Lawatan ke rumah Shaharuddin oleh AJK PSLNS

Wednesday, August 5, 2009

Share this history on :

Pada 3hb. Ogos, 2009 yang lalu, rombongan AJK dan pemain Persatuan Sukan Lengan Negeri telah mengadakan lawatan ke rumah Encik Shaharuddin Bakri yang merupakan salah seorang pemain gusti lengan yang tidak pernah ketinggalan menyertai setiap pertandingan gusti lengan anjuran PSLNS. Rombongan lawatan ini diketua oleh Encik Ab Aziz bin Ali, Presiden PSLNS sendiri disertai oleh Setiausaha PSLNS dan beberapa orang pemain-pemain gusti lengan Selangor.

Tujuan lawatan ini adalah antara bertujuan menyampai sumbangan wang tunai oleh pihak PSLNS dan pemain-pemain kepada Encik Shaharuddin yang mengalami kecederaan semasa menyertai pertandingan gusti lengan Selangor Sirkit 5 yang telah diadakan pada 19hb. Julai, 2009 di X-Tremme Park, Shah Alam baru-baru ini.
Dibawah adalah video klip perlawanan gusti lengan yang pernah diikuti oleh beliau.



Azman lawan Shaharuddin (Baju merah)
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: