BINTANG GUSTI LENGAN SELANGOR DAH MULA GLAMER!

Wednesday, November 13, 2013

Share this history on :


Salam Sejahtera semua.

Lama sungguh Badangpower tak menulis di laman gusti lengan Selangor. Menghilangkan diri bukan kerana merajuk tetapi pergi bertapa di Bukit Seguntang untuk menambah ilmu gusti lengan di dada, maklumlah sekarang ni ramai pemain-pemain baru dah mulai menunjukan power mereka yang sebenar. Yehh!! Selangor Boleh! Badangpower yakin tak lama lagi Selangor akan menguasai arena gusti lengan Malaysia sebelum keluar mencabar di dunia luas sana.

Seiring itu juga, pemain-pemain Selangor ini telah mulla mendapat perhatian pihak media. Ini jalan yang dirintis terlebih dahulu oleh master Gusti Lengan Selangor iaitu Zil Fadli. Beliau begitu diminati oleh pihak akhbar Metro hingga sering kali keluar di akhbar Metro dalam beberapa ruangan khas berwarna akhabr berkenaan.

Kini jalan yang dirintis oleh Zil telah mula dilalui pula oleh Abdul Razak Hadizir (dan beberapa kawan-kawan yang lain menumpang muka...hahahaha) dengan terpilih untuk muncul pula di majalah URTV. Syabas untuk beliau dan rakan-rakan yang menempel di situ..hahaha!

Badangpower harap pada masa akan datang akan lebih ramai ahli gusti lengan muncul di media kerana mereka juga tak kurang hensem tambah lagi tegap-tegap semua. Cuma Badangpower hatrap jangan la pula nanti ada ahli gusti lengan Selangor keluar di majalah Mangga dengan berseluar dalam berposing di tepi kolam mandi. Kalau ada, Badangpower akan masukkan dia dalam kuliah subuh du masjid Shah Alam.

Okey selamat bertanding dan jumpa lagi.

Badangpower (dan jugak dapat tawaran dari majalah tapi saja Badangpower tolak, maklumlah Badangpower ni pemalu)

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: