AKSI YANG SEMPAT DIRAKAM DI MALAYSIA ARMWRESTLING SUPERMATCH 2013

Wednesday, June 12, 2013

Share this history on :


Salam.

Kesimpulannya selepas menyaksikan aksi-aksi hebat di Malaysia armwrestling supermatch 2013 pada 8 Jun 2013 yang lalu di Vivatel Kuala Lumpur, dapat Badangpower katakan rugi kepada mereka yang tidak hadir menyaksi perlawanan-perlawanan hebat di depan mata sendiri. Berbanding menyaksikan hanya di youtube, kali ini anda dapat meyaksikan secara langsung malah bertemu dan berbual dan mendapatkan tip-tip dari ahli-ahli gusti hebat Australia, Russia, Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia malah sparing partner kita sendiri iaitu pasukan Singapura.

Badangpower cukup bangga dan rasa terharu, apabila pasukan Jiran kita iaitu Indonesia turun dengan jumlah yang begitu ramai terdiri ahli gusti lengan, penyokong, tukang urut, jurufoto dan juga penyokong-penyokong. Begitu juga dengan penyokong tempatan Selangor, Melaka dan Sabah yang memenuhi dewan pertandingan. Badangpower harap kememriahan ini akan berterusan pada pertandingan-pertandingan yang lain di mana gusti lengan mempunyai peminat setianya yang tersendiri.

Tahniah kepada Zil Fadli dan anggota team yang lain kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan dengan begitu meriah serta lancar tanpa apa-apa gangguan. Harap pada pertandingan akan datang akan lebih ramai ahli gusti lengan dari eluruh dunia yang akan menyertai.

Badangpower berharap, gambar-gambar yang diambil dari lens kamera Badangpower ini akan dapat menceritakan kehebatan aksi-aksi pemain pada pertandingan berkenaan. Jumpa lagi.
























Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: