Pertandingan Gusti Lengan pada 19hb Disember, 2008.

Saturday, December 13, 2008

Share this history on :
Pihak Persatuan menerima banyak pertanyaan kenapa pertandingan gusti lengan kali ini diadakan pada hari Jumaat (19/12/2008) iaitu pada hari kerja.

Untuk makluman semua, pertandingan ini adalah anjuran pihak penaja, Syarikat Ujang Power Sdn Bhd dan SUK Negeri Selangor. Pihak persatuan hanya mengendalikan pertandingan sahaja, dan tidak terlibat dalam pemilihan tarikh berkenaan. Harap ini dapat difahami oleh semua pihak.

Pihak Persatuan tetap berharap semua peminat gusti lengan akan memberi sokongan dengan hadir beramai-ramai. Sokongan padu ini amat pihak persatuan perlu untuk menarik minta bakal-bakal penaja untuk menaja pertandingan gusti lengan pada masa akan datang. Oleh kerana itu pihak persatuan amat berharap anda semua akan terus beri sokongan kepada semua aktiviti gusti lengan.

Berkenaan hadiah, yuran dan lain-lain maklumat, pihak persatuan akan memaklumkan disini setelah memperolehi daripada pihak penganjur.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: