THAILAND SAPU DUA KATEGORI DI MATIC FEST 2013

Tuesday, December 3, 2013

Share this history on :



Peserta Thailand menunjukan kehebatannya di Pertandingan Gusti Lengan MaTiC Fest 2013 yang telah diadakan pada 30 November, 2013 di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC), Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Book Sutiwat yang baru berusia 22 tahun Berjaya mengalahkan peserta senior yang juga merupakan juara Heavyweight Malaysia Lee Thiam Siew dalam perjalanan  set dalam ketegori Lelaki 85kg ke atas. Sementara dalam kategori lelaki 75kg-85kg, Book Sutiwat sekali lagi mempamerkan kehebatannya bila dengan mudah mengalahkan juara Singapura Valen Law juga dengan steraight set. Kejayaan ini membolehkan Book Sutiwat membawa pulang wang tunai berjumlah RM2000 berserta medal.
 
Sementara Mohd Nizar Yusof mengekalkan penguasaannya dengan merangkul kejuaraaan untuk kategori Lelaki 75kg dan kebawah. Nizar mudah menundukkan Raymond Kow Peng Kuon dalam dua set. Bagi Raymond pula kejayaan masuk ke perlawanan akhir dengan mengalahkan Zil fadli meruapakn pencapaian terbaiknya kerana Fil Fadli dianggap antara pemain terbaik gusti lengan buat masa ini..
 
Secara keseluruhannya, pemain-pemain Malaysia masih lagi perlu mempertingkatkan keupayaan mamsing-masing sekiranya ingin terus bersaing dengan pemain-pemain daripada Thailand, Singapura dan Indonesia . Sekiranya perbandingan dibuat antara pemain-pemain Malaysia dan Book Sutiwat dari Thailand, jelas terdapat perbedaan yang ketara.
 
Persatuan mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada  pihak MaTiC yang buat dua tahun berturut-turut telah  menaja sukan gusti lengan ini yang menawarkan hadiah wang tunai yang menarik untuk para peserta. Pihak Persatuan akan lebih banyak lagi pihak yang akan menaja pertandingan gusti lengan di masa hadapan.
 
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang telah turut serta dalam pertandingan ini. Jasa anda semua dikenang Kerana sokongan anda semualah pihak MATIC setuju untuk mengadakan satu lagi pertandingan dengan sekala lebih besat tahun 2014.
 
Jumpa lagi
 
 
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: