2 Pertandingan Gusti Lengan pada 13 Jun 2010

Thursday, June 10, 2010

Share this history on :
Salam semua,

Kepada semua peminat gusti lengan khususnya di Lembah Kelang, insyaallah dua lagi pertandingan gusti lengan akan diadakan bulan ini iaitu pads 13 Jun 2010 (Ahad).
Pertandingan pertama anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan diadakan di Kompleks Sukan MPSJ di Subang Jaya. Pertandingan ini terbahagi kepada 3 kategori lelaki dan 1 kategori wanita. Peenyertaan terbuka kepada semua. Tiada yuran penyertaan dikenakan. Waktu pendaftaran mulai jam 9.00 - 10.30 pagi. Maklumat lanjut akan dimaklumkan esok.

Manakala pertandingan ke 2 pula adalah anjuran Persatuan Bina Badan Selangor sempena dengan Pertandingan Bina Badan Selangor. Walau bagaimanapun pertandingan ini diadakan hanya untuk ahli-ahli bina badan Selangor sahaja. Harap-harap Badang-Badang Bina Badan Selangor akan lebih ramai turut serta dalam pertandingan gusti lengan anjuran PSLNS pada masa hadapan.

Nampaknya kebelakangan ini aktiviti sukan gusti lengan terus meriah dengan pertandingan gusti lengan. Jadi semua pemain Selangor khususnya diharap terus menyokong dengan meneyertai setiap pertandingan yang diadakan.
Berita selanjutnya tentang dua pertandingan ini akan Badang siarkan kemudian.

Jumpa lagi.

Badangpower
The Yellow Red Badang
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: