Program sukan elak belia terjebak gejala negatif

Tuesday, March 17, 2009

Share this history on :
MELAKA 16 Mac - Penglibatan golongan belia dalam program kecergasan dan kegiatan sukan mampu membendung mereka daripada terpengaruh budaya negatif seperti penyalahgunaan dadah dan perlumbaan haram.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Duyong, Datuk Gan Tian Loo berkata, kegiatan sukan dan program kecergasan merupakan aktiviti sihat dan perlu dijadikan amalan memandangkan aspek penjagaan diri juga penting diamalkan dalam kehidupan harian.

Menurutnya, kerajaan melalui pelbagai agensi di bawahnya sentiasa mengambil berat mengenai keperluan golongan belia demi memastikan mereka mampu membudayakan gaya hidup yang sihat dalam rutin harian masing-masing.

''Diharapkan sebarang aktiviti sukan dan beriadah ini dapat dijadikan sebagai titik tolak dalam usaha kita mendidik generasi muda agar cintakan amalan hidup sihat dan berkualiti," katanya pada majlis pertandingan Gusti Lengan Terbuka Melaka 2009 di Dataran Pahlawan sini semalam.

Pada pertandingan itu, peserta Johor Bahru, Mohamad Zawawi Hussin muncul juara bagi kategori lelaki 75 kilogram (kg) ke atas, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan piala pusingan kejohanan.

Mohamad menewaskan pencabarnya, Khairul Azwan dari Perak dengan menduduki tempat kedua dan meraih wang tunai RM300 serta piala pusingan pada pertandingan anjuran Persatuan Gusti Lengan Melaka.

Sementara itu, bagi kategori wanita, Cheng Kwee Hong dari Melaka, muncul johan pertandingan manakala tempat kedua dimenangi oleh Azilah Ali dan ketiga Nor Liyana masing-masing dari Selangor. Tempat keempat dimenangi oleh peserta yang juga dari Melaka, Maimun Talib.

Hadiah johan kategori wanita ialah wang tunai RM300 dan piala pusingan, kedua RM200 dan ketiga RM100 masing-masing membawa pulang piala pusingan manakala tempat keempat mendapat hadiah saguhati wang tunai RM50 serta plak.
Seramai 75 peserta termasuk 60 lelaki dan 16 wanita menyertai pertandingan tersebut yang bermula pukul 12 tengah hari hingga 6.45 petang.

- Utusan Malaysia Edisi Selatan 17/3/2009
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

2 comments:

MKLC said...

Tahniah kpd divisyen wanita PSLNS. Hrp dpt mengekalkan kejayaan!

Tahniah juga di atas website ini yg byk bermanfaat. Cuma satu shj permintaan... boleh tak buang lagu background ni? Pening kepala lah dgr benda yg sama berulang2. Trima kasih.

- said...

camner nak buang aaa... saya pun tak tahu?