Program pertandingan gusti lengan negeri Selangor untuk tahun 2009

Wednesday, January 14, 2009

Share this history on :
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah merancangkan program gusti lengan untuk tahun 2009, diantaranya adalan penganjuran Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 sebagai salah satu program besar untuk tahun 2009. Dalam mesyuarat AJK Induk PSLNS yang diadakan baru-baru telah bersetuju untuk sebanyak 9 sirkit pertandingan gusti lengan Selangor dan diikuti dengan Grand Final Gusti Lengan Selangor 2009 pada bulan Disember, 2009.

Setiausaha PSLNS memaklumkan bahawa sirkit pertandingan ini akan diadakan di setiap daerah di Selangor. Sirkit yang pertama dijadualkan diadakan pada 28hb. Februari, 2009 di Subang. Lima kategori pertandingan akan diadakan melibatkan 3 kategori bagi lelaki dan dua kategori bagi wanita. Untuk acara sirkit ini semua pemain dikehendaki menyertai kesemua sirkit dan akan mengutip mata pada setiap sirkit dan pemain yang mempunyai mata terbanyak akan diberikan gelaran Mr Selangor 2009 pada Pertandingan Grand Final.

Disamping itu juga, PSLNS merancang untuk menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan Terbuka Selangor 2009 pada bulan Ogos 2009. Pertandingan ini akan melibatkan semua pemain-pemain gusti lengan di Malaysia. hanya pemain yang telah mempunyai cap tertentu sahaja akan dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Dalam masa yang sama juga, PSLNS turut merancang Pertandingan Gusti Lengan Berpasukan Selangor 2009. Pertandingan ini diadakan secara berpasukan. Pasukan yang akan dijemput terdiri pasukan beruniform, PBT dan syarikat-syarikat korporat.

Kursus-kursus teknik permainan gusti lengan dan kursus pengadil gusti lengan juga telah diaturkan untuk tahun 2009.

Kertaskerja bagi program yang dinyatakan sedang disediakan oleh Bahagian Pertandingan PSLNS.

Pemain-pemain gusti lengan selangor diminta membuat persiapan awal untuk menghadapi pertandingan yang dirancangkan ini.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: