Lagi pertandingan gusti lengan

Wednesday, December 9, 2009

Share this history on :
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Nampak menjelang hujung tahun ini, aktiviti gusti lengan Selangor agak meriah juga. Selain daripada pertandingan gusti lengan anjuran KSN pada 12 & 13/12/2009 di Stadium Putra, Bukit Jalil, Badangpower dimaklumkan bahawa PSLNS sedang berunding dengan Akademi Zakat Selangor untuk mengadakan pertandingan gusti lengan Selangor pada 20/12/2009 di Shah Alam. Sementara pada 27/1/2/2009 pihak PSLNS telah dijemput untuk mengendali pertandingan gusti lengan di Batu Pahat.

Tahun 2009 pada pandang Badangpower adalah merupakan tahun yang agak cemerlang kepada PSLNS dari segi penganjuran pertandingan. Dengan mengambilkira akan dua pertandingan gusti lengan pada bulan Disember, secara keseluruhan pihak PSLNS telah mengendalikan sebanyak 10 pertandingan gusti lengan untuk tahun 2009. Ini merupakan pencapaian yang tidak disangka sama sekali oleh pihak PSLNS.

Apabila pihak PLSNS pada awal tahun mula merancang untuk menganjurkan sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009, memang timbul keraguan di kalangan Ahli jawatankuasa PSLSN samada perancangan ini dapat dilaksanakan atas faktor kewangan. Pada masa itu boleh dikatakan hanya ada beberapa ratus ringgit sahaja di dalam akaun bank atas sumbangan ikhlas beberapa AJK. Berkat kegigihan pihak AJK yang tidak berhenti mencari para penaja, akhir sebanyak 7 siri Sirkit Pertandingan Gusti Lengan Selangor 2009 telah dapat diadakan.

Badangpower bagi pihak Presiden dan AJK PSLNS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelbagai pihak yang telah banyak membantu PSLNS seperti Jabatan Belia dan Sukan Selangor, MBSA, Jabatan Perpaduan Negara WP, MARA Selangor UjangPower Sdn Bhd, KSN, Akademi Zakat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, UMNO Sekinchan, Pelitawanis TNB Shah Alam, Malaysia Airports Holding Berhad, Cova Square Sdn Bhd, Pekida Selangor, Laguna Park Pulau Indah, dan yang lain-lain yang Badangpower lupa nak nyatakan di sini.

Disamping itu juga tak lupa kepada pihak Akhbar Sinar Harian yang sentiasa memberikan sokongan kepada PSLNS dengan sentiasa menyiarkan aktiviti gusti lengan Selangor. Terima kasih juga khusus buat wartawan sukannya Nazrol Jamaluddin.

Kepada pemain atau ahli gusti lengan Selangor, terima kasih kerana sentiasa menyokong setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak PSLNS.

Insyaallah, sekirannya mendapat kelulusan AJK PSLNS, Badangpower akan bentangkan pula perancangan untuk tahun 2010.

Jumpa lagi,

Badangpower

Thank you for visited me, Have a question ? Contact on : pslns@yahoo.com.
Please leave your comment below. Thank you and hope you enjoyed...

0 comments: