PSLNS sediakan bas untuk ke Alor Setar

Friday, December 12, 2008

Share this history on :
Pihak Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor sedang berunding dengan penaja bagi menaja sebuah bas untuk membawa peserta gusti lengan Selangor ke Pertandingan Gusti Lengan Kedah 2008 yang akan diadakan pada 27hb Disember, 2008 di Alor Setar, Kedah.

PSLNS dengan ingin menjemput semua pemain dan peminat gusti lengann yang berminat untuk untuk mengikuti rombongan agar mendaftar segera dengan pihak PSLNS . Perjalanan adalah pada malam 26hb dan kembali semula pada 27hb sebaik pertandingan berakhir. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

PSLNS memerlukan sekurang-kurangnya 20 pemain untuk untuk dihantar mewakili Selangor ke pertandingan ini.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: