Mr Selangor 2009

Wednesday, October 14, 2009

Share this history on :
Dari kiri Ridwan Hussein, Mohd Fairuddin dan Harith Joseph Abdullah


Cova Square, Kota Damansara, 12/10/2009 -Setelah melalui perit jerih 7 Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009, akhirnya hari ini menjadi hari penitik noktah kepada tiga orang ahli gusti lengan selangor apabila di nobatkan sebagai "Mr Selangor 2009" pada pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 yang diadakan di Nova Square, Kota Damansara.

Harith Joseph Abdullah telah dinobatkan sebagai Mr Selangor 2009 untuk kategori 85kg ke atas setelah berjaya menumbangkan Afrizal Yunus dalam perlawanan akhir tiga set yang cukup sengit. Afrizal adalah calun favourite untuk memenangi gelaran Mr Selangor 2009 kerana telah memenangi 5 sirkit dari 7 sirkit yang dipertandingkan, Beliau bagaimana pun agar kurang berpuas hati dengan keputusan pengadil perlawanan, namun tidak berhasrat mengemukakan bantahan.

Seperti yang dijangka, bagi kategori B iaitu berat badan dianatara 65kg hingga 85kg, Mohd Ridwan Hussein beraya dinobatkan sebagai Mr Selangor 2009 (kategori C) setelah berjaya menumbangkan Sazali bin Nazaki dalaam dua set. Ridwan juga mendapat kemenangan berganda apabila berjaya memenangi Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009. Manakala bagu Sazali Nazaki pula, kejayaan memasuk pusingan akhir dan perlawanan akhir untuk merebut gelaran Mr Selangor merupakan kejayaan yang tidak disangka-sangka. Belia berhasrat untuk menebuskan kekalahan ini pada sirkit 2010.

Mohd Fairuddin Md Suki seperti dijangka berjaya dinobatkan sebagai Mr Selangor 2009 (Kategori C 65kg ke bawah) apabila berjaya mengalahkan pencabar utamanya Hairul Hazli Abdul Halim dalam perlawanan dua set. namun begitu Hairul Nazli berjaya menebus kekalah ini pada perlawanan akhir Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009 dalam perlawanan 3 set.

Hadiah-hadiah bagi pertandingan ini telah ditaja oleh pihak Cova Square Sdn Bhd.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: