Tunda Pertandingan Gusti Lengan Cova Square 2009 - Selangor Sirkit 7

Friday, August 14, 2009

Share this history on :
Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah menunda Pertandingan Gusti Lengan Selangor Sirkit 7 yang dijadualkan pada 16hb. Ogos, 2009 di Cova Square, Kota Damanasara ke tarikh bau iaitu pada 11 OKTOBER 2009. Lokasi pertandingan tidak berubah.

Menurut Setiausaha PSLNS, Encik Shamsul kahar , penundaan ini perlu dilakukan kerana Sirkit 7 ini telah diubah menjadi Grand Final Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009. Pemenang-pemenang bagi setiap kategori akan dinobatkan dengan gelaran MR Selangor 2009. Para pemain diminta mengandakan latihan untuk menyertai pertandingan.

Disamping itu juga, tujuan penundaan ini untuk membolehkan para pemain merehatkan diri setelah melalui dua pertandingan gusti lengan berturut-turut yang agak sengit dalam jarak masa yang begitu dekat.

Untuk mememriahkan pertandingan ini, pihak persatuan juga akan mengadakan acara sampingan iaitu Pertandingan Tarian Poco-Poco. Setiap peneyertaan hendaklah terdiri dari lelaki, wanita atau anak-anak dan tiada had umur. Setiap kumpulan hendaklah disertai oleh sekurang-kuranga 6 orang peserta.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi 012-9402679, 012-9722228, 0124189438.
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: