Ridhwan, Zuasliana meneruskan kehebatan pada Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009

Wednesday, December 16, 2009

Share this history on :


Stadium Putra Bukit Jalil, 15/12/2009, Mr Selangor 2009, Mohd Ridwan Hussein dan Zuasliana Abd Kadir menerus kehebatan mereka dalam acara gusti lengan dengan memenangi Pertandingan Gusti Lengan Kompleks Sukan Negara (KSN) 2009 yang telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 13/12/2009 yang baru lalu. Pertandingan ini dianjurkan oleh oleh Kompleks Sukan Negara.

Dalam perlawanan akhir kategori B, Mohd Ridhwan berjaya memenangi perlawanan itu dalam dua set walau pun diberi tentangan hebat oleh Omar bin Suradie, seorang ahli gusti lengan veteran yang berpengalaman dari Johor Bahru. Kemenangan ini melebarkan lagi penguasaan Mohd Ridhwan dalam arena gusti lengan Selangor.

Zuasliana pula menepati ramalan apabila memenangi pertandingan ini dengan menewaskan kakaknya sendiri iaitu Zuasliza dalam perlawanan tiga set. Nampaknya Zuasliana masih belum lagi benar-benar mendapat cabaran daripada pemain-pemain yang lain. Ketidakhadiran ahli gusti lengan wanita Selangor seperti Azilah Mohd Ali, Faridah Wahab, Jahlelawati Mohd Ali, Norashikin Abdullah dan Emy Ismail telah memberi laluan mudah kepada Zuasliana. Haslinawati Abu Hassan yang menyertai acara gusti Lengan buat julung kali berjaya memberikan tentangan dan memecahkan monopoli keluarga Abdul Kadir ini apabila berjaya menewaskan seorang lagi kakak kepada Zuasliana iaitu Zuasrina Abdul Kadir untuk menduduki tempat yang ke tiga.

Sementara itu, percubaan Sazali Nazaki untuk merebut gelaran juara masih belum lagi tercapai walau pun berjaya memasuk dua perlawanan akhir sebelumnya. Percubaannya yang ketiga ini juga masih belum berjaya apabila kali ini tewas di tangan Mohd Fadli Sihat yang memenangi gelaran juara bagi kategori C. Mungkin kerana kepenatan kerana terpakksa mengharungi tujuh perlawanan sebelum berjaya ke perlawanan akhir, Sazali tidak dapat memberi tentangan sebenar, apabila tewas mudah dalam perlawanan dua set kepada Fadli yang menggunakan teknik pukulan pantas atau yang lebih dikenali sebagai “Hammer”.

Kategori A pula, juga menyaksi pertembungan adik-beradik daripada Johor Baharu iaitu di antara abang, Azmi Mohd Hassan menentang adiknya Azam Mohd Hassan dalam perlawanan akhir yang menyaksikan Azmi diberi tentangan hebat oleh adiknya sebelum memenangi perlawanan akhir itu. Sementara itu, pemain Selangor Shahrizat bin Masih yang baru sahaja melangsung perkahwinan minggu lalu menduduki tempat ke tiga.

Pemenang setiap kategori membawa pulang RM300, medal, hamper dan sijil, manakala RM200, medal, hamper dan sijil, untuk tempat kedua, RM100, medal, hampar dan sijil untuk tempat ke tiga manakala hamper dan sijil penyertaan kepada pemenang-pemenang tempat ke empat hingga ke lapan untuk setiap kategori. Hadiah-hadiah kemenangan telah disampaikan sendiri oleh Encik Ab Aziz bin Ali, Presiden Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor.

Sementara itu, Mohd Fairuddin Md Suki yang baru sahaja memenangi gelaran Mr Selangor 2009 dan finalis Mr Selangor 2009, Afrizal Yunus agar kurang menyerlah pada pertandingan kali ini. Fairuddin hanya mampu menduduki tempat ke lima manakala Afrizal hanya di tempat ke empat. Fairuddin pula mengakui kecederaan yang dialami masih belum pulih agak sedikit menganggu kemampuan beliau kali ini. Nampaknya kedua—dua pemain ini perlu lagi meningkat daya usaha mereka serta melipatkan gandakan lagi latihan memandangkan lebih banyak cabaran yang bakal mereka hadapan untuk sesi 2010.

Pertandingan kali ini telah menarik seramai 70 orang peserta lelaki dan wanita. Malah kali ramai muka-muka baru termasuk anak muda seusia 19 tahun yang turut menyertai pertandingan ini. Kebanyakan daripada mereka baru pertama kali meneyertai acara gusti lengan, Ini memberi petunjuk yang positif bahawa gusti lengan mampu menarik minat ramai golongan mamsyarakat terutama golongan belia. Namun begitu sambutan daripada peserta wanita agak berkurangan untuk pertandingan kali ini berbanding pertandingan-pertandingan yang sebelumnya. Hanya lapan orang peserta sahaja yang bertandingan

Namun begitu apa yang istimewanya pertandingan kali ini adalah penyertaan adik beradik daripada ahli gusti lengan seperti Afrizal-Aidi Adnan, Hairul Fadzli-Zil Fadli, Azmi Mohd Hassan-Azam Mohd Hassan, Zuasliana-Zuasliza-Zuasriana dan Ahmad Marsidi-Ahmad Nazrul. Antara pasangan adik beradik yang tururt aktif dalam gusti lengan tetapi tidak meneyertai pertandingan ini adalah seperti Mohd Shaharudin Ahmad-Mohd Shadat Ahmad, Sazali Nazaki-Zaharin Nazaki, Azilah Mohd Ali–Jahlelwati Mohd Ali dan Zuazlan Abd Kadir-Zuasriman Abd Kadir.

Tamatnya pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 ini bererti tamat juga aktiviti gusti lengan Selangor bagi tahun 2009. Walau bagaimanapun masih ada pertandingan gusti lengan dalam sekala kecil yang akan diadakan iaitu pada 20hb. Disember, 2009 di Dewan Belia dan Kebudayaan Selangor, Seksyen 17 Shah Alam manakala pada 27/12/2009 pula satu pertandingan gusti akan diadakan di Batu Pahat, Johor.

Badangpower menyeru ahli gusti lengan Selangor supaya mempersiapkan diri untuk menghadapi lebih banyak pertandingan gusti lengan yang akan diadakan pada tahun 2010. Badangpower percaya dan berharap akan lebih banyak lagi penaja –penaja yang akan menaja aktiviti gusti lengan Selangor untuk tahun 2010.

Sekian dulu, dan jumpa lagi

Badangpower
Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: