Haris tumbangkan Afrizal dihadapan 5,000 orang penonton

Friday, August 14, 2009

Share this history on :
Haris (baju putih) menerima hadiah kemenangan daripada YDP PEKIDA Selangor

Haris Abdullah, seorang anggota tentera dari TUDM Subang muncul sebagai juara Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 Sirkit 6 dengan menumbangkan juara 5 sirkit terdahulu iaitu Afrizal Yunus dihadapan lebih 5,000 orang penonton yang telah membanjiri Kompleks Sukan Pandamaran sejak pukul 7.30 malam lagi.

Perlawanan ini telah dihadari oelh Encik Sarwan Hussin dari Majlis Sukan Negara yang berlansung dalam dua set. Haris yang menggunakan teknik "Hammer" iaitu teknik pukulan pantas telah berjaya menumbangkan Afrizal yang sering menggunakan teknik "defensive" dan "back presure" berjaya menghalang Afrizal untuk kemenangan ke lima berturut-turut.

Untuk kategori, Muhamad Fairuddin Md Suki pula menjadi juara menewaskan Ahmad bin Johari, pendatang baru dalam sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009. Ini merupakan kemenangan ke lima Fairuddin. Beliau bagaimanapun pernah tewas pada sirkit ke lima yang diadakan di XTreme Park Shah Alam pada bulan Julai lalu.

Zuasliana meneruskan kemenangan ke enam berturut apabila mengalahkan Jahlelawati Md Ali untuk muncul juara. Manakala Jahlelawati Md Ali muncul naib juara dan Norashikin di tempat ke 3.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Yang DiPertua PEKIDA Selangor.


Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: