Keputusan Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009

Monday, December 14, 2009

Share this history on :
Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 13/12/2009 - Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 yang dianjurkan oleh Kompleks Sukan Bukit Jalil dengan kerjasama Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor telah berjaya mengumpulkan seramai 70 orang ahli gusti lengan lelaki dan wanita. Pertandingan yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil ini telah mempertandingkan sebanyak empat kategori iaitu kategori atas 85 kg, 75kg - 85kg, 75kg ke bawah dan kategori Wanita Terbuka.

Senarai pemenang adalah seperti berikut;


Kategori A
Juara - Azmi bin Mohd Hassan
Naib Juara - Azam bin Mohd Hassan
Ke 3 - Shahrizat bin Masih
Ke 4 - Afrizal bin Yunus


Kategori B
Juara - Mohd Ridwan bin Hussein
Naib Juara - Omar bin Soradie
Ke 3 - Marvyn Siew
Ke 4 - Noor Irwan bin Khairuddin


Kategori C
Juara - Mohd Fadli bin Sihat
Naib Juara - Sazali bin Nazaki
Ke 3 - Shahareezat Sharil
Ke 4 - Hairul Nazli Abdul Halim


Wanita Terbuka
Juara - Zuasliana bte Abdul Kadir
Naib Juara - Zuasliza bte Abdul kadir
Ke 3 - Haslinawati bte Abu Hassan
Ke 4 - Zuasrida bte Abdul Kadir



Pemenang Kategori A (atas 85kg)



Pemenang kategori B (75kg - 85kg)

Pemenang kategori C (75kg ke bawah)

Pemenang kategori Wanita Terbuka

Pertandingan Gusti Lengan KSN 2009 ini adalah merupakan acara penutup kepada kalendar aktiviti Persatuan Sukan Lengan Negeri Selangor untuk tahun 2009.

Tahniah kepada para pemenang dan juga peserta-peserta yang lain yang telah menunjukan minat yang tinggi dalan acara ini. Terima kasih kepada pihak Kompleks Sukan Negara sebagai penganjur dan juga kepada para penaja yang lain.

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: