Keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan Malaysia Airports 2009

Tuesday, July 14, 2009

Share this history on :
Bandar Enstek, Sepang, 12/7/2009 - Pertandingan Gusti Lengan Malaysia Airports 2009 anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Malaysia Airports (KESUMA) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah diadakan di Dewan Orang Ramai Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Sepang pada 12hb. Julai, 2009. Sebanyak 3 kategori pertandingan telah diadakan iaitu kategori lelaki 65.1kg ke atas, lelaki 65kg kebawah dan kategori Wanita Terbuka.

Pemenang bagi kategori A adalah Balasingam a/l Thiagarajah dari ERAMAN yang mengalahkan Azizan bin Ahmad dari AVSEC, KLIA dalam perlawanan sengit 3 set. Mohd Taufik Bahari pula muncul juara kategori lelaki B setelah mengalahkan Suren a/l Sasethanan kedua-duanya mewakili Pan Pasific KLIA. Manakala Norashikin Abdullah dari MAHB mengalahkan Azarina Abd Aziz dari Pan Pasific KLIA untuk muncul juara bagi kategori Wanita Terbuka.

Keputusan resmi adalah seperti berikut;

Kategori A (Lelaki 65.1 kg ke atas
1. Balalsingam a/l Thiagarajah (ERAMAN)
2. Azizan Ahmmad (AVSEC KLIA)
3. Hasrul Abdul Kadir (AVSEC KLIA)
4. Danny anak Gerunsin (Pan Pacific KLIA)

Kategori B (Lelaki 65kg ke bawah)
1. Mohd Taufik Bahari (Pan Pacific KLIA)
2. Suren a/l Sasethanan (Pan Pacific KLIA)
3. Garry anak Jinut (Pan Pacific KLIA)
4.Ahmad Fuad Jamaluddin (Pan Pacific KLIA)

Kategori C (Wanita Terbuka)

1. Norashikin Abdullah (MAHB)
2. Azarina Abd Aziz (Pan Pacific KLIA)
3. Sitah Radin (Pan Pasific KLIA)
4. Noor Hanizah Jamah (Engineering, KLIA)

Tahniah untuk semua pemenang. semoga jumpa lagi pada pertandingan akan datang pada tahun 2010 di Langkawi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: