Afrizal dan Aidi Adnan Juara Finnegen's Arm Wrestling Challenge

Sunday, November 8, 2009

Share this history on :
Hampir dua puluh orang peserta menyertai pertandingan "The Finnegen's Arm Wrestling Challenge" malam tadi. Nampaknya seperti diramalkan, 7 dari slot separuh akhir dikuasai oleh para pengusti lengan dari Selangor Armwrestler Team. Syabas!!

Walau pun ada beberapa perkara yang menimbulkan ketidakpuasan hati para peserta, pihak persatuan berharap pertandingan malam tadi dapat memberi satu bentuk latihan berkesan untuk menguji tahap prestasi para pengusti lengan selangor memandangkan pada bulan November dan Disember 2009, pihak persatuan tidak menganjurkan apa-apa pertandingan gusti lengan.

Tahniah kepada Afrizal yang memenangi pertandingan bagi kategori 85kg ke atas setelah menewaskan Ridwan Hussein, manakala Aidi Adnan pula menewaskan Sazali Nazaki untuk muncul juara bagi kategori 85kg ke bawah. Tahniah juga kepada Zuaslan, Hairul, fadzli dan Marvyn (peserta baru) yang berjaya ke separuh akhir.

Nampaknya beberapa peserta seperti Sazali Nazaki telah menunjukan satu peningkatan yang baik kerana telah berjaya menduduki tempat ke dua dalam beberapa pertandingan yang telah diadakan. begitujuga dengan pasangan adik beradik Hairul dan Fadzli yang telah menunjuk peningkatan ketara.

Namun ini bukanlah ulasan keseluruhan, tapi peserta seperti Zuaslan, Zulkifli, Nazwil dan beberapa lagi juga turut menunjukan peningkatan ketara.

Kalau segalanya berjalan lancar, kita mungkin akan ada lagi satu pertandingan di Stadium Mashushita di Shah alam pada 11 & 12/12/2009 ini. jadi diminta semua bersedia.

Jumpa Lagi.

Badangpower
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

2 comments:

PakManJutawan said...

ok bang! kalau cfm tarikh tu jgn lupa bagitahu saya yek! bukan nak masuk saja nak pi tengok. xpernah pi tengok sebelum ni. terima kasih

Anonymous said...

Badak Power