PSLNS SARAN AHLI GUSTI LENGAN SELANGOR TUBUH KELAB GUSTI LENGAN

Saturday, November 15, 2014

Share this history on :




Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) ini menyarankan ahli gusti lengan Selangor menubuhkan Kelab Gusti Lengan di kawasan masing-masing. Encik Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS menyatakan demikian berikutan sambutan yang kian menggalakkan terutama para belia terhadap sukan ini di Selangor. Pertandingan-pertandingan yang dianjurkan kebelakangan ini mendapat penyertaan yang amat baik.

Pihak PSLNS bersedia untuk membantu mana-mana pihak yang ingin menubuhkan kelab gusti lengan untuk berdaftar dengan pihak Pesuruhjaya Sukan Malaysia. Banyak faedah yang boleh diperolehi sekiranya kelab-kelab diwujudkan. Jabatan Belia dan Sukan daerah ada memperuntukan bantuan kewangan bagi membantu aktiviti kelab. Kelab yang telah berdaftar boleh bernaung di bawah Persatuan. Tambah Presiden lagi, banyak faedah yg boleh kita dapat bila semua kita bersatu. Sekarang ini,  telah ada  4 kumpulan yg sedang giat mencari ahli untuk menubuhkan kelab gusti lengan..

Jadi, anda tunggu apa lagi?
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: