CABARAN GUSTI LENGAN HARI SUKAN NEGARA 2015

Thursday, December 17, 2015

Share this history on :

Sepang, 10 Oktober 2015.

Sempena dengan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2015, satu pertandingan Gusti Lengan telah diadakan di Institut Kemahiran Tinggi Negara (IKTBN) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Daerah Sepang.

Sebanyak 2 kategori telah dipertandingkan iaitu lelaki terbuka dan wanita terbuka.

Pertandingan kali ini disertai oleh ramai muka baru dan ada di antaranya baru pertama kali menyertai acara sukan termasuk satu pasukan team wanita dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). 

Khemah Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor juga menjadi  salah satu khemah yang mendapat sambutan hangat dari pengunjung ke karnival Hari Sukan Negara Daerah Sepang.

Pihak Persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Belia dan Sukan Daerah Sepang yang telah menjemput pihak Persatuan terlibat karnival Hari Sukan Negara 2015.

Keputusan rasmi
Cabaran Gusti Lengan Hari Sukan Negara 2015
10 Oktober 2015
IKTBN Sepang

Kategori Lelaki Terbuka
Juara - Muhamad Azim Sudiman
Naib Juara - Muhammad Afeq Ainuddin Omat
Ke 3 - Megat Saddam Hashim
Ke 4 - Mohd Najib Ismail
Ke 5 - Naharizaki Mohd Zin
Ke 6 - Abdullah Shafiq Shamsuddin
Ke 7 - Mohd Reza Khalili Abdul Khalid
Ke 8 - Muhamad Norfarhan Mawadi

Wanita Terbuka
Juara - Siti Hawa Mohd Bakar
Naib Juara - Siti Azmaya Mohd Bakar
Ke 3 - Nadratuĺ Naim Che Zainal Abidin
Ke 4 - Nur Zamzila Abdullah
Ke 5 - Nur Ilyana Mohd Radzi
Ke 6 - Nurul Fizatul Sahirah Maskur
Ke 7 - Siti Hafizah Shahruddin
Ke 8 - Amalina Mansor

Tahniah kepada pemenang-pemenang.




























Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: