Gusti Lengan untuk bawah 12 tahun. Ada ke?

Friday, September 30, 2011

Share this history on :



Salam.


Badangpower ada terima soalan sebegini dari pembaca blog ni.

"untuk kanak-kanak sekolah rendah yg berumur 12 tahun,tak ada ke? anak lelaki aku yg berumur 12 tahun ni berminat juga dgn sukan lengan ni.Ada ke mana-mana persatuan sukan lengan di selangor atau di kl ni yg ada ambil budak-budak sekolah rendah ni utk di ajar training cara-cara sukan lengan ni.kalau nak jadi juara mestilah di ajar dari kecil lagi kan.dari kecil lagi kita kena bimbing mereka ni kan.tolong sesiapa ada info.....? "
Badangpower cuma boleh jawab, setakat ini belum ada lagi. Memang telah lama Badangpower perhatikan setiap kali ada pertandingan gusti lengan, golongan kanak-kanaklah yang paling teruja dengan acara gusti lengan, setiap kali ada meja gusti lengan yang kosong, golongan kanak-kanak inilah yang akan mengambil kesempatan mengadu kekuatan mereka pula di meja gusti lengan, tidak kira lelaki mahupun perempuan. Dengarnya pihak Persatuan Sukan Lengan Malaysia telah pun mengemukakankan kertas cadangan kepada Kementerian Pendidikan agar sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah. Jadi kita tunggu dan lihat.


Dalam masa yang sama, tahun hadapan pihak PSLNS akan berusaha menghidupkan kembali klinik gusti lengan yang pernah kita adakan dahulu di Taman Tasik Shah Alam pada setiap petang Ahad. Kalau ianya berjaya diadakan, pihak PSLNS akan menghebahkan kepada semua. Insyaallah.

Jumpa lagi.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: