Pertandingan Sukan Lengan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM

Monday, May 12, 2008

Share this history on :


Salam dari Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sempena dengan Pesta Konvokesyen Ke 36 Universiti Kebangsaan Malaysia, pihak Sekreteriat Pesta Konvokesyen ke 36 UKM akan mengadakan pertandingan Gusti Lengan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertandingan ini akan diadakan pada 18, 19 & 20 Julai, 2008 di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Format pertandingan adalah 5 sepasukan dimana setiap pasukan akan diwakili oleh 3 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta wanita yang bertanding mengikut kategori pertandingan yang ditetapkan. Perlawanan adalah diantara kategori yang sama. Pertandingan dijalankan secara kalah mati. Pihak penganjur berhak menukar format pertandingan sekiranya didapati jumlah pasukan yang bertanding kurang 50% daripada sasaran penyertaan.

Kategori pertandingan adalah berdasarkan berat badan peserta iaitu Kategori A: Lelaki 75kg ke atas, Kategori B: Wanita 65kg ke atas, Kategori C: Lelaki 65kg ke 75kg, Kategori D: Wanita 65kg ke bawah dan Kategori E: Lelaki 65kg ke bawah.

Kategori penyertaan terbahagi kepada "Terbuka" untuk orang awam terhad kepada 50 pasukan dan "IPT" untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi terhad kepada 32 pasukan.

Penyertaan adalah terbuka kepada pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi seluruh Malaysia dan orang awam, lelaki dan wanita yang berumur 18 tahun ke atas pada tarikh pertandingan bermula. Mereka yang pernah mengalami patah tangan, retak atau terseliuh lengan tidak dibenarkan bertanding.

Tatacara dan peraturan pertandingan adalah berdasarkan undang-undang dan peraturan pertandingan Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor. Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.
.
Pengadil perlawanan adalah terdiri daripada mereka yang dilantik dan diiktiraf oleh PSLNS sahaja. Keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan.

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 7hb. Julai, 2008. Borang pendaftaran hendaklah difakskan ke 03-89213490 Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen Ke 36 UKM. atau 03-78476073 PSLNS.

Yuran Penyertaan
Setiap penyertaan dikenakan bayaran yuran pemyertaan RM125 per pasukan "Terbuka" dan RM100 untuk pasukan "IPT". Jika berlaku penarikan diri pada bila-bila masa, yuran tidak dikembalikan. Setiap penyertaan akan menerima sehelia baju T, minuman ringan dan sijil peenyertaan.

Hadiah Pertandingan;

Terbuka
Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 1,000.00 + Piala
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 500.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 250.00
Ke 4 - 8 : Hamper

IPT
Tempat Pertama : Hadiah bernilai RM 500.00 + Piala
Tempat Kedua : Hadiah bernilai RM 250.00
Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM125.00
Ke 4 - 8 : Hamper

Cara Pendaftaran dan Pembayaran Yuran Penyertaan

Peserta-peserta diminta menghantar borang penyertaan beserta wang tunai yuran penyertaan ke pejabat urusan di;

Pejabat Urusan Pesta Konvokesyen
Paras 5, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi,Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Mohammad Ezry Bin Abd Samad – 017 4004523)‏

Atau sila buat bayaran secara ‘Bank in’ bayaran yuran penyertaan ke akaun Pesta Konvokesyen Ke-36 UKM. Pembayaran boleh dibuat melalui mesin deposit bank ke akaun CIMB (1218 – 0102355 – 52 – 8) atas nama "Nafisah bte Zakaria, Pengurus Kewangan Pesta Konvokesyen". Selepas ‘bank in', peserta diminta fakskan slip ‘bank in’, (sebagai bukti pembayaran) beserta dengan borang penyertaan yang telah lengkap diisi, ke nombor 03-89213490. Pembayaran boleh dilakukan sebelum tarikh tutup awal penyertaan iaitu pada 28/6/08.

Maklumat lanjut pertandingan juga boleh diperolehi dengan menghubungi Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) di talian 012-4189438 Ab Aziz Ali, 012-9402679 Shamsul Kahar Mohamad atau 012-9722228 Razali Shaharin atau email ke selangorarmsport@yahoo.com
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: