Pertandingan Gusti Lengan MPSJ 2010 sempena Karnival Larian 10km MPSJ & NSTP

Friday, June 11, 2010

Share this history on :


Salam kepada semua pemain gusti lengan Selangor.

Sempena dengan Karnival Larian 10km MPSJ & NSTP pada 12 & 13hb Jun, 2010, pihal Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) turut menganjurkan Pertandingan Gusti Lengan pada 13hb Jun, 2010 bertempat di Kompleks Sukan MPSJ Subang Jaya. Pertandingan ini akan dikendalikan oleh Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Butiran lengkap adalah seperti berikut;

Kategori
Kategori A Lelaki 95kg ke atas
Kategori B Lelaki 75kg - 95kg
Kategori C Lelaki 75kg kebawah
Kategori Wanita Terbuka

Hadiah
Juara - Piala + Hamper
Naib juara - Piala + Hamper
Ke 3 - Hamper
Ke 4 - Hamper
Untuk semua kategori lelaki

Juara - Hamper
Naib juara - Hamper
Ke 3 - Hamper
Ke 4 - Hamper
Untuk kategori Wanita Terbuka

* Hadiah hamper disumbangkan oleh PSLNS

Penyertaan
Terbuka kepada semua

Lokasi
Kompleks Sukan MPSJ
Persiaran Perpaduan, USJ 5, 47610 Subang Jaya, Selangor Darul

Yuran
Percuma

Pendaftaran
13hb Jun, 2010/ 9.00 - 10.30 pagi

Pendaftaran online
Hantarkan sms dengan menyatakan nama, no kad pengenalan dan kategori ke 012-9402679.

Semua pemain Selangor dijemput menyertai pertandingan sebagai "warm-up" sebelum menyertai Pertandingan Gusti Lengan KSN 2 2010 pada 3 & 4 Julai, 2010. Kemungkinan besar pertandingan anjuran KSN akan menganugerahkan gelaran MR SELANGOR 2010 kepada pemenang.

Disamping acara gusti lengan perlbagai acara lain juga turut diadakan bagi memeriahkan lagi karnival ini. sila klik di sini MPSJ

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: