Pelitawanis TNB Cawangan Shah Alam anjur Pertandingan Gusti Lengan pada 21 November, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Share this history on :
Salam Sejahtera Semua…..

Kalau tak ada aral, Pelitawanis TNB Cawangan Shah Alam akan menganjur Indoor Games pada tarikh dan tempat seperti di bawah. Terdapat beberapa acara yang telah dipertandingkan dan penyertaan adalah terbuka kepada semua warga kerja TNB. Salah satu acara sukan yang dipertandingkan adalah gusti lengan. Tiga kategori akan diadakan iaitu 2 kategori lelaki dan satu kategori wanita.

Tarikh : 21 November 2009
Tempat : Pejabat PK , Seksyen 11, Shah Alam
Masa : 09.00 Pagi

Pertandingan kali ni cuma untuk kakitangan TNB je, ahli gusti lengan yang tak berkerja dengan TNB cuma boleh datang tengok je la. Mana tahu ada pencabar baru yang akan dilahirkan pada hari tu, sama-sama lah kita tunggu. Jadi lepas ni Harith, Afrizal, Fauzi, Shah Rizad, Fairuddin, Nazwil, Sazali, Fadzli dana yang lain-lain tak boleh nak bersenang lenang lagi macam dulu.

Nampaknya Badangpower akan sekali lagi jadi pengadil dalam acara tu. Siapa yang berminat nak jadi pengadil turunlah hari tu pakai baju Selangor Armwrestling.



Badangpower
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: