Sepuluh Pengadil PSLNS Dapat Pengiktirafan WAF

Saturday, May 26, 2012

Share this history on :
Kuala Lumpur, 24 Mei, 2012. Seramai sepuluh orang pengadil termasuk seorang pengadil wanita Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan Pengadil Gusti Lengan  dari World Armwresling Federation (WAF) hari ini.  Kesemua mereka telah dianugerahkan Diploma Pengadilan Gusti Lengan  First Level World Armwresling Federation (WAF) yang telah disampaikan sendiri oleh Mr. Willy Deneumostier, Setiiausaha Agung WAF pada majlis penutup "WAF: the 1st Asian Technical & Refereeing Seminar" yang diadakan di Exchange Trade Centre International (ETCi), Merdeka Square, Kuala Lumpur. Di dalam majlis yang sama Encik Mohd Zil Fadli Abdul Halim daripapads PSLNS telah dipilih sebagai peserta terbaik.Kejayaan ini membolehkan meeka menjadi pengadil mana-mana pertandingan gusti lengan di seluruh dunia.

Pengadil-pengadil PSLNS yang mendapat pengiktirafan itu ialah;

1. Ab Aziz Ali
2. Zil Fadli Abdul Halim
3. Shamsul Kahar Mohamad
4. Mohd Fauzi Mohamamd Basri
5. Sazali Nazaki
6. Sarwan Hussein
7. Shuhaimisidi Shamsuddin
8. Mohd Nizar Yusof
9. Ahmad Fikri
10. Siti Hawa Abu Bakar (W)

PSLNS mengucapakn ribuan terima kasih kepada Amiran Armwrestling cademy (AAA) terutamanya Encik Amir bin Ahmad, Presiden AA kerana telah menganjurkan program bersama WAF ini dengan jayanya.



Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: