Afrizal, Fairudin, Zuasliana rangkul juara lagi

Wednesday, June 17, 2009

Share this history on :
Pulau Indah, 14hb. Jun, 2009 - Afrizal Yunus dan Muhammad Fairudin Md Suki sekali lagi mengekalkan kejuaraan gusti lengan masing-masing apabila memenangi Pertandingan Gusti Lengan Pulau Indah 2009 yang telah diadakan di Laguna Park, Pulau Indah (West Port), Pelabuhan Kelang. Pertandingan gusti lengan yang termasuk di dalam jelajah Sirkit ke 4 Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 ini ditaja oleh Central Spectrum (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat pemaju harta tanah yang membangunkan Pulau Indah.

Afrizal Yunus menewaskan Mohd Ridwan Hussien dalam dua set untuk memenangi kategori A lelaki 75.1kg ke atas. Tempat ke tiga jatuh kepada Hariz Abdullah dan Zahrin Nazaki di tempat ke 4. Sementara itu Muhammad Fairudin Md Suki memenangi kejuaraannya yang ke 3 bagi kategori B lelaki bawah 75kg apabila mengalahkan pencabar utamanya Aidi Adnan Yunus juga dalam dua set. Manakala Mohamad Rafae (Tuah) Mansoruddin mengalahkan Shaharuddin Bakri untuk tempat ke tiga.

Untuk kategori Wanita Terbuka pula, tanpa kehadiran peserta-peserta wanita dari MBSA dan Polis seperti Azilah Ali, Emilia Syukur, Faridah Dasimin dan Jahlelawati telah memberi laluan muda kepada Zuasliana Abdul Kadir untuk memenangi kejuaraannya yang kedua. Zuasliana dalam perlawanan akhir telah mengalahkan Zuasliza Abdul Kadir yang juga merupakan kakaknya dalam perlawanan dua set. Tempat ke tiga dimenangi oleh Norita Mohd Dali yang mengalahkan Safinah Md Isa. Tempat ke lima dimenangi oleh Zalina Zakaria.

Pertandingan Gusti Lengan yang berlatarbelakangkan pemandangan indah Selat Lumut telah disertai oleh tiga puluh peserta lelaki dan enam peserta wanita. Pertandingan ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Razlan, penyanyi utama kumpulan Kristal yang telah menjadi pengacara bersama dengan pengacara pertandingan PSLNS.

Hadiah-hadiah kepada pemenang-pemenang telah disampaikan sendiri oleh Encik Wan Mazri, Pengurus Central Spectrum (M) Sdn Bhd.

Keputusan penuh pertandingan;

Kategori A Lelaki 75.1. kg keatas
1. Afrizal bin Yunus
2. Mohamad Ridwan bin Hussien
3. Hariz bin Abdullah
4. Zahrin bin Nazaki
5. Mohd Redzuan bin Ali
6. Mohd Zuaslan Abdul Kadir
7. Mohd Fauzi Muhammad Basri
8. Hairul Nazli bin Abd Halim

Kategori B lelaki 75kg ke bawah
1. Muhammad Fairudin bin Md Suki
2. Aidin Adnan bin Yunus
3. Mohd Rafae (Tuah) bin Mansoruddin
4. Shaharuddin bin Bakri
5. Sazali bin Nazaki
6. Mohd Zil Fadli bin Abd Halim
7. Azman bin Mat Zaid
8. Mohd Firdaus bin Abd Razak

Kategori C Wanita Terbuka
1. Zuasliana bte Abd Kadir
2. Zuasliza bte Abd Kadir
3. Norita bte Mohd Dali
4. Safina bte Md Isa
5. Zarina bte Zakaria
6. Asmina bte Asmawi


Mohd Fairuddin, juara Kategori B Lelaki 75kg ke bawah menerima hadiah dari Encik Wan Mazri, Pengurus Centrel Spectrum. Ab Aziz Ali, Presiden PSLNS (paling kanan)

Zuasliana Abd Kadir, juara Kategori Wanita Terbuka

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: