KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah mengeluarkan keputusan rasmi Pertandingan Gusti Lengan KEPUTUSAN RASMI MR SELANGOR 2014/2015

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA

MR SELANGOR 2014/2015 , 13 JUN 2015 KLIA dari kiri Jimmy Lim, Azmy Nen, Roni Iskandar Mansor dan Nur Hidayu Nor Rongzi...

AKSI-AKSI DI MR SELANGOR 2014/2015

.Tanpa perlu bercerita panjang, gambar-gambar sendiri bercerita betapa hebat pertarungan untuk merebut gelaran Mr Selangor ...

YB DATO' IRMOHIZAM HJ IBRAHIM, PENAUNG PERSATUAN SUKAN LENGAN NEGERI SELANGOR

YB Dato' Irmohizam Hj Ibrahim, Member of Parliament Kuala Selangor and President of Selangor Youth Council officially appointed as Patron of Selangor Armwrestling Association (SAA) affective from 15 May 2015...

MR SELANGOR 2014/2015

Kemuncak Kehebatan ahli gusti lengan Selangor..

SIAPA YANG BAKAL MUNCUL JUARA.

Siapa yang akan bakal muncul juara untuk membawa pulang gelaran MR SELANGOR 2014/2015. Jom kita saksikan..

SELANGOR HEBAT DI ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

TAHNIAH kepada pemain-pemain Selangor yang mewakili Malaysia kerana telah beraksi hebat dan memenangi perlawanan yang mereka sertai pada pertandingan gusti lengan ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013....

BOOK SUTIWAT JUARA MATIC 2013

Book Sutiwat menang 2 kategori. Pemain Malaysia bagai

Showing posts with label arm wrestling. Show all posts
Showing posts with label arm wrestling. Show all posts

NICE VIDEO CLIPS BY STADIUMSUKAN.COM AT ARMWRESTLING CHALLENGE @ PSN.2013

Monday, July 22, 2013


Armwrestling event at PSN 2013
25 Jun 2013


Armwrestling Club of Selangor held an arm wrestling competition in Malaysian Science Centre (Pusat Sains Negara or PSN for short) last Sunday, 2nd of June 2013. This is in conjunction of PSN’s Sports and Spinach event display. Each arm wrestling bout consists of 2 rounds in which a tie would result in an additional bout to be fought in determining the winner of the match. The interesting part about arm wrestling is that despite losing to an opponent in the first match/bout, you could still make it to the top of the ladder if you manage to defeat all. As such, it may be beneficial to “lose” to a tough opponent to conserve strength and fight with him at a later match at full strength in the Finals.


See more at: stadiumsukan.com

Part 1



Part 2


Part 3



Courtesy of stadiumsukan.com

Pantai Kelebang Di Gegar Ahli-Ahli Gusti Lengan! Hebat!!!

Tuesday, December 20, 2011

Pemenang-pemenang dari setiap kategori bergambar kenangan bersama dengan YB Datuk idris Haron (Ahli Parlimen Tangga Batu) dan Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro

Hebat!

Itulah perkataan yang boleh Badangpower ungkapan untuk menceritakan tentang Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria Harian Metro pada 17 & 18 Disember, 2011 di Pantai Kelebang, Melaka. Sambutan daripada peserta yang bertanding melebihi jangkaan seramai hampir 150 peserta bagi kesemua kategori di samping sambutan hangat dari mereka yang datang menyaksikan pertandingan ini walaupun hujan yang kerap turun sepanjang pertandingan berlangsung tetapi mereka tidak berganjak dari pentas Arena.

Kalau pada pertandingan sebelumnya peserta datang daripada semenanjung sahaja, tapi kali ini seramai 10 orang peserta dari Sabah turut hadir bagi memeriahkan pertandingan penutup bagi tahun 2011. Ini termasuk juga penyertaan daripada Singapura dan Thailand. Seperti biasa juga Melaka, Selangor, Kelantan menghantar penyertaan paling ramai diikuti oleh peserta dari Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Kuala Lumpur, Pahang dan Terengganu.

Sambutan hangat daripada pengunjung yang tidak sabar-sabar untuk menyaksikan pertandingan gusti lengan bermula.

Penyertaan buat kali pertamanya pasukan daripada Sabah iatu pasukan Malawa yang terdiri dari 10 orang peserta dan penyokong-penyokong dari Sabah adalah salah satu tarikan utama pada pertandingan kali ini. Kalau sebelumnya kekuatan ahli gusti lengan hanya disampaikan dari mulut ke mulut oleh peminat gusti lengan di Semenanjung, kali ini mereka dapat menyaksikan sendiri kekuatan pasukan dari Sabah seperti yang digembur-gemburkan. Peserta-peserta dari Sabah benar-benar mempamerkan kekuatan mereka apabila berjaya menjuarai 2 kategori lelaki 75kg ke bawah dan 75.1kg - 85kg ke atas.

Harapan untuk menyaksikan perlawanan akhir di antara Lee Thiem Siew, juara bertahan dari Melaka dengan Jolly Johnson salah seorang peserta pilihan dari Sabah tidak terlaksana apabila Bong Kim Boon dari Melaka dengan tidak disangka-sangka berjaya menewaskan Jolly Johnson untuk bertarung di perlawanan akhir buat kali keduanya, manakala Jolly hanya mampu menduduki tempat ketiga. Lee Thiam Siew membuktikan kehebatanya apabila mudah menewaskan Bong Kim Boon untuk mengekalkan kejuaraannya untuk kali ke lima berturut-turut. Mohd Zawawi Hussin daripada Kelantan ditempat ke 4 dan Harith Abdullah daripada Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke lima.

Kegagalan Jolly Johnson untuk merebut gelaran bagi kategori 85kg ke atas bagaimanapun berjaya ditebus oleh anak beliau iaitu Joffry Jolly yang berjaya menewaskan Bong Kim Peng juga dari Melaka. Joffry Jolly agak mudah menewaskan Bong Kim Peng cuma dalam dua set sahaja. Sementara Azmi Hussin dari Kelantan di tempat ke 3 dan Mervyn Siew dari Selangor di tempat ke 4.

Mohd Nizar Yusof yang mewakili pasukan Selangor gagal untuk meneruskan rentak juaranya apabila tewas kepada  Wong Zye Ziaen dari Sabah dalam perlawanan akhir. Mereka yang diundi bertarung di pusingan awal, telah mempamerkan perlawanan yang menarik perhatian pengunjung apabila mengambil masa hampir 20 minit yang akhirnya kemenangan berpihak kepada Wong Zye Ziaen. Hasrat Mohd Nizar untuk menebuskan kekalahan di pusingan awal tidak kecapaian apabila tewas kepada Wong Zye Ziaen sekali lagi dalam pertemuan di perlawanan akhir.

 Kekecewaan pasukan Selangor untuk mencapai kejuaran dalam kategori lelaki walau bagaimana pun terubat dengan kemenangan Zuasliana Abd Kadir yang berjaya memenangi kategori Wanita Terbuka apabila menewaskan seorang lagi peserta Selangor iaitu Zuasliza Abdul Kadir di perlawanan akhir yang diadakan pada 17 Disember, 2011. Manakala Cheng Wee Hong peserta dari Melaka di tempat ke 3 dan juara bertahan Siti Khatijah Abdul Hamid juga dari Selangor hanya berjaya menduduki tempat ke 4.

Valen Low peserta dari Singapore berjaya merampas kembali kejuaran kali ini apabila berjaya menewaskan Lee Yong Seng untuk mengungguli kategori Remaja. Valen Low tidak menyertai pertandingan yang diadakan di Pulau Pinang yang mana dimenangi oleh Radzi Abdul. Walau bagaimanapun kali ini Radzi Abdullah hanya berjaya menduduki tempat ke lima di belakang Mohd Fikri Sarmini di tempat ke 3 dan Mohd Syahmi Abdul Rahman di tempat ke 4.

Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan oleh YB Datuk Idris Harun, Ahli Parlimen Tangga batu yang diringi oleh Encik Salim Bachok, Pengerusi Karnival Gegaria Harian Metro dan Encik Radzi Wahab, Pengarang Sukan Harian Metro.

Peserta-peserta bagi cara gusti lengan beratur panjang semasa pendaftaran dibuka.


Keputusan penuh pertandingan adalah seperti berikut;

Kategori Remaja
  1. Valen Low
  2. Lee Yong Seng
  3. Mohd Fikri Sammi
  4. Mohd Syahmi Abdul Rahman
  5. Radzi Abdul
  6. Mohamad Iqbal Hakim bin Shamsul Izhar
  7. Mohd Asrin bin Ibrahim
  8. Ariff Fazwan Al_Hafiz bin Muhd Zain  

Kategori Wanita Terbuka
  1. Zuasliana bte Abd Kadir
  2. Zuasliza binti Abd Kadir
  3. Cheng Kwee Hong
  4. Siti Khatijah bte Abd Hamid
  5. Yow Kui Ling
  6. Siti Najirah bte Abd Sahar
  7. Bong Chew Yean
  8. Salina bte Daud

Kategori Lelaki 75kg ke bawah;
  1. Wong Zye Ziaen
  2. Mohd Nizar bin Yusof
  3. Najib bin Yusof
  4. Melvyn Loh
  5. Mohd Anas bin Dzarib
  6. Hairul Nazli bin Abd Halim
  7. Ku Rashid bin Ku Rubi
  8. Tanziel Al Boharie 

Kategori Lelaki 75.1kg - 85kg
  1. Joffry bin Jolly
  2. Bong Kim Peng
  3. Azmi bin Hussin
  4. Mervyn Siew
  5. Khairul Ridzuan bin Hamzah
  6. Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
  7. Loqman bin Abd Mutalib
  8. Isman bin Wahid 

  Kategori lelaki 85.1 kg ke atas
  1. Lee Thiam Siew
  2. Bong Kim Boon
  3. Jolly Johnson
  4. Muhammad Zawawi Husin
  5. Harith bin Abdullah
  6. Lee Yong Seng
  7. Bong Kim Tian
  8. Valen Low 

Alhamdullilah. Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada pihak Harian Metro kerana menganjurkan pertandingan gusti lengan dengan jayanya walaupun terdapat beberapa halangan yang cuba mengagalkan pertandingan. Pihak Persauan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pertandingan ini. Tidak juga lupa juga kepada mereka yang datang menyaskikan pertandingan ini walau pun diseoanjang pertandingan ini diadakan hujan telah turun namun tidk menghalang peminat gusti lengan untuk terus menyaskikan tanpa berganjak dari tempat masing. Jumpa lagi pada pertandingan akan datang.

Jom Ke Pantai Kelebang, Melaka, 17 & 18 Disember ini..

Wednesday, December 14, 2011

Pertandingan Gusti Lengan Karnical gegaria anjuran Harian Metro datang lagi. Kali ini pertandingan gusti lengan akan diadakan di Pantai Kelebang, Melaka pada 17 & 18 Disember 2011. Ini merupakan acara penutup Karnival Gegaria Harian Metro 2011.

Badangpower menyeru semua pemain dan peminat gusti lengan tidak kira dari mana sekali pun, akan turun ke Pantai Kelebang bagi memeriahkan lagi Pertandingan Gusti Lengan Karnival Gegaria. Tunjukan sokongan padu anda semua. Insyaallah kalau pertandingan kali ini mendapat sambutan paling haaaaaaangat!,, Badangpower yakin Harian Metro pasti tidak teragak-agak sekali lagi memilih sukan gusti lengan sebagai acara sukan untuk Karnival Gegaria tahun 2012. Borang pun ada ada disiarkan di akhbar Harian Metro.

Jadi apa lagi jom kita ke Melaka, sambil bergusti lengan jangan lupa nikmati Asam Pedas Melaka. Sekali anda rasa, anda akan selalu ingin ke Melaka. Badangpower tunggu anda di sana!!!

Terima Kasih Perbadanan Stadium Malaysia & Harian Metro

Encik Abdul Aziz Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (baju merah) menyampaikan cenderamata tanda terima kasih atas sokongan Perbadanan Stadium Malaysia kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia 


Encik Abd Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan  Negeri Selangor, hari ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutamanya kepada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  dan Encik Zulqarnain Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia kerana telah memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada sukan gusti lengan. Selama dua tahun berturut-turut Perbadanan Stadium Malaysia menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan.

Terima kasih juga kepada pihak Harian Metro yang tidak putus-putus memberikan sokongan kepada sukan gusti lengan apabila terus menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada setiap Karnival Gegaria yang telah diadakan di beberapa buah negeri. Presiden PSLNS amat menghargai komitmen pihak Harian Metro kerana komited dengan sukan gusti lengan ini, walau pun terdapat beberapa golongan yang berusaha mengagalkan pertandingan ini dengan hadir semata-mata untuk membuat kacau. alhamdulillah nampaknya pihak pemain dan peminat tetap memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi. Tidak perlulah dinyatakan golongan mana yang melakukan pperbuatan keji ini kerana semuannya telah menyaksikan perbuatan mereka tempoh hari hingga memaksa pihak Pengurusan Karnival dan Presiden serta Pengarah Pertandingan PSLNS dipanggil ke Balai Polis Seberang Prai konon didakwa melakukan jenayah perdagangan kerana menganjurkan pertandingan Gusti Lengan. Sykur kepada Allah kerana niat jahat mereka tidak terlaksana dan pertandingan gusti lengan berjaya diadakan dengan jayanya.

Encik Abd Aziz juga amat berharap akan ada lebih ramai lagi agensi-agensi dan syarikat-syarikat koperat yang akan hadir membantu membangunkan sukan gusti lengan ini dengan menaja atau menganjurkan sukan gusti lengan ini untuk tahun 2012. Sukan gusti lengan amat memerlukan sokongan dari badan-badan ini bagi memastikan sukan yang telah mendapat tempat di hat rakyat Malaysia ini akan terus berkembang maju dan disertai lebih ramaai lagi rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa, juga dari pelbagai peringkat umur baik kaum lelaki dan juga kaum wanita.

Akhir sekali, beliau menyeru semua pemain dan peminat sukan gusti lengan bersatu hati dan mengeratkan ikatan silatruhim sesama mereka dan menentang keras usaha pihak-pihak yang konon mengaku berjuang untuk memajukan sukan ini sebaliknya merupakan golongan yang bertindak untuk merosakan imej sukan gusti lengan melalui tindak tanduk bodoh mereka. Beliau juga percaya pemain dan peminat sukan gusti lengan tidak akan terpengaruh dengan dakyah buruk golongan ini.

Tahun 2012 yang akan menjelang tiba tidak lama lagi diharapkan terus memberi sinar baru kepada sukan gusti lengan negara amnya dan di Selangor khasnya. Marilah kita berdoa agar sukan ini akan terus berkembang maju dan dilindungi dari usaha-usaha jahat setengah golongan.

Jumpa lagi.

Aksi-Aksi Hebat di Mr Selangor 2011








MR SELANGOR 2011

Tuesday, December 13, 2011


Mohd Nizar bin Yusof Mr Selangor 2011 (Kategori C 75kg ke bawah)

Hairth Abdullah Mr Selangor 2011 (Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas)



Hairul Nazli Abd Halim Mr Selangor 2011 (Kategori B Lelaki 75.1kg - 85 kg)

MR SELANGOR 2011: HARITH ABDULLAH, HAIRUL NAZLI, MOHD NIZAR YUSOF

Hairul Nazli menerima hadiah dan piala Mr Selangor 2011 daripada Y Bhg Puan Nor Azinah Zaniby bte Wan Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Stadium Malaysia  



Harith Abdul juara dan Mr Selangor 2011

Siti Khatijah menerima hadiah tempat pertama

Mohd Nizar Yusuf memenagi gelaran Mr Selangor 2011

Aksi-aksi menarik bagi setiap kategori termasuk kategori Wanita Terbuka berjaya memukau para penonton yang hadir menyaksi Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 & Mr Selangor 2011 yang telah diadakan Stadium Hoki Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 11 Disember, 2011.

Pertandingan Gusti Lengan anjuran Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah berjaya menarik hanpir 100 penyertaan termasuk yang datang dari Kedah, Melaka, Johor dan juga dari Sabah.

Harith Abdullah yang pernah memegang gelaran Mr Selangor 2009, akhir berjaya merampas kembali gelaran Mr Selangor 2011 setelah dengan mudah menewaskan Abd Rahman Rahim. manakala Afrizal Yunus hanya mampu menduduki tempat ke tiga dan gagal mempertahankan gelaran Mr Selangor 2010. Tempat ke empat jatuh kepada pendatang baru yang telah mempamerkan permainan yang menarik iaitu Mohd Raimet Samri.

Kategori lelaki B mendapat juara baru apabila Hairul Nazli Abd Halim muncul juara setelah bertarung sengit dengan adiknya sendiri iaitu Mohd Zil Fadzli Abdul Halim, manakala Mr Selangor 2010 Marvyn Siew menduduki tempat ke tiga dan diikuti oleh Nazri Yusuf di tempat ke empat. Ini merupakan gelaran Mr Selangor yang pertama dimenangi oleh Hairul Nazli Abd  Halim.

Mohd Nizar Yusof terus unggul apabila berjaya memenangi gelaran Mr Selangor untuk dua tahun berturut-turut iaitu Mr Selangor 2010 dan kali ini berjaya sekali lagi merangkul gelaran Mr Selangor 2011 apabila juga mudah menewaskan lawannya Sazali Nazaki dalam perlawanan akhir. Nampaknya Sazali Nazaki sekali lagi kempunan untuk merebut gelaran Mr Selangor walaupun setelah 3 tahun mencuba. Mohd Hafiz Mohd Azmi pula menduduki tempat ke tiga dan Mohd Shahril Adha Bahari. Manakala Radzi Abdul yang memenangi  kategori remaja Pertandingan Gusti Lengan Karnival Harian Metro yang diadakan di Pulau Pinang bulan lalu hanya mampu menduduki tempat ke lima.

Awalnya ramai yang menjangkakan ada pertemuan buku dengan ruas bagi kategori Wanita Terbuka, malangnya pertemuan ini tidak menjadi kenyataan apabila peserta wanita yang dijangka mampu mengugat penguasaan Siti Khadijah Abd Hamid iaitu Zuaslina Abd Kadir tidak dapat menyertai pertandingan kali ini kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Namun cabaran itu digalas oleh Zuasliza Abd Kadir.iaitu kakak kepada Zuasliana. Namun Zuasliza gagal mencabar kekuatan Siti Khadijah setelah tewas dalam perlawanan akhir untuk muncul sebagai naib juara. Bagi Siti Khatijah pula ini adalah kemenangan kali ke empat berturut-turut untuk tahun 2011. Tempat ke tiga jatuh kepada Mazuin basha dan ke empat dimenangi oleh Shareen Amilia Watuna.

Secara keseluruhan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 ini telah berjalan dengan sempurna. Penyertaan dari kaum wanita telah menunjukan peingkatan. begitu juga kualiti perlawanan bagi ketika ini juga menunjuk perubahaan ketara kerana peserta wanita kali ini telah memperlihat corak perlawanan gusti lengan yang sebenar terutama dari segi teknik perlawanan yang begitu berbeza dan bersungguh-sungguh berbeza dari apa yang dipamerkan sebelum ini. Pihak PSLNS akan berusaha pada tahun 2012 untuk mewujudkan satu gelaran khas untuk kategori wanita sekiranya sambut sebegini berterus pada pertandingan yang akan datang.

Untuk kategori lelaki pula, didapati pemain-pemain senior masih lagi menguasai empat tempat teratas dalam setiap kategori. Walau pun terdapat muka-muka baru dalam pertandingan kali ini namun masih gagal memberi saingan kepada kelompo pemain-pemain senior. Adalah diharapkan akan lebih ramai lagi muka baru yang akan muncultahun 2012 nanti.

PSLNS ingin mengucapkan ribuan terima kasih tidak terhingga kepada Perbadanan Stadium Malaysia terutama Pengarah Bahagian Pembangunan Acara iaitu encik Zulqurnain Mohamad dan juga semua warga PSM kerana telah memilih dan memberikan sepenuh sokongan hingga petandingan ini dapat diadakan dengan jayanya. Juga terima kasih kepada penaja-penaja atas sumbangan bagi menjayakan pertandingan ini.

Berkut adalah keputusan penuh perlawanan bagi Setiap kategori;

Kategori A lelaki 85.1 kg ke atas
1. Harith Abdullah
2. Abd Rahman Rahim
3. Afrizal Yunus
4. Mohd Raimet Samri
5. Asmadi bin Abd Ghani
6. Mohd Fauzi bin Mohammad Basri
7. Awang Kenit Kinau
8. Mohd Safie Harun

Kategori B Lelaki 75.1 kg - 85kg
1. Hairul Nazli Abd Halim
2. Mohd Zil Fadzli Abd Halim
3. Melvyn Siew
4. Nazri Yusuf
5. Ahmad Johari
6. Mohamad
7. Shahrizal Md Arif
8. Razali Shahrin

Kategori C Lelaki 75kg ke bawah
1. Mohd Nizar Yusof
2. Sazali Nazaki
3. Mohd Hafiz Mohd Azmi
4. Mohd Shahril Adha Bahari
5. Radzi bin Abdul
6. Mohhd Syahmi Abd Rahman
7. Mohd Ariff Abd Hamid
8. Mohd Azhar Mohd Hanafi

Kategori Wanita Terbuka
1. Siti Khatijah Abd Hamid
2. Zuasliza Abd Kadir
3. Mazuin Basha
4. Shareem Amilia Watuna
5. Nurlailawati Idris
6. Rozaiannah Ismail
7. Norlaila Mat
8. Zalia Awang Kenit

Dengan berakhirnya pertandingan ini, PSLNS menutup kalendar aktivitinya, dan berharap tahun 2012 yang akn mendatang ini akan dapat dimeriahka dengan lebih banyak pertandingan gusti lengan di negeri Selangor.

Pertandingan Gusti Lengan KSN: Majlis Penyerahan Tajaan Karnival Sukan KSN

Thursday, December 1, 2011


Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) akan menutup kalendar aktiviti tahun 2011 tidak lama lagi sebaik tamatnya Pertandingan Gusti Lengan KSN 2011 yang sekaligus menawarkan gelaran Mr Selangor 2011 kepada juara setiap kategori yang dipertandingkan. Pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) atau lebih dikenali sebagai Kompleks Sukan Negara (KSN) akan diadakan pada 10 & 11 Disember, 2011 bertemptat di Stadium Hoki, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Majlis Penyerahan Penajaan Program Sukan Perbadanan Stadium Malaysia telah diadakan petang tadi di Stadium Hoki Bukit Bukit Jalil. Majlis berkenaan telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zulqurnain Muhammad, Ketua Pegawai Operasi Pembangunan dan Pengurusan Acara KSN. Tururt serta hadir pada majlis ini adalah wakil-wakil penaja.

Di samping acara gusti lengan, acara sukan lain yang turut di pertandingkan adalah acara Hoki 9 KSN dan Bola Kerajang 3 On 3. Pertandingan Hoki 9 KSN adalah merupakan acara sukan yang pertama kali diadakan. Manakala Bola Keranjang 3 on 3 merupakan kali ke dua dianjurkan oleh PSM selepas mendapat sambutan hebat dalam pertandingan yang diadakan pada bulan Julai lalu di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pertandigan Gusti Lengan pula memasuki siri yang ke tenam dan telah diadakan selama dua tahun berturut-turut. Pihak PSLNS bersyukur kerana pihak PSM masih lagi berminat untuk menganjurkan acara gusti lengan dan berharap ianya akan terus diadakan untuk masa-masa yang akan datang. Menurut Encik Zulqurnain karnival sukan seperti ini akan dianjurkan setiap tahun.

Sementara itu, sebanyak 4 kategori akan dipertandingkan bagi acara gusti lengan iaitu kategori A  lelaki sahaja iaitu 85.1kg ke atas, kategori B Lelaki 75.1.kg hingga 85kg, kategori C Lelaki  75kg ke bawah dan kategori Wanita Terbuka. Pendaftaran boleh dibuat pada 10 Disember dan pada hari pertandingan pada 11 Disember, 2011. Penyertaan terbuka kepada semua warganegara Malaysia. Individu OKU (bisu dan pekak) turut digalak menyertai pertandingan ini. Setiap penyertaan dikenakan bayaran RM10.

Juara bagi setiap kategori akan membawa pulang gelaran Mr Selangor 2011 (kategori lelaki sahaja), wang tunai RM300, medal dan sijil penyertaan. Tempat kedua akan mendapat RM200, pingat dan sijil penyertaan, manakala ketiga akan mendapat RM100, medal dan sijil penyertaan Bagi tempat ke 4 hingga ke 8 akan mendapat hadiah sagu hati dan sijil penyertaan.

Kejohanan ini menerima tajaan daripada  FIGOS, MILO, Gardenia, Sport Toto dan The Star.

Untuk mereka yang ingin mendaftar bagi menyertai acara gusti lengan, boleh berhubung dengan Unit Pembangunan Acara, Perbadanan Stadium Malaysia, Kompleks Sukan Negara (KSN) di talian 038992088 samb. 844 Haslinawati atau mendaftar terus melalui PSLNS di talian 0124189438 atau 0129402679.

Muat turun borang di http://www.stadium.gov.my/

Armwrestling: Ladies in action.. Dorang pun POWER GILA!!!

Thursday, September 29, 2011


span >Saper kata kaum hawa tak minat dengan gusti lengan. Gambar-gambar di bawah membukti sebaliknya. Jadi kaum lelaki, jaga-jaga, tak lama lagi akan lahir lebih ramai kaum wanita yang akan mendominasi acara sukan gusti lengan.











Ehsan : Tawaubloggers.com





























Hishhh... cam kenal je muka awek ni... sape yer???? (Ehsan: Rotikaya)

World Armwrestling Federation (WAF) - Version 2009






World Armwrestling Federation (WAF)
Rules of Armwrestling
Sitdown and Standing

Originated Sept. 1994
Revised Oct. 28, 1995; April 1996;
August 1997;October 1998; Dec 2, 1999
November 2000; November 2001; November 2002;
November 2003 (no changes); December 2005; November 2006,
October 2007; December 2008; September 2009


Section 1 – Technical Rules
1.1 Teams
1.2 Number in a Team
1.3 Weight Classes
1.4 Weigh-ins
1.5 Age Groups
1.6 Team Points

Section 2 – Equipment Specifications
2.1 Table
2.2 Table Top
2.3 Elbow Pads
2.4 Touch Pads
2.5 Placement
2.6 Touch Pads
2.7 Hand Peg
2.8 Table Frame
2.9 Seats
2.10 Material
2.11 Chalk Stand
2.12 Staging
2.13 Riser Platform
2.14 Straps
2.15 Uniforms

Section 3 – Referees
3.1 Director of Referees
3.2 Director of Referee Training
3.3 Competition Referees
3.4 Stand-up Style

Section 4 – Protocol
4.1 Rules of the tournament
4.2 Drug Testing
4.3 Fines

Section 5 – Competition Rules
5.1 Double Elimination Seeding
5.2 General Guidelines
5.3 Setting-up / Start of Match
Section 6 – Universal Words
Section 7 – Warnings

Section 8 – Fouls
8.1 Fouls
8.2 Referee Grip
8.3 Elbow Fouls
8.4 Slip outs
8.5 Straps 

"Light Off" on 27th March, 2010 - Armwrestling match at AnCasa Beach Resort, PD

Monday, April 5, 2010

Friendly match between Kareem Al-Berzenk versus Zally Fisher







Courtesy of Shikin Blues

Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 pada 6 Februari 2010 di UKM

Wednesday, February 3, 2010

Salam semua,

Jangan lupa sertai Pra Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2010 yang akan diadakan pada 6/2/2010 mulai jam 10.00 pagi - 5.00 petang di UKM Bangi, Selangor.

Empat kategori akan dipertandingkan iaitu Kategori A Lelaki atas 85kg, Kategori B Lelaki 75 - 85kg, Kategori C Lelaki 75kg ke bawah, dan Kategori D /Wanita Terbuka.

Yuran penyertaan RM10.

Sila sahkan penyertaan anda dengan smskan nama dan kat ke 0129402679.

Dari lanse kamera Norashikin

Monday, January 18, 2010