Sinar Harian : Saman penganjur sukan lengan

Tuesday, September 27, 2011

Share this history on :


Saman penganjur sukan lengan

IPOH – Persatuan Sukan Lengan Negeri (PSLN) Perak akan memfailkan saman berjumlah RM50,000 terhadap pemilik sebuah syarikat gimnasium dari Kajang, Selangor, yang mengelolakan acara sukan lengan yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya Ipoh, Sabtu ini.

Presiden PSLN, Noryasmin Abdul Karim berkata, penganjuran acara itu dibuat tidak menerusi persatuan itu sekali gus dilihat akan mencemarkan imej kejohanan sukan lengan akan datang.

Menurutnya, syarikat berkenaan juga disaran menarik diri dari aktiviti tersebut kerana ia tidak didaftarkan dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan tidak diiktiraf oleh Persekutuan Sukan Lengan Dunia.

“Pihak berkenaan tidak mempunyai apa-apa sijil jurulatih mahupun sijil pendaftaran sah serta tidak tahu dengan lebih mendalam tentang sukan lengan tiba-tiba boleh mengelolakan sukan ini.

“Malah teknikal dan pengadilan acara ini dilihat tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Sebarang penganjuran aktiviti membabitkan sukan lengan mesti melalui Persatuan Sukan Lengan Malaysia dan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Noryasmin berkata, walaupun syarikat berkenaan mengetahui prosedur, namun tetap berkeras untuk mengelolakan sukan itu dalam karnival yang dianjurkan sebuah akhbar di sini.

“Sepatutnya penganjur karnival berkenaan bekerjasama dengan persatuan kami untuk mengadakan sukan itu tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas yang kami terima dari pihak mereka.

“Kami juga telah memaklumkan bantahan rasmi pertandingan itu kepada pejabat Menteri Besar, Pejabat Exco Belia dan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan serta Jabatan Belia dan Sukan Perak, Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia,” katanya.

Katanya, Mana-mana syarikat, individu dan badan bukan kerajaan yang menganjur kejohanan Sukan Lengan tanpa mengambil khidmat nasihat dari pihak persatuan adalah dilarang sama sekali.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: