohd Khalid 08 mata
4. Mazlan bin Hj Iskandar 04 mata
5. Muhamad Arif bin Abd Hamid 04 mata
6. Sathiyasilan a/l Anamalai 04 mata
7. Jamirin bin Kamin 04 mata





Kategori D Wanita Terbuka

1. Azilah binti Mohd Ali 16 mata
2. Jahlelawati binti Mohd Ali 16 mata
3. Zuasliana binti Abdul Kadir 10 mata
4. Roslina bte Harun 06 mata
5. Siti Rahmah binti Abd Rahman 04 mata
6. Siti Faridah bte Jamian 04 mata
7. Zeiton binti Marani 02 mata
8. Noraishah binti Md Yusof 02 mata
9. Salimah binti Juriamin 02 mata
10. Halimah binti Abd Manan 02 mata
-

Pengiraan markah;

Juara - 10 markah
Naib Juara - 8 mata
Ke 3 - 6 mata
Ke 4 - 4 mata
Ke 5 -8 - 2 mata

Kejohanan Gusti Lengan anjuran Pertubuhan Kebajikan dan kemasyarakatan Kedah Darul Aman

Thursday, April 23, 2009

Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Kedah Darul Aman dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Malaysia akan menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada 24hb. April, 2009 di Bundle 1 Ringgit, Jalan Sungai Baru, Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. Yuran Penyertaan RM5 sahaja. Kategori pertandingan adalah seperti berikut;

1. Lelaki 75kg ke atas
2. Lelaki 65kg - 75kg
3. Lelaki 65kg ke bawah
4. Wanita Terbuka

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Encik Zamri
012 5900 873


Pertubuhan Kebajikan dan Kemasyarakatan Kedah Darul Aman with coorperation of Malaysia Armsport Association will organise Armwrestling Championship on 24th April, 2009 to be held at Bundle 1 Ringgit, Jalan Sungai Baru, Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. Entry fees is RM5 per participant.

Catagories
1. Men above 75kg
2. Men 65kg - 75kg
3. Men below 65kg
4. Wanita Open
For more details, please contact

Encik Zamri
012 5900 873

Forum diskusi Gusti Lengan Selangor

Monday, April 20, 2009

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menyediakan satu laman Forum Diskusi Gusti Lengan Selangor. Tujuan pihak persatuan menyediakan laman Forum ini adalah untuk menyediakan satu tempat untuk pemain dan peminat gusti lengan di Malaysia atau di mana juga yang ingin sembang-sembang hal-hal yang berkaitan dengan dunia gusti lengan.

Semua pemain dan peminat gusti lengan dijemput untuk mendaftar sebagai ahli Laman Forum Gusti Lengan Selangor. Pendaftaran adalah percuma. Disini anda berpeluang mengemukakan maklum balas terus kepada pihak persatuan.

Jadi anda hanya perlu klik di sini;

http://www.armleg.com/sukanlengansela/

Selamat berforum.

Laporan akhbar SINAR 19hb April, 2009

Sunday, April 19, 2009

Klik pada gambar untuk imej lebih besar.

Mohd Fairudin menang kejuaraan ke 2 gusti lengan Selangor

Friday, April 17, 2009


Shah Alam - Mohamad Fairuddin bin Md Suki (gambar), anggota polis yang bertugas di Balai Polis Dang Wangi berjaya memenangi kejuaraan gusti lengan Selangor buat kali ke 2 tahun ini apabila muncul juara bagi kategori C Lelaki bawah 65kg Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 yang diadakan pada 12 April 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam. Beliau berjaya mengalahkan Mohd Rafae Mansoruddin dalam dua set. Bulan Mac lalu, Mohd Fairuddin berjaya menjadi juara dalam kategori yang sama juga dengan mengalahkan Mohd Rafae dalam Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009.

Sementara itu, Shah Rizad Masih, juara kategori A Lelaki 85.1kg ke atas pada Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 yang juga pemegang gelaran Badang Melaka selama 3 tahun berturut-turut, gagal memenangi kejuaraan kali ini apabila tewas kepada Afrizal Yunus dalam perlawanan akhir yang cukup sengit. Afrizal dengan berat badan 120kg berjaya menebus kekalahannya kepada Shah Rizad di peringkat separuh pertandingan Pra Sirkit. Sebelum mara ke perlawanan akhir, Afrizal menewaskan bekas Mr Selangor, Suhaimisidy Dzakaria di peringkat separuh dalam perlawanan sengit dua set.

Bagi kategori B Lelaki 65.1kg - 85kg, oleh Aidi Adnan Yunus yang mengalahkan Shahril Azmir Zainul Abdin untuk muncul sebagai juara, manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Shaharuddin Bakri yang menewaskan Mohd Zuazlan Abdul Kadir.

Acara kategori D Wanita Terbuka telah dimenangi oleh Zuasliana Abdul Kadir menewaskan Jahlelawati Mohd Ali. Sementara itu pula, Azilah Mohd Ali, juara Pra Sirkit hanya mampu menduduki tempat ke 3 setelah menewaskan Siti Rahmah Abdul Rahman.

Dalam acara sampingan iatu Pertandingan Tarian Poco-Poco, Pasukan The Star Lady Bee yang telah mempamerkan Tarian Poco-Poco yang berjaya menarik perhatian ratusan hadirin muncul juara mengatasi pasukan Anggerik Mall B di tempat ke dua, manakala Pasukan Mama Rock menduduki tempat ke tiga. Sebanyak lima pasukan bertanding dalam acara sampingan ini.

Presiden PSLNS, Ab Aziz Ali menyatakan bahawa sambutan yang di terima untuk pertandingan kali ini amat memberangsangkan sekali iaitu seramai 60 peserta telah mengambil bahagian dalam acara gusti lengan. Sambutan dari orang ramai yang datang menyaksikan pertandingan ini juga amat membanggakan kerana mereka telah mula hadir ke Anggerik Mall, Shah Alam sejak pagi lagi. Namn begitu, menurut Ab Aziz Ali penyertaan dari peserta wanita agak kurang berbanding penyertaan peserta lelaki. Adalah diharapkan dengan adanya acara pertandingan gusti lengan secara tetap di Anggerik Mall pada setiap bulan akan mampu menarik lebih ramai golongan wanita menyertai sukan ini.

Klip Video Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1

Thursday, April 16, 2009

Ucapan Terima kasih

Pihak Persatuan mengucapkan Ribuan terima kasih kepada pihak-pihak berikut yang telah membantu Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor menjayakan Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 iaitu;

1. MARA Negeri Selangor
2. ERAMAN (M) Sdn Bhd
3. Redah 4x4 Club Kuala Lumpur Selangor
4. RD Motor Club Kuala Lumpur Selangor
5. Herman Tino, S Atan and the geng
6. Semua pihak yang telah menjayakan pertandingan ini.

Encik Razlan, Pengarah MARA Selangor menyampai cenderamata kepada Encik Irham, Redah 4x4 Club


Presiden, Timbalan Presiden dan Pengarah Kejohanan PSLNS bergambar bersama ahli-ahli RD Motor Club.

Herman Tino sedang membuat persembahan dengan iringan kombo di bawah pimpinan komposer S. Atan.

Gambar-gambar di Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1

Klik pada gambar untuk imej lebih besar.













Keputusan penuh Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1


Keputusan resmi Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 yang telah diadakan pada 12hb. April, 2009 di Anggerik Mall, Shah Alam adalah seperti berikut;


Kategori A Lelaki 80.1kg ke atas

1. Afrizal bin Yunus
2. Shah Rizad bin Masih
3. Suhaimusidy bin Dzakaria
4. Mohd Zuarissman bin Abd Kadir
5. Mohd Shaizan bin Masih
6. Mohamad Ihsan bin Arzimi
7. Zahrin bin Nazaki
8. Mohd Zakaria bin Iskandar


Kategori B Lelaki 65.1kg – 80kg

1. Aidi Adnan bin Yunus
2. Shahril Azmir bin Zainul Abidin
3. Saharuddin bin Bakri
4. Mohd Zuaslan bin Abd Kadir
5. Mohd Nazwil bin Awang
6. Narwazi bin Hj Modin
7. Azhar bin Kadir
8. Garan anak Langi


Kategori C Lelaki 65kg ke bawah

1. Muhammad Fairudin bin Md Suki
2. Mohd Rafae (Tuah) bin Mansoruddin
3. Mohd Zul Izhar bin Mohd Khalid
4. Mazlan bin Hj Iskandar
5. Muhamad Arif bin Abd hamid
6. Sathiyasilan a/l Anamalai
7. Mohd fauzi bin Abdul manab
8. Jamirin bin Kamin


Kategori D Wanita Terbuka

1. Zuasliana binti Abdul Kadir
2. Jahlelawati binti Mohd Ali
3. Azilah binti Mohd Ali
4. Siti Rahmah binti Abd Rahman
5. Zeiton binti Marani
6. Noraishah binti Md Yusof
7. Salimah binti Juriamin
8. Halimah binti Abd Manan



Pertandingan Tarian Poco-Poco

1. The Star Lady Bee
2. Anggerik Mall Team B
3. Mama Rock
4. Anggerik Mall Team A
5. Anggerik Mall team C

Jangan Lupa esok 12/4 di Anggerik Mall, pertandingan bermula

Saturday, April 11, 2009

Jangan lupa esok 12/4, Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 akan bermula di Anggerik Mall, Sekseyn 14, Shah Alam. Banner dan banting telah dipasang di luar dan dalam Anggerik Mall.

Pendaftaran bermula jam 10.00 - 11.00 pagi.

Selain pertandingan gusti lengan, kita juga ada Pertandingan Tarian Poco-Poco, "Show Off" kelab Scooter, RD Malaysia Bike dan Redah 4x4 Club Kuala Lumpur dan Selangor. Juga ada persembahan "live band" menyanyikan lagu-lagu 60'an & 70'an.

Cabutan bertuah juga menanti anda. Kami nanti anda di sana.

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 untuk bulan Mei 2009

Wednesday, April 8, 2009

Berita gembira untuk semua ahli-ahli gusti lengan Selangor. Belum lagi bermula Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1 pada 12 April, 2009, ada tiga pertandingan gusti lengan dijangka akan diadakan pada bulan Mei ini iatu;

Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 2 pada 17hb. Mei, 2009 menawarkan hadiah lumayan iaitu Piala + RM1000 untuk juara, Piala + RM500 untuk naib juara dan Piala + RM300 untuk 3 kategori iaitu lelaki 85.1kg ke atas dan lelaki 85kg ke bawah serta wanita terbuka. pertandingan akan diadakan di Anggerik Mall, Shah Alam.

Dua pertandingan gusti lengan yang masih dalam rundingan adalah pertandingan gusti lengan MKN 2009 anjuran jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor pada 9 & 10 Mei, 2009 untuk acara berkumpulan dan individu.

Manakala satu lagi pertandingan akan di adakan di Kangar, Perlis yang akan dianjurkan oleh Kerajaan Perlis dengan kerjasama PSLNS. Tarikh akan dimaklumkan kemudian.

Harap pihak Persatuan agar semua pemain akan meneruskana latihan pemantapan untuk menghadapi pertandingan yang dinyatakan.

Laporan Akhbar Sinar pada 3/4/2009

Friday, April 3, 2009


Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 1

Thursday, April 2, 2009

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Selangor serta sokongan daripda MARA Negeri Selangor akan menganjurkan pertandingan Gusti Lengan seperti berikut;


Pertandingan Gusti Lengan Shah Alam 2009 Sirkit 1
12hb. April 2009 / 10.00 pagi – 11.00 - pendaftaran
12.00 tgh - 6.00 ptg -perlawanan
Anggerik Mall, Seksyen 14, Shah Alam, Selangor


Sebanyak 5 kategori pertandingan iaitu,
1. Kategori A: Lelaki 80.1kg ke atas
2. Kategori B: Lelaki 65.1kg - 80kg
3. Kategori C: Lelaki 65kg ke bawah
4. Kategori D: Wanita 65.1 kg ke atas
5. Kategori E: Wanita 65kg ke bawah

Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan, tidak pernah mengalami patah tangan atau terseliuh. Pertandingan menggunakan tangan kanan sahaja. Hendaklah berpakaian sukan lengan dan berkasut, selipar, kasut tumit tinggi dan sandal tidak dibenarkan.
Bayaran penyertaan RM5 sahaja tidak dikembalikan jika peserta menarik diri daripada pertandingan.

Hadiah
Juara – RM300.00 + Piala + Sijil
Naib Juara – RM200.00 + Piala + Sijil
Ketiga - RM150.00 + Piala + Sijil
Ke empat - RM100.00 + Sijil
Ke 4 - 8 - RM30.00 + Sijil

Pihak penganjur menghadkan penyertaan kepada 16 orang peserta sahaja bagi setiap kategori. Pendaftaran boleh dibuat dengan menghantar SMS menyatakan nama penuh dan berat badan ke 012-9402679 atau mendaftar pada hari pertandingan.

Undang-undang WAF akan diguna pakai dalam pertandingan ini. Format pertandingan yang akan digunapakai adalah kalah mati pusingan ke dua (second round knock out).

Pihak persatuan walau bagaimanapun berhak membuat apa juga perubahan jika perlu tanpa memaklumkan terlebih dahulu kepada peserta. Pihak persatuan juga berhak untuk tidak menerima penyertaan dari mana-mana individu tanpa perlu member penjelasan.

Bagi memeriahkan lagi acara ini pihak persatuan juga mengadakan satu lagi acara sampingan itu Pertandingan Tarian Poco-Poco. Acara berpasukan ini hendaklah terdiri daripada 8 - 10 peserta, lelaki dan wanita serta tiada had umur. Markah dikira berdasarkan kepada formasi, sinqronise, keharmonian, variasi dan pakaian. Yuran penyertaan sebanyak RM30 per kumpulan. Untuk pendaftaran sila berhubung dengan Encik Razali Shaharin 012-9722228 sebelum 11hb. April, 2009. Hadiah adalah seperti berikut;

Juara – RM300.00
Naib Juara – RM200.00
Ketiga - RM150.00
Ke empat - RM100.00

Acara lain yang turut diadakan adalah perhimpunan ahli-ahli kelab permotoran Malaysia seperti Kelab 4x4, kancil dan skuter. Cabutaan nombor bertuah turut diadakan untuk para peserta dan pengunjung.

Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan menghubungi Setiausaha PSLNS di talian 012-9402679.
Borang Gusti Lengan

Borang Pertandingan Tarian Poco-Poco