Pertandingan Gusti Lengan Sempena Sambutan Minggu Perpaduan WPKL 2009

Monday, June 1, 2009

Share this history on :


Afrizal Yunus, Juara Kategori Lelaki Terbuka menerima hadiah yang disampaikan oleh Puan Habibah Jaafar, Pegawai daripada Jabatan Perpaduan Negara WPKL.


Sempena dengan Sambutan Minggu Perpadaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2009, Jabatan Perpaduan Negara Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor (PSLNS) telah menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada 31hb. Mei, 2009 di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warga Kuala Lumpur telah menarik minat seramai 56 orang peserta. Buat pertama kalinya penyertaan peserta wanita kali ini lebih besar dan melebihi penpyertaan peserta lelalki iatu 30 orang peserta wanita berbanding 26 peserta lelaki. Malah pihak penganjur terpaksa menolak penyertaan ramai peserta wanita yang mendaftar setelah tempoh pendaftaran ditutup. Ini memrupakan satu perkembangan menarik untuk acara gusti lengan.

Keputusan penuh bagi acara gusti lengan adalah seperti berikut;

Kategori lelaki Terbuka

1. Afrizal bin Yunus
2. Mohd Fauzi bin Ali
3. Shaharuddin bin Bakri
4. Mohd Rafae @ Tuah
5. Mohd Zulizhar bin Mohd Khalid
6. Mohd Rafisham bin Ishak
7. Mohd Ariff bin Abd Hamid
8. Zaharin Bin Nazaki


Kategori Wanita Terbuka

1. Nur Syazwani bte Parun
2. Wan Som bte Ahmad
3. Siti Hawa bte Majid
4. Asitah bte Puniran
5. Nurmaneesa Kamalia bte Abdullah
6. Rositah bte Haji Ali
7. Azaziah bte Hj Harun
8. Hafizah bte Mohamed

Di samping acara gusti lengan pelbagai acara lain turut diadakan seperti Congkak, Dam, sepakraga bulat, bola jaring, street soccer dan larian perpaduan.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: