Keputusan penuh Pertandingan Gusti Lengan Pesta Konvo UKM pada 19 & 20 Julai 2008

Tuesday, July 29, 2008

Share this history on :

Pelajar Iraq juara Gusti Lengan Pesta Konvo UKM

Pertandingan Gusti Lengan Konvo UKM 2008 telah diadakan pada 19hb. Dan 20hb. Julai, 2008 di UKM Bangi. Pertandingan ini merupakan prorgram anjuran Sekretariat Pesta Konvokesyen UKM dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertadningan dua hari telah menarik penyertaan seramai hampir 150 orang peserta yang terdiri orang awam dan pelajar-pelajar UKM sendiri.

Menurut Saiyidul Fakhan Mansor, selaku Pengarah Eksekutif, Sekretariat Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM, menyatakan bahawa pertandingan gusti lengan ini merupakan salah satu program yang julung-julung kali diadakan di peringka IPT sebagai salah satu program pengisian untuk menjayakan dan mempromosikan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM. Disamping itu juga, program ini bermatlmat memartabatkan nama Universiti Kebangsaan Malaysia melalui penganjuran program berbentuk kecergasan dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Majlis penutupan pertandingan telah diresmikan oleh Encik Abd. Ghani Rahman, Pengarah Cawangan Kemajuan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan. Dalam ucapannya, beliau menyatakan, Kementerian Belia dan Sukan sentiasa berusaha untuk memajukan dan memperkenalkan pelbagai acara sukan yang tidak termasuk dalam kategori sukan teras seperti gusti lengan, tarik tali dan sebagainya. Penglibatan pelbagai kaum dalam sukan-sukan seperti ini amat penting bagi mengeratkan perpaduan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Turut hadir di majlis penutup itu adalah Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Shamsuddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UKM.

Dalam Pertandingan berkenaan, Mohammad Jameel Ayd Al-Jubowi, pelajar dari Iraq yang menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi juara kategori Lelaki Terbuka 75kg ke atas pada. Beliau telah mengalahkan Muazan bin Mohamad, yang juga merupakan pelajar UKM. Berbadan sasa dan menggunakan teknik ``Hammer“ dalam perlawanan berkenaan, beliau telah mengalah Muazan dalam perlawanan dua set. Tempat ketiga di menangi oleh Suhaimisidy Dzakaria yang mewakil PSLNS dan Steven Gregory dari IPK Selangor di tempat ke empat.

Untuk lain-lain kategori pula, kategori Lelaki Terbuka 65kg – 75kg, Hariz Joseph Abdullah dari TUDM Subang menjadi juara setelah mengalahkan Runzy Japar dari IPK Selangor dalam dua set. Manakala Mohd Rahmat bin Razali dari Putrajaya menduduki tempat ketiga.

Kategori Lelaki Terbuka 65kg ke bawah, Mohd Zul Izhar Mohd Khalid dari Lenggeng, Negeri Sembilan menjadi juara dengan mengalahkan Mohd Ariff bin Abd Hamid , manakala Sarwan bin Hj Husin yang mewakili PSLNS menduduki tempat ketiga.

Kategori Wanita terbuka pula dimenangi oleh Nor Emelia Abd Wahab dari IPK Selangor yang mengalahkan Siti Syafiqah Mazlan dari UKM, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Farahrina Sanian Abdullah juga dari IPK Selangor.


Pertandingan Gusti Lengan untuk pelajar UKM pula diadakan pada 20hb. Julai, 2008. Seramai 70 orang peserta lelaki dan perempuan bertanding dalam tiga kategori. Nazri Abdullah pelajar UKM yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan menjadi juara kategori Lelaki IPT 75kg keatas mengalahkan Muhammad Amin Baharuddin dari Kolej Ungku Omar dalam perlawanan sengit 3 set. Kategori Lelaki IPT 65kg ke bawah dimenangi oleh Muhamad Syahir Abu Bakar yang telah mengalahkan Mohd Arid bin Che Harun dalam dua set. Manakala Siti Ayuni Yahaya menjadi juara kategori wanita IPT terbuka dengan mengalahkan Flora Rasyida Samson bagi tempat kedua.

Juara bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai, vaucher penginapan Hotel Seri Malaysia, minuman kesihatan Ujang Power dan minyak kenderaan greenbio.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: